BAB 13 - Rahsia✨

73 19 28
                                    

Ketika didalam kereta, mereka bertiga berborak.

"Siapa nama pakcik tadi? pakcik Arjuna kan? umur berapa ye?" - soal Iris secara tiba-tiba

"Eh kau ni Iris, aku yang dah kenal dia dulu pun tak tanya umur lagi😌 tak apa biar aku je tanya, kau diam-diam je" - ujar Ayana selamba

"Yelah Ayana.. ikut kau lah.. bodyguard hang kan😌" - ujar Iris redha

"Sorry ye pakcik, kitaorang memang gini.. emm pakcik umur berapa eh? dah pernah jumpa pun, Yana lupa nak tanya" - tanya Ayana

"Korang berdua nak tahu umur saya ke? saya tua dah😅 tapi..." - belum sempat Arjuna berbicara, Ayana memotong dan menyoal lagi

"Pakcik dah kahwin ke??" - tanya Ayana dan matanya memandang ke arah Arjuna

"Uhuk! ehem😅 muka saya nampak macam dah kahwin eh? saya belum kahwin lagi" - ujar Arjuna terbatuk dan sambil memandu

"Aik?? pakcik handsome, tinggi sado macam ni tak kahwin lagi ke?? biar betik?!🤨 tipulah kalau tak ada perempuan nak" - Ayana membuat riak muka terkejut dan seperti tidak percaya

"Aaa tak.. saya belum kahwin lagi.. ehem! ni korang nak makan kat mana?" - Arjuna cuba mengubah topik

"Tak kisah makan kat mana-mana pun, asalkan dapat makan.. kami ni memang suka makan pakcik" - ujar Iris tersenyum

"Yes betul! em pakcik? pakcik pernah kerja tentera atau polis semua ke?? sebab Yana tengok pakcik ada ciri-ciri macam tu😕" - tiba-tiba sahaja Ayana menyoal soalan itu

"Macam mana Ayana boleh tahu ni?😅 dulu ye, saya pernah kerja sebagai tentera udara belas-belas tahun lah kerja" - ujar Arjuna yang masih memandu

"Macam mana Ayana boleh tahu ni?😅 dulu ye, saya pernah kerja sebagai tentera udara belas-belas tahun lah kerja" - ujar Arjuna yang masih memandu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Agak je tapi serious lahh?! jadi pakcik bekas tentera lah.. wahh patutlah pakcik tinggi and sado.. so sekarang pakcik duduk area sini ke?" - tanya Ayana dan Arjuna hanya mengangguk sambil tersenyum

"Ye saya baru menyewa rumah area sini, tapi tak selalu lah duduk sini.. hujung minggu, saya balik rumah sebab saya kena jaga ummi saya.. jadi time hari kerja, kalau Ayana ada nak minta tolong apa-apa senang lah" - terang Arjuna dan Ayana serta Iris hanya mengangguk kepala

Tidak lama selepas itu, mereka tiba disebuah restoran dan mereka bertiga makan disitu bersama, sebelum pulang ke Universiti semula. Sebaik sahaja selesai makan, Arjuna menghantar Ayana dan Iris pulang ke Universiti dan mereka berdua masuk ke dalam bilik.

Ketika di dalam bilik...

"Uhh! tak sangkakan kita dapat keluar dengan pakcik bodyguard handsome hari ni.. bodyguard siapa lah tu?😏" - usik Iris sambil menyandar ke dinding

"Eh eh kau ni.. tapi kau ingat eh jangan bagitahu siapa-siapa eh? kau cakap je tu pakcik aku.. ni rahsia kau dengan aku je tau" - pesan Ayana menudingkan jari telunjuknya

"Ye aku tak bagitahu.. peliklah kau ni, patutnya kau happy and bagitahu ada bodyguard.. kalau semua orang tahu, tak ada lah yang kacau kau macam Farrel tu" - ujar Iris

"Bukan tak nak tapi apa diorang cakap nanti? nanti semua kata aku ni anak manja, berlagak ada bodyguard semua.. haa macam mana? sebab tu aku tak nak siapa-siapa tahu.. janji eh jangan bagitahu??" - ujar Ayana sambil menunjukkan jari kelingkingnya pada Iris

"Kau je yang fikir macam tu😌 ye ye.. aku janji tak bagitahu siapa-siapa, promise" - Iris berjanji pada Ayana

Pada larut malam itu dan jam menunjukkan hampir pukul 12 malam, Iris yang ketika itu baru dan sudah pun terlena. Manakala, Ayana tidak tidur lagi dan terfikir tentang Arjuna. Dia tidak sangka Arjuna bekas tentera. Dahulu dia pernah teringin dan sangat suka pada lelaki beruniform.

"Tak sangka pakcik Arjuna tu bekas tentera, mesti handsome gambar dia pakai baju tentera kan?? tapi pelik tak kan tak ada siapa nak kat dia?🤔 tak kan tak ada girlfriend.. kalau tak ada, aku boleh jadi girlfriend dia ke.. apa yang aku merepek malam-malam ni😌 dah dah, Ayana baik kau tidur.. esok ada kelas" - ngomel Ayana sambil baring dan memandang siling, lalu dia memejamkan mata dan tidur

Sudah hampir 2 minggu, Arjuna sebagai orang luar hanya akan datang melawat sekali sekala sahaja. Pada tengahari itu, Ayana dan Iris pergi ke library untuk menyiapkan assignment yang diberi oleh lecturer mereka. Secara tiba-tiba Farrel datang, lalu duduk disebelah Ayana selepas minta kebenaran. Niat Farrel hanya ingin berkawan, cuma caranya membuatkan Ayana tidak selesa.

"Hai Yana and Iris.. sorry kalau aku ganggu korang, boleh aku duduk sini?" - Farrel menegur dan meminta izin Ayana untuk duduk disebelahnya. Ayana mengangguk kepala tanpa berkata apa-apa

"Member kau mana? kau sorang datang sini?" - tanya Iris dengan nada perlahan

"Ye.. nak tanya, hari tu aku ada nampak korang naik kereta sorang lelaki, siapa lelaki tu? korang kenal ke?" - soal Farrel memandang ke arah Ayana dan juga Iris

"Oh tu pakcik aku.. dia datang melawat, sebab dah lama tak jumpa.. kenapa kau tanya?" - Ayana segera menjawab pertanyaan Farrel

"Ohh.. tanya je sebab tak pernah nampak pakcik kau datang sebelum ni.. selalu parents kau je kan" - ujar Farrel. Ayana terus mendiamkan dirinya

Ayana ketika itu berdebar-debar dan terperanjat dengan pertanyaan Farrel. Dia fikir Farrel tidak pernah nampak.

"Fuhh~ haihh macam mana dia boleh nampak aku dengan Iris naik kereta pakcik Juna eh?😌 pakcik Juna bukan selalu datang pun, tapi tak mustahil kalau Farrel nampak.. aku satu U dengan dia.. kena hati-hati lepas ni" - bisik hati Ayana dan sambil mengurut dadanya

Bersambung~~
(Haa berdebar dibuatnya.. btw jangan lupa tekan bintangvote tau.. terima kasih korang🥰 sayang korang semua❤️ nahh big love untuk korang❤️❤️❤️✨)

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now