BAB 10 - Pakcik? (Part 2)✨

109 20 90
                                    

Manakala, Arjuna bersama umminya juga sedang makan dan berborak. Sedang berborak, Arjuna tiba-tiba sahaja tersenyum seorang diri sambil menggelengkan kepalanya kerana teringatkan dirinya yang digelar 'pakcik' oleh Ayana.

"Eh tersenyum apa tu Juna??" - tanya umminya

"Tak ada apalah ummi.. salah ke Juna senyum? senyum tu kan sedekah" - ujar Arjuna yang masih lagi tersenyum

"Ummi tahu senyum tu sedekah, tapi ni tiba-tiba senyum.. risau juga ummi ni😌 ke senyum teringat kat kekasih baru?" - gurau umminya

"Tak ada apalah, apa pula kekasih baru ni?? kejap lagi dah nak masuk waktu isyak.. kita habiskan makan ye ummi" - Arjuna yang cuba menukar topik dan mereka menghabiskan makanan

Pada larut malam itu, Ayana bersama dengan ibu bapanya menonton movie di televisyen. Setiap kali Ayana pulang ke rumah, Ayana mesti akan meluangkan masa sepuasnya bersama ibu bapanya.

"Mummy? serawa durian tadi ada lagi tak?? Ayana nak ratah makan macam tu jelah sambil tengok movie hehe" - tanya Ayana sambil mengedipkan matanya yang bulat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mummy? serawa durian tadi ada lagi tak?? Ayana nak ratah makan macam tu jelah sambil tengok movie hehe" - tanya Ayana sambil mengedipkan matanya yang bulat itu

"Ada lagi sikit, tapi kat dalam peti sejuk lah sayang.. tak kenyang lagi ke? bukan tadi Yana dah makan banyak ke?" - soal Jannah mencubit pipi lembut anaknya itu

"Ohh.. hehe tak, Yana sentiasa rasa lapar.. mummy pun kenal Yana macam mana kan?😁 Yana suka makan.. makan sejuk-sejuk pun ok je, Yana bedal je.. asalkan perut kenyang" - ujar Ayana dan berjalan menuju ke dapur mengambil bekas berisi serawa durian tersebut

"Anak daddy seorang ni, makan je kerja.. kalau gemuk macam mana? susah tau kalau gemuk, tak ada siapa nak nanti" - gurau Mateen menahan ketawa

"Ayana tak akan gemuk😚 trust me! sebab Yana jenis badan tak naik, so Yana happy dapat makan tanpa gemuk! kalau tak ada siapa nak, pakcik Arjuna kan ada" - ujar Ayana dan dia juga bergurau menyebut nama Arjuna

"Happy eh ini budak dapat makan😌 nasiblah mummy daddy sayang.. pakcik Arjuna pun Yana boleh terima, kalau tak ada lelaki nak kat Yana?" - tanya Mateen sambil menongkat kepalanya

"Kalau pakcik Arjuna single, apa salahnya kan? HAHAHA tak adalah daddy.. Yana gurau je, sorry tau.. jangan ambil serious pula ye.. ishh tak fokus lah tengok movie, Yana nak fokus ni!" - ujar Ayana sambil menikmati serawa durian itu

"Ishh budak ni.. main-main pula dia.. suapkan daddy sikit serawa tu" - Mateen menghulurkan dan membuka mulutnya dan Ayana menyuapkan ke mulut Mateen

"Lusa daddy cuti kan?? pergi jalan-jalan boleh tak daddy? kita tengok wayang nak? jom mummy daddy!" - Ayana mengajak ibu bapanya pergi berjalan-jalan

"Haah lah.. kita sekeluarga dah lama tak pergi tengok wayang.. hubby ok ke?😁 tapi kalau hubby penat, sayang tak paksa.. Yana pun jangan paksa daddy ok" - ujar Jannah

"Daddy ok je tak kisah.. InsyaAllah kalau daddy free dan tak penat, daddy bawa Yana and mummy jalan-jalan ye.. and kita bawa Arjuna sekali ok?" - ujar Mateen tersenyum

"Bawa pakcik Arjuna?? untuk apa bawa dia?" - soal Ayana dengan dahinya berkerut

"Boleh lah Yana kenal-kenal lagi dengan dia.. tak apa, nanti Yana kenal lah pakcik Arjuna siapa ye" - ujar Mateen

Belum sempat movie itu habis, tiba-tiba terdengar ada satu bunyi dengkuran krong~ Ayana sampai berdengkur, kerana terlalu kepenatan. Ayana sudah terlelap dan kepalanya melentok ke bahu Mateen. Bekas serawa durian itu pula, habis licin diratahnya. Mateen dan Jannah, keduanya memandang ke arah Ayana yang tertidur itu sambil tersenyum.

"Hubby.. kejutlah Yana tidur kat atas, penat sangat dia ni.. kasihan pula tengok dia, sampai tertidur" - ujar Jannah

"Tak apa, biar hubby dukung bawa Yana masuk bilik.. tak sampai hati nak kejut, penat sangat dia sampai berdengkur ni.. sayang bawa bekas ni ke dapur ye" - ujar Mateen dan perlahan-lahan mendukung Ayana menuju ke bilik

Mateen meletakkan tubuh Ayana perlahan-lahan, lalu menyelimutkannya. Mateen mengusap dan mengucup lembut dahi anak kesayangannya itu. 2 hari kemudian, Ayana sekeluarga keluar bersiar bersama. Selepas mereka menonton wayang, mereka pergi singgah sebuah restoran untuk makan. Lalu, ada susuk seorang lelaki datang pada mereka.

"Assalamualaikum bang, kak☺️ maaf ye kalau saya datang lambat sikit" - Arjuna menegur dan memberi salam

"Waalaikumusalam.. Juna, duduklah.. eh tak ada lah, kami pun baru je makan ni" - Mateen mempelawa Arjuna duduk bersebelahan dengan Ayana

"Pakcik Arjuna, saya Ayana.. salam pakcik.. pakcik apa khabar, sihat?" - Ayana bertanyakan khabar sambil menyalam tangan Arjuna

"Alhamdulillah sihat😅 Ayana sihat?" - tanya Arjuna pula

"Alhamdulillah Yana sihat.. tengok badan pakcik pun tahu sihat, nak sentuh lengan sikit boleh pakcik?" - tanya Ayana dan Arjuna terpaksa mengangguk kepalanya

"Minta maaf ye Arjuna, Ayana ni memang kadang pelik sikit perangai dia😅" - ujar Jannah tersenyum nipis

"Mummy daddy, otot kat lengan pakcik Arjuna keras.. wahh! mesti pakcik selalu pergi gym kan??" - Ayana menunjukkan riak muka teruja ketika melihat menyentuh otot dilengan Arjuna. Nasib saja Arjuna memakai baju lengan sedikit panjang

"Yana sudahlah tu.. habiskan makanan tu, maaflah ye Juna.. Ayana minta maaf balik kat dia, tak baik buat orang macam tu" - ujar Jannah menyuruh Ayana untuk meminta maaf

"Hm minta maaf ye pakcik, minta maaf kalau kelakuan saya tadi kurang menyenangkan dan buat pakcik tak selesa" - ucap Ayana segera meminta maaf dan menunduk hormat

"Tak apa saya maafkan.. benda kecil je😅" - ujar Arjuna tersenyum

"Yana jangan buat lagi macam tu kat pakcik Juna ye? pakcik Arjuna ni nanti jadi bodyguard Yana tau" - ujar Mateen dengan riak muka selamba

"Uhuk! haa?! Bodyguard?! bodyguard apa ni mummy daddy??" - Ayana tersedak dan menunjukkan riak mukanya sangat terperanjat

Bersambung~~
(Terkejut beruk Ayana😌 apa jadi lepasni? jangan lupa tekan bintanguntuk saya tau.. terima kasih, sayang korang semua❤️)

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now