BAB 12 - Siapa tu??✨

89 22 98
                                    

Beberapa hari kemudian, Ayana bersiap-siap untuk pulang ke Universiti semula. Sambil bersiap, riak muka Ayana masam sahaja dan mulutnya muncung memanjang. Rupanya kerana tidak puas lagi berehat dan cuti dirumah.

"Yana barang semua dah siap? semua dah ada? pastikan jangan ada yang tertinggal, kang kena patah balik susah nanti" - pesan Mateen pada Ayana

"Kenapa muka masam je ni?? mulut muncung-muncung ni kenapa? ok tak ni?" - soal Jannah sambil mengusap lembut kepala Ayana

"Hmm.. Yana tak puas lah mummy cuti, nanti kena hadap assignment balik😌" - ujar Ayana sambil memeluk bantal peluknya berkepala kucing itu

"Lahh sebab tu je ke? biasalah tu.. Yana pun dah nak habis lagi berapa bulan je kan? sabar sikit je lagi ye sayang" - ujar Jannah mengukir senyuman manis

Setelah semua barang kepunyaan Ayana sudah dimasuk ke dalam bonnet, mereka bertiga masuk ke dalam kereta BMW yang berwarna biru milik Mateen itu. Mereka bertolak pergi ke menghantar Ayana ke Universiti.

Beberapa jam kemudian, mereka tiba di destinasi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa jam kemudian, mereka tiba di destinasi. Seperti biasa, ibu bapa Ayana akan memberi pesanan padanya dan Ayana memeluk, mencium dan melambai tangan selepas ibu bapanya menghantarnya.

Di dalam biliknya...

"Yana! eh lambat pula hari ni kau sampai? biasanya kau yang sampai awal dulu dari aku" - teman sebiliknya Iris menegur

"Jalan jammed tadi.. aku ada beli something sekali untuk kau😁 tadaa! ayam goreng McD, kita share eh.. sebenarnya aku beli 3 pieces tadi, tapi sebab aku tak tahan sangat, aku makan 1 dalam kereta tadi so tinggal 2 ketul je😌 aku ada beli burger sekali" - ujar Ayana sambil mengeluarkan makanan yang dibelinya dari kotak

Belum sempat Ayana menyusun dan menyimpan barang-barangnya, dia dan teman sebiliknya itu terus sahaja makan makanan tersebut kerana tidak dapat menahan rasa kelaparan. Seperti tidak makan saja, sedangkan ketika dirumah, mereka masing-masing sudah makan.

Pada esok harinya, Ayana dan teman sebiliknya seperti biasa pergi ke kelas bersama dan belajar ikut jadual seperti biasa. Habis sahaja waktu kelas, Farrel tiba-tiba sahaja menganggu dan sengaja mengusik Ayana.

"Ish! kau ni kenapa Farrel? Iris jom lah keluar cepat, rimas kena ganggu dengan mamat ni je😒" - Ayana menjeling tajam pada Farrel dan menarik tangan Iris, lalu keluar dari kelas tersebut

"Cepat-cepat nak pergi mana? sabar lah, kita keluar sama-sama" - ujar Farrel yang mengekori Ayana dan Iris dari belakang

"Eii! tak payahlah ikut! pergilah dengan member kau tu semua.. kitaorang nak keluar makan semua, kau tak payah sibuk😒" - ujar Ayana dengan nada marah

"Salah ke kalau aku nak join sekali? aku bukan kacau kau teruk macam dulu pun kan?" - soal Farrel

"No way! girls only🙄 kau lelaki kan? kau ada member kan? kau ajaklah member kau keluar makan.. dah lah, jomlah Iris" - ujar Ayana dengan nada tegas dan menjeling

Ayana menarik tangan Iris dan berjalan dengan laju, kemudian ada seorang sosok tubuh lelaki berbaju coat seperti sedang menunggu seseorang di parking kereta. Tiba-tiba, Kring~ (telefon Ayana berdering) dan nombor yang menelefonnya tak dikenali. Lalu dia angkat panggilan itu.

"Hello? siapa ni?" - soal Ayana dahinya berkerut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hello? siapa ni?" - soal Ayana dahinya berkerut

"Hello, Assalamualaikum.. Ayana ni saya Arjuna, maaf ye telefon tiba-tiba.. nombor ni, ayah Ayana bagi" - ujar Arjuna

"Eh Waalaikumusalam.. oh pakcik Juna rupanya😅 kenapa ye pakcik call saya?" - tanya Ayana sambil menyilangkan tangannya

"Boleh kita jumpa kejap? saya ada kat parking ni, saya tengok ramai students dah keluar.. Ayana dah habis kelas ke?" - tanya Arjuna

"Haa? pakcik ada kat sini ke?? Yana baru habis kelas tadi, tapi sekarang dengan kawan ni.. tak apa ke bawa kawan sekali datang jumpa? yelah jumpa berdua tak manis kan😅" - ujar Ayana memandang ke arah kawannya

"Boleh je tak ada masalah.. saya tunggu kat parking lorong kedua hujung, nanti kalau Ayaan nampak kereta Honda Civic warna hitam, saya ada kat situ" - ujar Arjuna tersenyum

"Oh ok pakcik, Yana datang kejap lagi" - Ayana menutup panggilan itu

Ayana mengajak Iris untuk menemaninya sekali, tidak lama itu mereka pun ternampak Arjuna dan Ayana menegurnya.

"Pakcik Arjuna? waa smart lah pakcik ni😍 pakcik ada interview kerja ke pakai coat ni? macam mana pakcik tahu U Yana kat sini? ohh mesti daddy bagitahu" - Ayana menegur dan melihat pakaian Arjuna

"Eh mana ada interview kerja.. Ayana lupa ye tentang hari tu?? ye dia bagitahu saya.. ni Ayana dengan kawan ada nak pergi mana-mana ke?" - ujar Arjuna

"Haa? tentang apa eh? sorry pakcik, Yana kadang pelupalah😌 kitaorang nak keluar makan je, kenapa? pakcik nak bawa kitaorang makan ke??" - tanya Ayana dengan riak muka teruja

"Tentang bodyguard tu, saya kan bodyguard Ayana" - Arjuna beritahu semula pada Ayana

"Oh my god! Ayana, kau ada bodyguard? ni bodyguard kau ke? seriously??😱" - soal Iris dengan riak muka terperanjat dan tersengih

"Shhh!🤫 kau diam lah sikit.. nanti orang dengarlah.. sorry eh pakcik, Yana lupa.. Iris, kau jangan bagitahu orang lain eh? ni rahsia kita berdua, eh salah, kita bertiga" - Ayana terus menekup mulut Iris

"Siapa tu Ayana? boyfriend ke? handsome" - salah seorang classmate Ayana menegur secara tiba-tiba

"Eh aku mana ada boyfriend, ni aaa.. pakcik aku, haa pakcik aku" - Ayana dengan muka cuak terpaksa berbohong dan classmate dia berlalu pergi

"Pakcik bahaya ni, kalau orang lain tegur lagi.. jom kita masuk kereta.. pakcik nak bawa kitaorang makan kan? haa jom! Iris masuk cepat, nanti orang lain nampak habis" - Ayana segera masuk ke dalam kereta begitu juga Arjuna dan Iris

Tanpa disedari, rupanya Farrel dari jauh secara tidak sengaja ternampak kelibat Ayana dan Iris menaik sebuah kereta. Namun, Farrel tidak nampak dengan jelas wajah lelaki berbaju coat itu dan hanya mengendahkannya sahaja.

Bersambung~~
(Arjuna datang mengejut.. agaknya next, apa jadi?🤔 jangan lupa tekan bintangvote untuk saya tau.. terima kasih🥰 Sayang korang semua!❤️)

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now