BAB 4 - Kebetulan✨

116 27 110
                                    

Seminggu kemudian, iaitu hari pertunangan Ardella bersama tunangnya. Pada hari pertunangan tersebut, Ardella berasa sedih dan fikirannya masih memikirkan Arjuna. Dia berasa sangat serba-salah terhadap Arjuna. Majlis itu berjalan dengan lancar, lalu Ardella mesej Arjuna untuk berjumpa.

Di WhatsApp...

"Assalamualaikum Juna.. boleh tak nanti kita jumpa sekejap? awak free tak petang kejap lagi?" - tanya Ardella

"Waalaikumusalam.. jumpa untuk apa? bukan ke hari ni awak bertunang?? awak dah jadi tunang orang kan, buat apa kita nak jumpa Ardella?" - soal Arjuna dengan menghelakan nafasnya

"Juna.. please awak.. kalini je, untuk pertemuan kali terakhir kita?😔" - rayu Ardella sedih mengungkapkan kata itu

"Hm ok baik.. tapi saya tak boleh jumpa awak lama-lama, awak tu tunang orang.. tak manis kalau orang nampak.. kita jumpa kat tempat biasa je macam hari tu" - ujar Arjuna, lalu menamatkan conversation tersebut

Arjuna perlahan-lahan cuba untuk kuatkan dirinya dan move on. Lama-kelamaan, sedikit demi sedikit dia menerima akan segalanya dan tidak lagi berasa sedih. Pada petang itu, Arjuna dan Ardella bertemu di tempat biasa. Mereka menegur sapa dan saling balas senyuman.

"Lama ke tunggu? sorry lambat sikit, tadi busy sikit😅" - Ardella menyapa Arjuna yang sedang menunggunya

"Tak apa, saya faham awak busy.. so pagi tadi majlis awak macam mana? semua ok ke? btw congrats Ardella☺️" - ucap Arjuna tersenyum nipis

"Alhamdulillah ok, semua berjalan lancar.. hm terima kasih, kenapa tadi awak tak datang?" - tanya Ardella

"Alhamdulillah.. sebab ummi tak berapa sihat, jadi saya kena jaga dia.. maaf sebab tak datang kat majlis tunang awak.. tapi jangan risau, majlis nikah awak nanti saya akan datang" - ujar Arjuna sambil menyilangkan kedua tangan didadanya

"Oh hm.. ummi demam ke? teruk ke? saya boleh lawat ummi nanti" - soal Ardella yang risau akan keaadaan ummi Arjuna

"Ummi sakit tak teruk pun, cuma sakit tua biasa.. normal.. tak apa, awak jangan risau tentang ummi.. dia baik-baik saja☺️ so kenapa awak nak jumpa ni?" - ujar Arjuna tersenyum

"Oh hm Alhamdulillah lah kalau macam tu.. saya datang cuma nak bagi kad jemputan ni hmm.. awak datang ye? bawa ummi sekali" - Ardella menghulurkan kad jemputan kahwinnya pada Arjuna, dengan perasaan sedikit serba-salah dan sedih

 awak datang ye? bawa ummi sekali" - Ardella menghulurkan kad jemputan kahwinnya pada Arjuna, dengan perasaan sedikit serba-salah dan sedih

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

(Btw saya edit simple je, just buat2 ada je)

"Ohh InsyaAllah.. baiklah, kalau tak ada apa-apa halangan atau tak busy, saya akan datang ye.. terima kasih sebab jemput.. ada apa-apa lagi ke nak bagitahu? kalau tak ada, saya gerak dulu?" - tanya Arjuna

"Hm awak dah nak pergi ke? tunggulah dulu kejap, kita makan kejap dulu boleh? lepas ni kita mesti dah susah nak jumpa" - ujar Ardella menahan sebak

"Hmm ok baik.. lepas makan, saya kena gerak balik terus tau.. saya risau ummi kat rumah tu seorang diri" - ujar Arjuna dan Ardella hanya mampu mengangguk kepalanya

Mereka berdua makan bersama dan setelah selesai makan, Arjuna segera pulang ke rumahnya kerana risau akan umminya. Di rumah, Arjuna merenung kad jemputan itu dengan riak muka tersenyum nipis. Arjuna mengangguk dan dia mulai merasa dirinya makin kuat dan sudah move on. Bekas teman wanitanya itu, akan menjadi isteri orang tidak lama sahaja lagi.

"Tahniah awak.. tak sangka, tak lama lagi awak bakal jadi isteri orang.. sebenarnya, saya baru ingat nak masuk minang awak bulan depan.. tapi tak apa lah, tunang awak sekarang adalah yang terbaik buat awak☺️" - bisik hati Arjuna sambil memegang sebuah kotak cincin

Pada hari Ardella memberitahu akan bertunang 2 minggu lalu, Arjuna baru sahaja membeli cincin untuk Ardella pada hari tersebut. Namun, apakan daya tiada jodoh antara mereka berdua. Arjuna redha dan sudah tidak fikir lagi masa lalunya. Sekarang dia hanya ingin fokus masa depan, dan move on. Pada mulanya, memang sangat sakit dan lama-kelamaan dirinya kembali baik.

"Arjuna.. Juna kat kat bilik ke??" - umminya memanggil

"Ye ummi, Juna kat bilik ni.. kejap eh" - Arjuna menyahut lalu keluar dari biliknya

"Juna, nanti boleh belikan pisang goreng tak? pukul 3 ada lagi kan orang jual pisang goreng? ummi dah lama tak makan" - pinta umminya

"Boleh je ummi☺️ ada je rasanya, sempat ni kalau Juna beli.. ummi nak pisang goreng je ke? benda lain ada nak kirim lagi tak? alang-alang Juna keluar ni" - tanya Arjuna

"Belikan pisang goreng atau untuk minum saja.. kita makan sama-sama nanti ye" - ujar umminya mengukir senyuman

"Ok baiklah ummi.. Juna keluar dulu, ummi jaga diri tunggu kejap eh.. Juna keluar kejap beli, Assalamualaikum" - ujar Arjuna, lalu dia keluar pergi membeli pisang goreng

Ketika di gerai pisang goreng itu dan tiba giliran Arjuna membeli, dia baru tersedar dompetnya terlupa bawa. Kemudian, ada seorang lelaki berusia sekitar awal 40-an membayarkan sekali dengan ikhlas. Arjuna menolak, namun lelaki tersebut ikhlas bayarkan. Lelaki itu bernama Mateen.

"Ehh bang.. tak apa lah, tak payah susah-susah bayarkan.. rumah saya dekat je ni, saya boleh ambil dompet saya😅" - ujar Arjuna cuba menolak bayaran dari lelaki itu

"Eh tak apa, saya ikhlas.. berapa lah sangat harga pisang goreng ni.. saya bayarkan sekali" - ujar Mateen tersenyum

"Abang saya tak mahu berhutang dengan siapa-siapa bang😅" - Arjuna masih lagi cuba menolak

"Tak perlu hutang, saya ikhlas.. anggap ni sedekah dari saya☺️ rezeki tak baik ditolak tau" - ujar Mateen ketawa kecil

Arjuna mengangguk dan menerima dengan hati terbuka. Arjuna mengukir senyuman.

Bersambung~~
(Arjuna dah jumpa dengan Mateen, apa jadi nanti? sorry kalau pendek je, saya masih tak ok sangat lagi hmm.. jangan lupa tekan bintangvote ye.. maybe boleh bagi semangat kat saya.. terima kasihSayang korang❤️)

Arjuna Milik Ayana❤️Onde as histórias ganham vida. Descobre agora