BAB 9 - Pakcik?✨

116 22 139
                                    

Satu bulan kemudian, Mateen dan Jannah mengambil dan menjemput Ayana selepas waktu zuhur, dari Universiti untuk bawanya pulang ke rumah.

Satu bulan kemudian, Mateen dan Jannah mengambil dan menjemput Ayana selepas waktu zuhur, dari Universiti untuk bawanya pulang ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mummy daddy!😄 I miss you mummy daddy" - Ayana terus berlari ke arah ibu bapanya dan memeluknya

"Baru 2 bulan tak balik, dah rindu?? manja betul anak dara awak ni hubby😌 nasiblah sayang" - Jannah tersenyum dan menggelengkan kepala

"Mestilah rindu.. apa salahnya, manja dengan mummy daddy kan? Ayana kan satu-satunya anak kesayangan mummy daddy🤭" - ujar Ayana menjongketkan kedua keningnya

"Daddy mummy pun miss you lah sayang❤️ mehh daddy tolong angkatkan beg" - Mateen bantu angkatkan luggage Ayana ke dalam bonnet kereta

Di dalam kereta...

"Ayana nak makan apa-apa dulu ke, sebelum balik?? daddy bawa makan dulu nak?" - tanya Mateen sambil memandu kereta

"Nak! Ayana pun belum makan lagi ni.. tadi kat bilik pun, kemas-kemas barang and katil sikit sebelum balik" - dengan lajunya Ayana menjawab kerana kelaparan. Mateen hanya mengangguk dan senyum nipis

Mereka sekeluarga makan bersama sebelum pulang, sebaik sahaja selesai makan, mereka bergegas pulang ke rumah. Jam hampir menunjukkan pukul 5.45 petang, Alhamdulillah mereka selamat sampai. Tiba-tiba buk!, tanpa disedari, Ayana mengundur dan terlanggar seseorang iaitu Arjuna.

"Minta maaf pakcik.. saya tak sengaja" - ucap Ayana sambil menundukkan kepalanya tanpa melihat wajah Arjuna

"Dia panggil aku pakcik?? tua sangat ke aku ni?" - desis hati Arjuna

"Eh Arjuna😄 kenapa tak bagitahu dulu nak datang?? maaf ye, saya baru ambil anak kat U ni.. terkejut saya tiba-tiba awak datang" - Mateen menegur Arjuna dan berjabat tangan

"Eh tak apa bang, saya datang kejap je ni.. nak hantar serawa durian dengan roti jala ni, ummi saya masakkan.. dia suruh bagi kat abang☺️ nanti abang sekeluarga, jemput makan ye" - ujar Arjuna sambil menghulurkan bekas makanan berisi serawa durian

"Allahu.. susah-susah je awak ni, sedap ni.. terima kasih ye Juna.. jemputlah masuk dulu" - ucap Mateen dan mempelawa Arjuna masuk ke dalam rumah

"Sama-sama bang.. eh tak apa bang, saya pun nak balik ni.. ummi tunggu dekat rumah tu, InsyaAllah nanti kita jumpa lagi ye😊" - ujar Arjuna

"Excuse me, tumpang lalu ye pakcik.. saya nak ambil beg.. daddy ambil beg galas pink tu bagi Yana" - Ayana tiba-tiba sahaja lalu mencelah dan menunduk depan Mateen serta Arjuna

"Nahh.. luggage ni, nanti daddy tolong bawakan masuk ye.. Ayana, daddy nak kenalkan ni kawan daddy, Arjuna" - Mateen menghulurkan beg galas dan perkenalkan Arjuna pada Ayana

"Ohh.. Assalamualaikum pakcik😊 tinggi, sado pakcik ni.. salam pakcik salam.. saya masuk dulu ye pakcik, tumpang lalu" - Ayana yang peramah itu, tiba-tiba sahaja menyalam tangan Arjuna dan masuk ke dalam rumah

"Waalaikumusalam.. emm pakcik ye?😅 bang Mateen, saya ni nampak tua sangat ke?? macam pakcik-pakcik ke??" - tanya Arjuna dengan dahinya berkerut

"Tak ada lah nampak tua, ok je saya tengok.. awak terasa dengan anak saya ke?? anak saya tu, kalau orang tak kenal main bantai je panggil apa-apa pun😌😂 maaflah ye" - ujar Mateen ketawa kecil

"Ohh yeke?? tak terasa pun, cuma tanya je😅 hahaha tak apa lah kalau macam tu.. eh dah pukul 6 ni, nanti apa-apa saya contact abang ye.. saya balik dulu, Assalamualaikum" - Arjuna berjabat tangan dengan Mateen, lalu bertolak pulang ke rumah

"Waalaikumusalam.. hati-hati ye bawa motor tu, jangan laju-laju" - pesan Mateen pada Arjuna

Ketika di ruang makan di dalam rumah Mateen...

"Mmm sedapnyaaa bau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mmm sedapnyaaa bau.. macam kenal bau ni, serawa durian ke?? mana dapat serawa ni? mula lapar balik, Ayana nak makan" - baru sahaja ingin menyedok, Jannah menegur

"Mandi dulu ye Yana sayang.. nanti pukul 7 nak masuk waktu maghrib, lepas solat maghrib, kita makan sama-sama ok🥰 nanti mummy panaskan balik" - tegur Jannah pada Ayana

"Hmm ok mummy.. Ayana naik atas mandi semua dulu" - Ayana mengangguk dan pergi masuk ke dalam biliknya

Selepas sahaja selesai solat maghrib, mereka sekeluarga makan serawa durian itu bersama. Ayana paling berselera menikmati, bertambah berkali-kali dan licin mangkuknya dia makan.

"Sedapnya! mana daddy beli serawa durian ni?? tadi balik, tak nampak daddy singgah mana-mana kedai pun beli.. ke Ayana tak perasan?🤔" - tanya Ayana

"Kawan daddy tadi tu yang bagi, yang Ayana panggil 'pakcik' tadi tu.. nama kawan daddy tu, Arjuna" - ujar Mateen

"Ohh.. daddy dah lama eh kenal dengan dia??" - tanya Ayana sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya

"Tak ada lah lama mana.. Ayana tak perasan ke?? tak ingat eh kawan daddy tu?? Ayana pernah je nampak dia hari tu" - Mateen cuba mengingatkan Ayana

"Haa?? Ayana pernah nampak dia ke? aikk bila?? siapa kawan daddy, Arjuna tu" - soal Ayana dahinya berkerut dan riak muka tertanya

"Kawan daddy tulah yang tertinggal dompet kat tu.. sebelum daddy hantar Ayana pergi U, kan kita ada singgah kedai pisang goreng.. haa dia lah orangnya, lupa ke??" - terang Mateen pada Ayana

"Ohh dia ke?? faham... Ayana ingat lah, tak perasan sangat je muka dia tadi.. tinggi eh pakcik tu, tinggi dari daddy.. macam tentera pula pakcik tu" - ujar Ayana selamba

"Tahulah daddy ni rendah😌 tapi tak apa, asalkan daddy handsome" - Mateen yang menyempat berjenaka

"Aloloo.. hehe betul! daddy Ayana ni memang handsome😍 sesuai dengan mummy sebab cantik, dapat anak macam Ayana ni comel❤️" - Ayana juga menyempat memuji ibu bapanya serta dirinya sendiri

"Nanti daddy bawa Ayana jumpa kawan daddy tu ye.. ada benda nak bincang sekali, tapi nanti ye" - ujar Mateen. Ayana mengangguk dan ayat Mateen itu membuatkan Ayana seperti tertanya-tanya

Bersambung~~
(Arjuna dengan Ayana dah berjumpa kejap, satgi depa jumpa lagibtw jangan lupa tekan bintang 🌟 vote untuk saya tau🥰 terima kasih semua! Sayang korang semua sangat2❤️)

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now