BAB 17 - Ugutan!✨

84 19 115
                                    

3 minggu kemudian, jam menunjukkan pukul 9.45 malam. Mateen baru sahaja keluar makan bersama rakan sekerjanya. Selesai makan, ketika hendak menuju ke kereta ada seorang lelaki memakai mask muka, topi serta berkaca mata hitam, datang mendekatinya dan menarik ke lorong sunyi. Lelaki tersebut menarik dan menolak Mateen ke dinding, dengan memberi ugutan padanya.

"Mateen! kau dengar sini, segala jawatan dan semua yang kau dapat dari Dato' Farid, aku rampas semuanya!" - ugut lelaki tersebut sambil mengacukan pisau lipat di perut Mateen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mateen! kau dengar sini, segala jawatan dan semua yang kau dapat dari Dato' Farid, aku rampas semuanya!" - ugut lelaki tersebut sambil mengacukan pisau lipat di perut Mateen

"Kau siapa?! kenapa nak ugut-ugut aku ni? kau kenal aku ke?? jangan sampai aku report polis!" - ujar Mateen dengan riak wajah terkejut

"Berani kau report polis? kau nak 'orang tersayang' kau jadi mangsa ke Mateen?? anak kau.. bini kau.. kawan baik kau" - lelaki itu acukan pisau tersebut pada mukanya dan ketawa

"Kau jangan buat kerja bodo* eh! kau jangan nak babitkan keluarga aku, anak bini aku!😡 kau nak bunuh, bunuh aku sorang je! jangan berani sentuh anak bini aku!" - Mateen memberi amaran dan bersuara lantang. Riak wajahnya kelihatan sangat berang

"Terpulanglah.. aku boleh buat apa je yang aku suka.. kalau aku tak dapat apa aku nak, get ready lah apa aku akan buat" - ujar lelaki tersebut

"Woii! kau nak apa sebenarnya?? perlu ke kau nak ugut aku macam ni? apa salah aku kat kau? siapa kau sebenarnya?!" - soal Mateen bertubi-tubi

"Kau tanya aku nak apa? aku nak semuanya dari kau! kau letak jawatan dan tinggalkan syarikat Dato' Farid.. SIMPLE kan??" - ujar lelaki tersebut dengan tenungan tajamnya

"Tapi aku dah janji dengan arwah Dato' Farid, jaga syarikat dia.. kalau kau nak sangat aku letak jawatan, bagi aku masa! bukan mudah aku nak letak jawatan bagi kau macam tu je" - ujar Mateen

"Masa?! berapa lama lagi? kau dah lama naik pangkat.. jangan nak bodo* kan aku lah Mateen" - ujar lelaki tersebut dengan perasaan bengang

"Eh kau ni siapa haa?! kau staff kat syarikat Dato' Farid ke??" - soal Mateen dahinya berkerut

"Aku siapa? kau akan tahu nanti.. kau tunggu ye, aku bagi kebebasan kat kau kali ni" - ujar lelaki itu, lalu dia pergi meninggalkan Mateen

Mateen menarik dan menghembus nafas lega, selepas sahaja lelaki itu pergi dari situ. Mateen pulang ke rumah dengan perasaan yang sangat risau memikirkan isterinya serta anaknya. Dia berasa tidak senang hati dengan kata-kata lelaki tersebut. Tidak lama itu, Mateen sudah tiba dirumah.

Di dalam bilik...

"Hubby dah balik.. seronok ke keluar makan dengan kawan, sampai dah nak 10.30 dah" - ujar Jannah yang sedang duduk di atas katil sambil melihat telefon

"Ye sayang, bolehlah.. tadi banyak kereta, tu yang balik lambat sikit tu.. tapi hubby rasa macam penat sikit, nak mandi kejap lepas tu nak tidur rehat" - ujar Mateen mengukir senyuman. Tatkala dihati, dia sangat bimbang

"Patutlah muka hubby pucat semacam.. hubby pucat berpeluh macam nampak hantu je.. risau lah" - Jannah risau akan suaminya itu

"Jangan risau ye sayang.. ok je ni, tak ada apa pun.. cuma penat sikit je.. sayang tidur lah dulu.. hubby nak mandi sekejap" - ujar Mateen tersenyum

"Em yelah.. hubby pergi lah mandi dulu, sayang boleh tunggu" - ujar Jannah yang sanggup menunggu Mateen

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam, mereka suami isteri tidur. Manakala, di rumah lelaki yang mengugut Mateen, dia berangan sambil tersenyum seorang diri. Telah lama dia idam dan inginkan jawatan tinggi di syarikat Dato' Farid itu. Berang dan dengkinya terhadap Mateen makin membuak-buak.

"Sabar ye Mateen.. kau tunggu kejatuhan kau nanti.. kalau kau yang tak ada pertalian darah dengan Dato' Farid pun boleh dapat jawatan tinggi dan ramai suka kau, kenapa tidak aku?? sebab tu aku tak suka kau Mateen!! semua sanjung kau😡 aku pun boleh dapat apa aku nak!" - ujar lelaki tersebut sambil ketawa besar

Pada esok harinya, ketika Mateen sedang bersiap pergi ke kerja, Jannah menegurnya kerana wajah Mateen kelihatan masih pucat.

"Hubby? kenapa muka pucat ni?? Ya Allah.. badan hubby panas demam ni.. hubby tak payah pergi kerja lah, kita pergi klinik eh.. sayang drive" - ujar Jannah sambil mengusap sentuh dahi Mateen yang berasa suam itu

"Eh sayang.. tak apa lah.. ok je ni, demam sikit je.. nanti makan panadol ok lah ni.. don't worry ok" - ujar Mateen senyum dengan bibirnya pucat

"Tak payahlah hubby.. badan hubby ni panas ni, muka pucat berpeluh.. sayang risau lah hubby.. tak apa, hari ni hubby rehat dekat rumah je ok.. nanti sayang call Danish, hubby tak sihat" - ujar Jannah yang risau akan kesihatan Mateen

"Tapi kat office banyak kerja sayan....." - belum sempat Mateen habis berbicara, Jannah potong

"Hubby.. kesihatan lagi penting, kerja tu nanti boleh buat kan? tak apa, nanti sayang call Danish ye.. hubby pergi masuk bilik rehat, sayang buatkan bubur nanti" - Jannah memujuk Mateen dan bercakap dengan lembut

Mateen dengan wajahnya yang pucat itu, menuju ke bilik dengan berjalan secara perlahan-lahan. Lantas Jannah menelefon Danish, memberitahu kesihatan suaminya itu merosot dan tidak sihat. Jannah berasa aneh dan pelik, kenapa suaminya tiba-tiba sahaja sakit begitu. Mateen kelihatan sangat pucat dan berpeluh, badannya menggigil kesejukan. Jannah menjaga Mateen sepanjang hari tersebut.

Bersambung~~
(Finally harini tak busy boleh update😭 sorry korang sebab lama tak update sebab busy sikit and writer block hm.. jangan lupa tekan button star 🌟 ok! terima kasih🥰 sayang korang semua❤️)

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now