BAB 15 - Nyaris✨

79 19 85
                                    

Pada esok harinya, Mateen dan beberapa orang staff termasuk Danish memulakan meeting mereka. Meeting berjalan dengan lancar. Selepas hampir 2 jam, meeting itu tamat dan mereka bersurai. Sejam kemudian, Mateen, Danish serta Rykarl keluar makan bersama. Ketika ingin melintas jalan, tiba-tiba.. vroom!. Hampir sahaja Mateen dilanggar sebuah motosikal.

"Mateen! uishh laju betul motor tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mateen! uishh laju betul motor tu.. woii pandang kiri kanan lah! nasib tak kena langgar.. Mateen, kau ok tak?" - soal Rykarl dengan riak muka terkejut. Dia sempat menarik lengan Mateen

"Oii! giler laju motor tu.. terkejut dibuatnya" - Danish juga sound penunggang motosikal tersebut. Dia juga sangat terkejut

"Ok je.. terkejut aku! bukan terkejut motor tu laju je, aku terkejut kau tarik tangan aku.. macam nak tercabut dah tangan aku ni😌" - ujar Mateen mengusap lengannya

"Tindakan refleks Mateen.. aku pun terkejut motor tu laju sangat, so aku tarik tangan kau.. patutnya kau berterima kasih tau kat aku.. kalau tak sempat tarik tadi, apa jadi??" - ujar Rykarl

"Yee aku tahu.. yelah-yelah.. terima kasih Karl sebab selamatkan saya.. dah tua pun kau nak merajuk ke Karl?😌" - Mateen menyempat loyar buruk dan menahan ketawa

"Tak ada maknanya nak merajuk lah.. dah tua, nak merajuk apa Mateen.. ehh jom lah makan, tengok kiri kanan dulu Mateen sebelum melintas" - Rykarl sempat memberi pesan pada Mateen

Mereka bertiga melintas jalan dengan berhati-hati dan menuju ke sebuah restoran untuk makan. Nyaris sahaja Mateen di langgar oleh motosikal tadi. Penunggang motosikal itu melihat serta perhatikan mereka dari jauh, dengan wajahnya bengis dan seperti tidak puas hati.

"Ishh!! kenapa lah tak kena! yang mamat sorang tu boleh pula tarik si Mateen tu.. kalau dia jalan depan tadi, dah kena dah! tak apa, hari ni mungkin terlepas tapi hari lain kau tunggu lah😏" - ujar lelaki itu dengan senyumnya yang sinis

Lalu lelaki tersebut berlalu pergi dari situ, dengan berasa benggang. Siapakah gerangan lelaki itu? mengapa dia seperti ada muslihat 'Jahat' dan apakah puncanya?

Pada larut malam itu, Ayana video call ibu bapanya untuk melepaskan rasa rindu. Maklumlah, Ayana satu-satunya anak perempuan tunggal. Sedang rancak berborak dan gelak ketawa ketika video call, Mateen memberi satu pesanan untuk Ayana.

"Yana.. daddy nak pesan jaga diri baik-baik kat sana ye.. kalau ada apa-apa, call Arjuna.. Yana ada nombor dia kan??" - pesan Mateen secara tiba-tiba

"Ye Yana ada nombor pakcik Arjuna tu.. daddy janganlah risau.. Yana selalu ingat pesan mummy dengan daddy😊 Yana pandai jaga diri sendiri" - ujar Ayana

"Daddy pesan je.. mummy dengan daddy kan jauh dari Yana, mana tak risau? daddy tak nak jadi apa-apa kat anak daddy tau.. kalau mummy daddy tak ada nanti, macam mana?" - Mateen yang kerisauan. Ayat itu membuatkan Ayana berasa sebak dan berasa aneh

"Ishh! daddy! apa daddy cakap macam tu.. mummy tengok daddy tu, tiba-tiba je cakap macam tu.. Yana tak suka tau, kalau mummy daddy cakap ayat macam tu" - ujar Ayana dengan mulutnya muncung

"Daddy gurau je tu sayang.. nanti mummy cepuk daddy ye.. ni tak ngantuk lagi ke? esok ada kelas kan?" - soal Jannah

"Ngantuk sikit je mummy.. tapi kalau mummy nak tidur, tidur lah dulu eh.. kejap lagi Yana tidur.. sebab ada kerja sikit nak buat ni😬" - ujar Ayana

"Yelah.. tapi jangan tidur lewat sangat ye, sebelum tidur basuh kaki dan baca doa sebelum tidur" - pesan Jannah pada Ayana

"Ok mummy! mummy daddy! I love you❤️ Yana sayang mummy daddy tau" - ucap Ayana sambil membuat flying kiss

"Ye sayang.. mummy daddy pun sayang Ayana sangat-sangat🥰 love you too sayang" - ucap Jannah dan Mateen pada anak tunggalnya itu

"Daddy janji jangan cakap macam tadi lagi tau☹️ kalau daddy cakap lagi, Yana merajuk! daddy kena belanja makan sedap-sedap baru Yana tak merajuk" - ujar Ayana dengan riak mukanya yang comel

"Ye.. daddy tak cakap lagi ok.. daddy minta maaf.. daddy pesan pun sebab sayang kat Yana.. tu daddy pesan jaga diri baik-baik tau.. ingat selalu pesan mummy daddy ye" - pesan Mateen lagi

"Hmm ok.. mummy daddy tidur lah dulu.. nanti ada masa free, kita video call lagi eh.. bye mummy, bye daddy❤️ muahh.. Assalamualaikum" - ucap Ayana sambil menunjukkan jari mini love

Kemudian, Ayana mematikan video call tersebut. Kata-kata Mateen, membuatkan Ayana berfikir dan masih bermain di fikirannya serta membuatkan hatinya tidak sedap hati. Namun, dia cuba untuk tidak berfikir negatif. Setelah siap assignment dan kerjanya, tidak lama selepas itu Ayana tidur.

Malam itu, Ayana ada bermimpi buruk dan dia terus terjaga dari mimpi buruknya itu. Bangun sahaja dari tidur, dia istigfar dan mengurut dadanya yang sangat berdegup laju. Air matanya mengalir apabila teringatkan mimpi tersebut.

"Astagfirullahhalazim.. Ya Allah, apa aku mimpi ni😢 Ayana ni mimpi mainan tidur je.. chill ok chill.. hope ni just mainan tidur je dan bukan realiti" - ucap Ayana. Beberapa minit kemudian, dia sambung tidur semula

Bersambung~~
(Ayana mimpi buruk apa tu?😢 kalau nak tahu, jangan lupa tekan bintang bawah ni ok.. terima kasih🥰 Sayang korang semua❤️)

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now