BAB 16 - Termenung✨

90 20 80
                                    

Menjelang waktu subuh, Ayana menunaikan solat subuh dan dia berdoa untuk diberikan ketenangan hatinya. Ketika Ayana dan Iris bergerak ke kelas dan didalam kelas, Ayana banyak diam. Di fikirannya masih terngiang-ngiang tentang mimpi buruknya dan termenung sendirian. Lalu Iris menegur.

"Yana?? kau ok tak ni? dari lepas subuh tadi sampai sekarang, kau diam je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yana?? kau ok tak ni? dari lepas subuh tadi sampai sekarang, kau diam je.. lepas tu termenung" - soal Iris risau akan Ayana

"Hm eh ok jelah.. tak ada apa pun.. maybe aku tak cukup tidur kot malam tadi.. kau jangan risau lah" - Ayana tersenyum nipis sambil menongkat dagunya

"Betul ke ni?? tak ada lah, sebab kau jarang lah diam macam ni.. selalunya kau suka bercakap, kau kan peramah dari aku.. tu aku macam pelik kau tiba-tiba senyap je dari tadi" - ujar Iris dan memandang ke arah Ayana

"Ye betul.. aku ok je.. aku senyap salah, banyak cakap salah.. jangan risau, aku ok.. cuma sebab tak cukup tidur je ni" - ujar Ayana sambil menyilangkan tangannya

"Hm yelah.. tapi kalau kau rasa ada apa-apa masalah atau nak cerita something kat aku, kau bagitahu jelah.. aku boleh dengar.. tak payah nak sorok, ok?" - ujar Iris

"Hmm.. InsyaAllah.. kalau aku rasa nak bagitahu, nanti aku bagitahu kau eh? tapi aku nak tanya, mimpi cuma mainan tidur je kan??" - Ayana yang tiba-tiba sahaja menanyakan soalan itu

"Hmm maybe.. tapi rasanya ada je mimpi yang bukan mainan tidur.. maksud aku, mimpi tu boleh jadi realiti.. kenapa kau tanya pasal mimpi ni?" - soal Iris dengan dahinya berkerut

"Ohh yeke?? kalau orang tu ada mimpi buruk, mimpi tu boleh jadi realiti atau jadi kenyataan tak?? macam mana nak tahu mimpi tu mainan tidur eh?" - Ayana bertanya bertubi-tubi pada Iris dan ingin tahu

"Mimpi buruk?? entahlah Yana, aku manalah tahu bab mimpi ni.. kalau nak tahu, search kat google ke.. ataupun kau tengok youtube, ramai ustaz yang bahas cakap tentang mimpi ni.. kenapa tanya? kau ada mimpi buruk ke??" - ujar Iris menghela nafas dan mengangkat kedua bahunya kerana tidak tahu

"Oh hmm ok.. tak apa lah macam tu.. tak ada apa, aku saja je tanya.. eh kau dah siap assignment yang Cik Hasanah bagi tu?" - Ayana terus sahaja menukar topik

Jam menunjukkan hampir pukul 1.30 petang, satu kelas Ayana bersurai dan pulang balik. Ayana dan Iris makan dikantin, sebelum pulang masuk ke bilik. Ayana termenung sambil menguis makanan itu, dan belum dimakan olehnya.

"Puteri Ayana Darissa?🤨 kau dari tadi duk kuis-kuis nasi tu kenapa? makan lah cepat.. aku dah nak habis makan dah.. makanan kau tak luak lagi tu" - Iris menegur Ayana

"Yee nak makan lah ni.. aku macam kurang selera sikit lah hari ni" - ujar Ayana

"Serious lah?? sebelum ni kau kuat makan tau Yana.. tiba-tiba tak selera ni, kenapa?? kau tak sihat ke? kalau tak sihat pergi klinik.. kau call pakcik Arjuna, suruh hantar" - ujar Iris

"Ish tak lah.. aku sihat je.. kalau sakit, aku dah balik bilik dah.. entahlah, aku macam tak ada mood hari ni.. maybe dah nak datang bulan kot" - ujar Ayana sambil menyandar dikerusi

"Ohh haah lah.. patutlah kau senyap je hari ni.. petanda nak datang bulan lah tu.. ok tak apa, aku faham.. kalau kau tak selera, mehh aku habiskan nasi ayam kau tu" - Iris cuba menarik pinggan Ayana, namun dihalang oleh Ayana

"Eh kau! suka-suka je nak ambil makanan orang.. lapar aku baru datang ni, aku nak makan.. kang nanti aku kebulur, tak tenang tau" - ujar Ayana dan menepuk tangan Iris

"Haa tahu pun kau takut.. makan cepat, jangan sampai aku rembat makanan kau baru tahu" - ujar Iris ketawa

Ayana dan Iris menghabiskan makanan mereka. Selepas itu, mereka pulang kebilik dan berehat. Manakala, Arjuna pada malam itu menelefon umminya sebentar. Kemudian, Arjuna stalk gambar profile whatsapp Ayana. Tiba-tiba secara tidak sengaja dan tanpa sedar, dia tertekan call. Ayana menjawab panggilan Arjuna.

"Hello? Assalamualaikum.. pakcik Arjuna call kenapa ye??" - Ayana menjawab panggilan

"Aaa ye.. Waalaikumusalam.. tak ada apa cuma, aaa.. kat U ok ke? ada sesiapa ganggu Ayana ke??" - ujar Arjuna dengan riak muka cuak dan cuba mengawal perasaan malunya

"Ohh ok je.. pakcik jangan risau.. kalau ada apa-apa, nanti Yana contact lah pakcik.. ingatkan pakcik call Yana sebab rindu" - Ayana menyempat bergurau

"Uhuk! haa?? rindu??" - soal Arjuna terperanjat dan terbatuk dibuatnya

"Alaa chill.. Yana gurau je pakcik😂 ok lah pakcik, Yana nak tidur dulu.. semalam tak cukup tidur.. nanti apa-apa, Yana contact pakcik eh.. Assalamualaikum" - ujar Ayana ketawa dan dia mematikan panggilan tersebut

"Aduhh! macam mana aku boleh tertekan call pula tadi.. malunya.. Ya Allah.. nasib tadi aku dapat cover malu haihh.. harap dia tak ada fikir apa-apa lah.. tulah Juna, yang kau sibuk stalk gambar dia tu dah kenapa? ok rileks.. huhh~ aku pun nak tidur lah" - ngomel Arjuna menahan rasa malu

Tidak tenang dibuatnya kerana terlalu malu, dan jantungnya berdegup laju. Sedangkan Ayana tidak berfikir apa-apa pun. Arjuna terus memejamkan matanya kerana ingin lupakan rasa malunya itu.

Bersambung~~
(Apoo Arjuna tertekan call😌 nasib dapat cover malu.. jangan lupa tekan button star 🌟 tau.. terima kasih🥰 Sayang korang semua❤️)

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now