BAB 19 - Pemergian ummi✨

86 13 58
                                    

5 hari kemudian, Arjuna yang sedang leka menonton televisyen, tiba-tiba menerima satu panggilan yang tidak dikenalinya. Wajahnya berkerut, lalu Arjuna mengangkat serta menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum.. boleh saya bercakap dengan Arjuna Darwish?" - tanya seorang wanita yang tidak dikenalinya

"Waalaikumusalam.. ye saya Arjuna Darwish, kenapa ye? boleh saya tahu, saya sedang bercakap dengan siapa?" - tanya Arjuna dengan dahinya berkerut

"Encik Arjuna, kami dari pihak Hospital Sultan Ismail ingin beritahu, Puan Raudhah terlibat dalam kemalangan.. Encik Arjuna ni kenalan dia ke?" - tanya wanita itu lagi

"Allahuakhbar! ummi saya kemalangan?? saya anak dia, saya gerak ke sana sekarang!" - Arjuna terus mematikan panggilan tersebut

Tanpa melengahkan masa, Arjuna mencapai sweater kepunyaannya, lalu segera mencapai kunci keretanya. Arjuna memandu dengan air matanya mengalir, bibirnya tidak lekang menyebut 'ummi' dan beristigfar di dalam hatinya.

Hampir 4 jam perjalannya, akhirnya Arjuna tiba di hospital dan bertanya di kaunter pertanyaan di hospital tersebut. Arjuna lantas menuju ke wad umminya, perasaannya bercampur baur. Jantungnya berdegup sangat laju, terlalu risau akan keaadaan umminya. Tidak lama itu, seorang doktor keluar dari wad tersebut.

"Doktor.. saya Arjuna, anak Puan Raudhah.. macam mana keaadaan ummi saya??😢 ummi saya teruk ke doktor?" - Arjuna segera bangun dari kerusi dan bertanya pada doktor tersebut

"Encik Arjuna, Puan Raudhah kritikal banyak kehilangan darah dan oksigen drop.. kami terpaksa tukar ibu awak ke wad ICU.. harap Encik banyakkan bersabar dan berdoa, agar Puan Raudhah kuat berjuang" - ujar doktor tersebut sambil menepuk bahu Arjuna

Hati Arjuna sangat luluh mendengar kata-kata dari doktor itu. Arjuna terduduk dan menangis teresak-esak. Dia sangat takut dan tidak sanggup jika kehilangan umminya yang tercinta. Ayahnya meninggal beberapa tahun lepas, manakala bekas kekasihnya Ardella sudah menjadi tunang orang lain, sekarang dirinya diuji umminya kemalangan.

Pada petang itu, Mateen menelefon Arjuna beberapa kali. Namun, tidak dapat dihubungi dan Arjuna tidak mengangkat semua panggilan pada waktu itu.

Di rumah Mateen...

"Hubby, Arjuna ada cakap apa-apa tak?" - tanya Jannah

"Dia tak angkat call lah sayang, mungkin dia sibuk.. tak apa nanti hubby call dia balik" - ujar Mateen senyum ke arah isterinya itu

اَللهُ اَكْبَر، اَللهُ اَكْبَر، اَللهُ اَكْبَر~

Azan subuh sudah bergumandang pada keesokkan harinya. Arjuna mengambil wudhuk, lalu menunaikan solat fardhu subuh. Sebaik sahaja dia solat, Arjuna melihat telefonnya ada beberapa missed call dari Mateen. Kemudian, Arjuna menelefon Mateen semula.

"Assalamualaikum bang.. saya minta maaf tak angkat call abang semalam, ada emergency.. ummi saya kemalangan" - Arjuna menelefon Mateen dengan perasaan sebak

"Waalaikumusalam.. Allahuakhbar.. macam mana dengan keaadaan dia sekarang?" - soal Mateen dengan riak wajah terkejut

"Ummi saya masih di ICU, saya mampu berdoa je bang.. doakan ummi saya ye😔" - ujar Arjuna meminta doa dari Mateen

"InsyaAllah saya doakan ummi awak kuat Juna.. hujung minggu ni, saya ambil Yana di U.. awak jaga ummi awak ye" - ujar Mateen

"Terima kasih banyak bang.. saya minta diri dulu ye bang, nanti apa-apa saya bagitahu.. Assalamualaikum" - ucap Arjuna lalu dia matikan panggilan tersebut

Arjuna keluar dari surau di hospital itu dan kembali duduk berdekatan wad ICU umminya. Beberapa minit kemudian, doktor keluar dan memberitahu berita duka pada Arjuna.

"Encik Arjuna? kami sudah cuba sedaya upaya.. kami minta maaf, kerana tak dapat selamatkan Puan Raudhah.. ini barangnya, moga Encik kuat" - ujar seorang doktor lelaki dan memberi beg tangan kepunyaan umminya

Mulut Arjuna terkunci tidak mampu berkata apa-apa. Air matanya membasahi pipinya sambil memegang beg tangan yang baru sahaja dibelinya untuk umminya.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Flashback 2 minggu, sebelum ummi Arjuna meninggal...

Arjuna dan umminya pergi ke pasaraya bersama. Sebelum pulang, Arjuna singgah membeli sebuah beg tangan berjenama untuk umminya. Kebetulan beg umminya sangat lusuh, Arjuna memberi kejutan dan beri beg baharu pada umminya.

Di dalam kereta...

"Ummi.. tutup mata kejap" - ujar Arjuna menahan senyum

"Kenapa ummi kena tutup mata ni? tak mahu lah ummi" - soal umminya sambil menggelengkan kepala

"Alaa ummi.. tutup kejap je, Juna janji sekejap ajeee😁" - Arjuna memujuk umminya dan umminya pejamkan mata

"Nahh.. ni untuk ummi, beg lama tu buang tau.. dah lama lusuh sangat tu.. lepasni ummi pakai beg ni kalau nak pergi mana-mana" - Arjuna menghulurkan beg itu sambil tersenyum

"Terima kasih anak ummi.. ummi tak minta pun.. mahal beg ni Juna, daripada beli untuk ummi, baik beli untuk bakal menantu ummi nanti" - ujar umminya ketawa kecil

"Ishh ummi! calon pun tak ada, bakal menantu apa ummi ni😅 Juna ada ummi pun dah cukup tau" - ujar Arjuna mengerutkan dahinya

"Nanti kalau ummi dah tak ada, siapa nak jaga Juna? bakal isteri Juna lah yang jaga nanti, jangan memilih sangat.. nanti lambat jumpa" - ujar umminya tersenyum

"Ummi.. jangan lah cakap macam tu, Juna tak suka lah.. Juna dah besar, nanti Juna carikan bakal menantu ummi yeee" - ujar Arjuna ketawa dan gembira melihat senyuman umminya

END FLASHBACK... ━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Selepas waktu asar, pengebumian umminya berjalan lancar. Pada malam itu, Arjuna mengenangkan kenangan memori bersama umminya di rumahnya. Kemudian, Arjuna tiba-tiba terdetik hati untuk masuk ke bilik umminya dan terjumpa satu surat di atas almari yang bertulis🖋️

━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━━━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━
"Assalamualaikum anak ummi, Arjuna Darwish.. Juna satu-satunya anak ummi.. ummi minta maaf kalau ummi tak jadi ummi terbaik buat Juna, selama abi tak ada dengan kita.. ummi sayang Juna, ummi teringin nak tengok bakal isteri Juna.. kalau Juna dah jumpa, jaga dia macam arwah abi jaga ummi sampai hujung nyawa ye..." - ucapan terakhir umminya di surat tersebut

━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━━━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━ׄ━ׅ━

Arjuna membaca surat tersebut dan sambil mengesat air matanya. Kini Arjuna sudah tiada keduanya iaitu ummi dan abinya. Hanya tinggal kenangan sahaja yang ada di lubuk hati Arjuna. Dia perlu kuatkan diri untuk meneruskan kehidupannya. Setiap yang hidup, pasti merasai mati. Di dunia, semuanya hanyalah pinjaman dan bersifat sementara.

Bersambung~
(Macam mana chapter kalini? ok ke🥺 jangan sedih2 ye.. saya rindu readers2 saya❤️ jangan lupa vote dan komen tau! Sayang korang semua!❤️ nahh big love❤️✨)

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now