BAB 14 - Boyfriend ke?✨

91 16 63
                                    

Flashback sebelum Arjuna menjadi bodyguard Ayana...

Beberapa hari sebelum Mateen mengambil anaknya dari Universiti, Mateen cuba menghubungi Arjuna.

"Assalamualaikum Juna.. maaf kalau ganggu.. busy ke?" - Mateen menghubungi Arjuna

"Waalaikumusalam.. tak busy pun bang.. abang nak jumpa saya ke?" - ujar Arjuna yang ketika itu sedang duduk di koridor rumahnya

"Boleh juga kalau jumpa.. tapi saya tak nak cakap banyak pun cuma saya nak tanya, awak boleh ke kalau mula kerja sebagai bodyguard anak saya?😅" - soal Mateen

"Ohh.. abang nak saya mula kerja bila? InsyaAllah saya ok je bila-bila abang nak" - ujar Arjuna

"Ok baiklah.. kalau macam tu, hari ni awak free bila? kita jumpa kejap, bincang tentang ni boleh??" - tanya Mateen sambil mencekak pinggangnya

"Boleh bang.. InsyaAllah petang ni saya free bang.. nanti abang bagitahu je nak jumpa kat mana ye☺️" - ujar Arjuna tersenyum

Pada petang itu, mereka berdua berjumpa dan berbincang disebuah restoran. Tanpa berfikir panjang, Arjuna serta-merta bersetuju dan mula bekerja dengan Mateen sebagai bodyguard anaknya.

END FLASHBACK...
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Sementara itu, di office tempat kerja Mateen. Mateen yang sudah lama bekerja dengan Dato' Farid (JM), kini dia sudah beberapa tahun hampir 9 tahun dinaikkan pangkat. Namun, 2 tahun yang lepas Dato' Farid meninggal dunia akibat serangan jantung. Jadi kini, Danish (JM) mengambil alih ditempat Dato' Farid sebagai boss di office tersebut.

"Mateen kau keluar lunch ke? aku nak balik rumah kejap ni, bini aku masak sedap hari ni🤤" - tanya Danish pada Mateen ketika berselisih di office

"Hahaha aku faham.. air tangan bini kan, memang sedaplah.. aku keluar lunch dengan Rykarl jelah nanti" - ujar Mateen ketawa kecil

"Haa baguslah tu.. eh nanti petang kau masuk bilik aku kejap.. nak bincang sikit tentang meeting esok.. aku balik kejap eh" - ujar Danish sambil berjabat tangan dengan Mateen

"Ok baik.. nanti kirim salam kat orang rumah kau si Kyra (JM)" - Mateen mengirim salam

"InsyaAllah.. ok aku gerak dulu.. nanti petang jumpa" - ujar Danish dan kemudian dia berlalu pergi

Tanpa disedari, sebenarnya ada seorang staff lelaki yang mempunyai hasad dengki dan berniat jahat. Dia juga sudah agak lama bekerja di office itu. Pada mulanya, lelaki tersebut baik sahaja. Akan tetapi sejak Mateen dinaikkan pangkat, dia mulai berubah sedikit dan mula cemburu.

Pada keesokkan harinya, di Universiti. Ayana dan Iris sambung menyiapkan assignment mereka. Tiba-tiba ada seorang lagi classmate Ayana, yang menegurnya dan bertanya pada Ayana.

"Ayana.. sorry ganggu, nak tanya kau ada boyfriend ke? aku dengar cerita ada orang nampak kau dengan lelaki.. ada yang kata lelaki tu handsome.. betul ke?😬" - salah seorang classmate Ayana menegur dan bertanya

"Mana ada.. aikk? korang salah tengok ni.. tak kan lah nampak aku sorang je dengan lelaki? hari tu aku dengan Iris ada eh😌 bukan aku sorang je.. tak baik fitnah tau" - Ayana yang berasa sedikit cuak

"Mana lah aku tahu.. aku just dengar dari mulut orang je.. sorry lah Yana, aku just tanya nak tahu je" - ujar kawan sekelasnya bernama Mira itu dan meminta maaf

"Yelah.. lain kali korang kena selidik dulu, jangan suka-suka cakap je.. nanti jadi fitnah tau.. lelaki yang korang nampak tu, rasanya pakcik aku tu" - pesan Ayana

"Oh pakcik kau.. tapi betul ke pakcik kau tu handsome??" - soal Mira

"Handsome tu tak tahulah.. tapi mungkin manis tu ada lah kot🤔 kenapa tanya? korang suka pakcik aku tu ke??" - ujar Ayana dengan riak muka berfikir

"Ehh kau! tak ada lah.. tanya je.. habis tu boyfriend aku nak campak mana??😌 aku ni setia ok" - ujar Mira sambil menjeling

"Elehh yelah Mira.. jaga lah boyfriend kau tu baik-baik ye" - ujar Ayana tersenyum

"Yeee Ayana.. ok lah aku nak gerak dulu ni, nak makan lepas tu nak rehat.. bye" - Mira melambaikan tangannya lalu pergi dari situ

Ayana mula berfikir, nampaknya bukanlah hanya Farrel sahaja yang tahu. Rupanya ada beberapa orang kawan sekelasnya, juga sudah tahu. Tetapi, mereka tidak nampak jelas wajah Arjuna. Mereka semua hanya nampak sekali imbas sahaja.

"Weyy Iris.. kau ada bagitahu dorang ke pasal pakcik Arjuna tu?" - soal Ayana pada Iris

"Mana ada aku bagitahu sesiapa.. aku kan dah janji dengan kau tak bagitahu sesiapa" - ujar Iris dahinya berkerut

"Habis tu macam mana Mira pun tahu??🤨 Farrel pun tahu.. tapi kau rasa, agak-agak dorang tahu tak muka pakcik Arjuna tu??" - soal Ayana berasa sedikit aneh

"Manalah aku tahu.. maybe Farrel yang bagitahu kot.. ataupun dorang memang ada nampak ke.. alaa abaikan lah, apa susah? kau bagitahu jelah tu pakcik kau settle!" - ujar Iris sambil mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu

"Haa betul lah tu.. buat apa aku nak risau, duk fikir kan😌 ok abaikan.. biarlah dorang nampak ke tak, aku cakap jelah pakcik" - ujar Ayana menepuk dahinya, lalu mengabaikan tentang itu

Bersambung~~
(Lepasni mula ada babak konflik sikit😏 sorry korang sebab lama tak update, saya writer block and busy sikit😭 jangan lupa tekan bintangbawah ni ok.. terima kasih🥰 sayang korang sangat2❤️)

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now