BAB 3 - Ganggu✨

137 28 104
                                    

Sementara itu, Ayana yang berusia 19 tahun dan masih lagi menuntut pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang berkaitan kedoktoran. Ayana bercita-cita ingin menjadi seorang doktor. Ayana sangat cantik, berkulit cerah, dan berambut lurus panjang. Setiap kali dia cuti sem, dia akan membantu mummynya dalam bisnes online.

Ketika waktu cuti sem...

"Mummy, biasanya kalau sekarang ni setiap hari ramai tak customer yang order??" - tanya Ayana sambil bantu membungkus makanan yang sudah dipesan oleh customer

"Alhamdulillah ramai juga customer order.. kenapa Ayana tanya? lepas habis study nanti nak buat bisnes online jadi macam mummy ke??" - tanya mummynya tersenyum

"Yana tanya je, tak salah pun kan?? Yana kan nak jadi doktor nanti, so nanti boleh lah bantu mummy dengan daddy.. kalau mummy daddy sakit, Ayana boleh rawat mummy daddy😁" - ujar Ayana menjongketkan kedua keningnya dan mengukir senyuman

"InsyaAllah mummy yakin, Ayana mesti jadi doktor nanti.. mummy daddy, selalu doakan Yana berjaya dunia akhirat tau🥰 mummy love you sayang" - ujar mummynya tersenyum

"Terima kasih mummy, sebab doakan Yana❤️ love you too! InsyaAllah Aamiin.. lagi satu lupa nak bagitahu, mummy nak tahu tak kat U ada sorang lelaki asyik kacau Yana je.. rimas tahu tak dengan dia tu" - Ayana mengadu dia diganggu oleh seorang lelaki

"Siapa yang kacau tu?? mungkin dia suka kat Yana kot, sebab tu dia kacau gurau-gurau, nak mengorat lah tu.. anak mummy ni kan cantik, comel, pandai macam daddy.. tak mustahil lah ada yang usik kacau anak mummy ni🤭" - mummynya bergurau dan ketawa kecil

"Farrel kacau.. ishh mummy nii😭 Yana serious tau mummy, janganlah main-main hmm.. Yana tak suka lah dia tu asyik kacau, rimas tahu tak.. kat kelas pun, hari tu pernah dia baling-baling kertas.. macam kena buli pun ada, macam time kat sekolah dulu hmm" - luah isi hati Ayana

"Aloloo.. sorry sayang.. tak apa, nanti Ayana bagitahu daddy ok sayang.. kesian anak mummy, cantik comel macam ni pun kena kacau lagi.. mehh peluk mummy" - mummy Ayana memeluk sambil memujuknya, dan mereka berdua menyambung membungkus makanan tersebut

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
FLASHBACK ketika di Universiti...

Ayana sedang duduk berseorangan di kantin, manakala seorang lagi temannya iaitu Iris berjumpa dengan lecturer seketika. Kemudian, ada seorang lelaki bernama Farrel serta 2 orang rakannya datang mendekati Ayana.

"Ada awek cantik duduk sorang lah kat sini😙 eh korang gerak lah dulu, nanti petang sikit aku jumpa korang" - ujar Farrel dan Farrel terus tenung pada Ayana

"Ok lah kitaorang gerak dulu, apa-apa kau roger lah ehh.. kitaorang cauu dulu" - ujar salah seorang rakannya, lalu mereka pergi dari situ

"Apa pandang-pandang?? ada hutang ke? nak kena korek biji mata tu? sibuk je duduk sini😒 pergi lah ikut member-member kau tu" - Ayana menjeling tajam terhadap Farrel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa pandang-pandang?? ada hutang ke? nak kena korek biji mata tu? sibuk je duduk sini😒 pergi lah ikut member-member kau tu" - Ayana menjeling tajam terhadap Farrel

"Aikk?? tak boleh pandang ke? salah ke aku nak duduk sini?? amboi makin sombong, garang kau ehh😌 siap jeling-jeling lagi eh" - ujar Farrel sambil duduk menyandar

"Memang salah pun.. suka hati aku lah nak sombong ke apa.. kau ni tak penat ke asyik ganggu kacau orang je?? tak ada kerja lain ke?? aku duduk diam pun kau kacau apa masalah??" - soal Ayana berasa geram dan rimas

"Kenapa?? tak ada masalah apa-apa pun.. dah memang aku suka kacau, nak buat macam mana.. bukan aku kacau kau teruk pun kan" - ujar Farrel menjongketkan sebelah keningnya dan tersenyum nipis

"Ehh senang je ek kau cakap.. tak teruk?? kau asyik kacau aku kat kelas semua, kau baling-baling kertas kat aku tu apa?? ibarat kau macam buli aku tau" - Ayana berkata tegas dengan riak mukanya yang serious

"Ok fine! yang aku baling-baling kertas tu, sorry.. aku cuma nak berkawan dengan kau je, salah ke nak berkawan??" - tanya Farrel berasa sedikit serba salah

"Nak berkawan? tapi cara kau tu salah, asyik kacau aku je.. kat kelas pun kau kacau aku🙄 nak kacau, kacau lah orang lain pula.. ni sikit-sikit aku jadi mangsa" - ujar Ayana masih berasa geram

"Bukan aku kacau teruk pun.. tu pun nak marah-marah.. rileks laa, kacau sikit je pun" - ujar Farrel dengan riak muka tenang

"Apa-apa lah Farrel.. dah lah.. aku nak balik bilik, nak rest.. sebelum aku kena kacau lagi dengan kau, baik aku pergi🙄" - Ayana menjeling tajam sekali lagi, dan dia pergi meninggalkan Farrel seorang diri

"Aikk?? kau nak pergi dah? rileks lah dulu, aku baru je duduk tadi beb.. baru 5 minit je, weyy Ayana lahaii dia ni" - Farrel menggelengkan kepala, lalu dia juga pergi dari situ

END FLASHBACK...
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Manakala, Arjuna yang masih berasa sakit dan sedih dengan apa yang dia lalui. Dia cuba untuk sibukkan dirinya untuk bekerja lebih keras, dan cuba untuk melupakan segalanya. Pada malam itu, Arjuna mengurut kaki umminya. Umminya merenung pada wajah anaknya yang seperti ada masalah.

"Juna.. Arjuna ok ke ni?? ummi tengok macam ada benda yang Arjuna sorokkan kat ummi" - tanya umminya sambil menatap wajah Arjuna

"Tak ada lah ummi☺️ Juna ok je.. kenapa ummi tanya??" - Arjuna terpaksa membohongi umminya, namun umminya tetap dapat membaca dari riak wajah Arjuna

"Arjuna bohong kan? ummi lahirkan Juna, ummi kenal Juna ni macam mana.. cuba bagitahu ummi, jujur dengan ummi" - ujar umminya dan Arjuna diam sejenak, lalu dia jujur pada umminya

"Hmm Juna dah putus dengan Ardella.. dia kata akan bertunang dengan seorang lelaki nanti😔 maaf ummi, Arjuna tak dapat kawal sangat emosi" - luah isi hatinya dengan matanya yang sudah berkaca

"Tak mengapa Juna, InsyaAllah mungkin Allah nak bagi jodoh lebih baik dari dia.. ummi yakin, ada yang lebih baik lagi.. ummi tahu bukan mudah nak lupakan, tapi anak ummi ni kan kuat☺️ sabar ye sayang" - umminya memberi kata-kata semangat pada Arjuna lalu memeluk erat Arjuna

Bersambung~~
(Naughty Farrel suka kacau Ayana😂 btw jangan lupa tekan button star bawah ni tau.. hehe terima kasih semuaSayang korang❤️ nahhh big love untuk korang❤️✨)

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now