BAB 6 - Nakal✨

110 25 80
                                    

Esok harinya, Ayana dan rakan sebiliknya Iris bersiap-siap untuk pergi ke kelas. Tiba sahaja di kelas, Ayana ternampak Farrel yang sedang duduk ditempatnya. Dia pergi ke arah Farrel dan menegurnya.

"Farrel, pergi lah kat tempat kau.. aku nak duduk" - Ayana menegurnya dengan baik

"Ayana Darissa.. alaa kejaplah, nak duduk kejap je, tak lama pun ok?😁" - ujar Farrel yang langsung tidak berganjak dari tempat duduk itu

"Ni tempat duduk aku lah, kau pergi lah duduk kat tempat kau.. aku tegur kau baik-baik je ni Farrel" - ujar Ayana masih menahan sabarnya

"Tempat duduk kau? tapi tak ada tulis nama pun, so siapa-siapa pun boleh duduk lah kan??" - soal Farrel dengan mukanya selamba sahaja. Ayat Farrel membuatkan Ayana sakit hati

"Farrel! tolong lah jangan cari gaduh, jangan kacau aku, boleh tak?! aku tak ada kacau kau tau, kau je yang sibuk asyik kacau aku" - Ayana bersuara lantang dan satu kelas melihatnya

"Uishh garangnya, muka cantik.. jangan marah-marah, nanti cepat tua" - Farrel sengaja mengusik Ayana

Secara kebetulan, lecturer mereka masuk ke dalam kelas dan lecturer mereka bertanya.

"Ehh, apa terjerit ni? Ayana? Farrel? kamu berdua gaduh lagi ke??🤨" - soal lecturer yang bernama Hasanah, dia sudah tahu dan kenal sikap Farrel yang suka mengusik dan nakal

"Cik Hasanah, Farrel ni yang kacau saya dulu.. saya tegur baik-baik je, dia duduk kat tempat saya" - Ayana mengadu pada lecturernya Puan Hasanah

"Farrel, kamu duduk kat tempat kamu sekarang.. kamu tak habis-habis kacau dia.. duduk kat tempat kamu, now!" - tegas Puan Hasanah sambil mencekak pinggangnya

"Maaf Cik Hasanah" - ucap maaf Farrel pada Puan Hasanah

"Minta maaf pada Ayana, bukan saya" - ujar Puan Hasanah tegas dan Farrel ucap maaf pada Ayana

Farrel bangun dan berganjak dari situ, lalu duduk ditempatnya semula. Ayana menjeling tajam pada Farrel. Farrel memang terkenal dengan kenakalannya, akan tetapi dia juga seorang yang bijak seperti Ayana. Hanya sikap nakalnya sahaja, yang membuatkan semua lecturer dan pelajar-pelajar kurang senang. Mereka semua menjalani kelas seperti biasa.

Larut malam itu, Ayana membuat panggilan video call dengan ibu bapanya dan mengadu. Ayana sememangnya anak yang manja. Dia mengadu semua yang terjadi pada ibu bapanya.

"Assalamualaikum Ayana, anak mummy daddy❤️ kenapa tiba-tiba nak video call ni? baru semalam hantar, dah rindu ke sayang?" - tanya Jannah tersenyum

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

"Assalamualaikum Ayana, anak mummy daddy❤️ kenapa tiba-tiba nak video call ni? baru semalam hantar, dah rindu ke sayang?" - tanya Jannah tersenyum

"Waalaikumusalam mummy.. hmm hari-hari Yana rindu mummy daddy.. daddy mana mummy??" - tanya Ayana dengan bibirnya muncung

"Ada ni haa, kejap ye.. hubby! ni Ayana nak cakap ni" - Jannah memanggil Mateen

"Iyee.. Ayana, kenapa ni?? mummy sampai terjerit panggil daddy.. ada apa-apa ke Yana??" - soal Mateen

"Hmm.. mummy daddy😭 Farrel kacau Yana lagi.. eiii tak suka lah dengan dia tu! pagi tadi pun, dia cari gaduh, duduk kat tempat Ayana" - ngadu Ayana matanya sedikit berkaca dan cebik

"Aloloo.. sayang, janganlah macam ni.. InsyaAllah, maybe nanti lama-lama budak tu ok lah tu.. ke nak daddy cari kan bodyguard untuk Yana??" - Jannah cuba untuk memujuk anaknya itu

"Hm rasa nak tumbuk je muka Farrel tu! tak apa lah mummy daddy, tak payahlah bodyguard semua.. Ayana cuba sabar, lagipun kurang dari setahun dah nak habis study dah" - ujar Ayana bibirnya cebik

"Sabar ye Yana.. anak daddy ni strong kan?? tak apa, nanti daddy cuba bantu mana yang mampu ye🥰" - Mateen memujuk dan beri kata semangat

"Hmm.. ok mummy daddy.. em Ayana tidur dulu eh?? esok Ayana masuk kelas awal sikit" - ujar Ayana

"Boleh sayang.. jaga diri ye, basuh kaki sebelum tidur tau.. mummy daddy love you sayang❤️ goodnight" - ucap Jannah mengukir senyuman

"Love you too mummy daddy❤️ goodnight, bye" - ucap Ayana lalu matikan panggilan tersebut

Ayana memejamkan matanya dan tidur dengan lena. 2 hari kemudian, pada tengahari itu Mateen dan rakan baiknya Rykarl (JM), keluar makan tengahari bersama. Kemudian, Arjuna dari jauh perhati dan menegurnya.

"Assalamualaikum.. maaf ganggu, abang ingat saya lagi tak?? yang dekat gerai pisang goreng tu??" - Arjuna menegur dan menyapanya

"Waalaikumusalam.. ohh ye saya ingat☺️ ehh awak ambil order customer ye? dah makan? kalau belum, duduk lah dulu" - Mateen pelawa Arjuna makan bersama

"Haah, eh tak apa lah bang.. nanti customer marah pula lambat hantar😅" - Arjuna menolak pelawaan Mateen

"Ok tak apa, kalau macam tu awak order makanan, saya belanja dan bungkus ye.. nanti awak boleh makan" - ujar Mateen

"Eh bang, tak apa bang.. hari tu abang dah belanja saya, patutnya saya yang belanja abang pula.. malu lah bang" - ujar Arjuna berasa sedikit segan

"Malu buat apa?? awak tu kerja berhujan panas tau, tak apa saya belanja awak makanan bungkus ye.. saya ikhlas" - Mateen dengan baik hati dan ikhlas, belanja Arjuna makanan

"Hm terima kasih bang, moga dimurah rezeki✨ izinkan saya minta nombor abang, boleh??" - ucap Arjuna dan meminta nombor telefon Mateen

"Sama-sama.. InsyaAllah, terima kasih atas doa awak, moga berbalik pada awak.. boleh tak ada masalah, ni nombor saya.. apa-apa awak contact je saya ye" - ujar Mateen mengukir senyuman

"InsyaAllah Aamiin.. baik bang, apa-apa nanti saya contact abang ye.. terima kasih banyak-banyak belanja makanan, saya pergi dulu ye.. Assalamualaikum" - ujar Arjuna, lalu pergi dari situ

"Kau kenal ke dengan budak tu??" - tanya Rykarl

"Tak kenal sangat pun, cuma hari tu ada terjumpa dia kat gerai pisang goreng, lepas tu borak-borak sikit.. ehh kejap lagi aku nak masuk kerja balik ni" - ujar Mateen dan mereka menghabiskan makanan, sebelum masuk kerja

Bersambung~~
(Arjuna dengan Mateen (JM) dah berjumpa lagi, next apa jadi? jangan lupa tekan bintangvote untuk saya tau, supaya saya bersemangat☺️ terima kasih.. sayang korang semua❤️)

Arjuna Milik Ayana❤️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن