BAB 20 - Rindu pakcik Juna✨

146 15 120
                                    

Sudah seminggu berlalu, kini Arjuna redha atas pemergian umminya. Pada petang itu, Arjuna sedang duduk di pondok halaman rumahnya, sambil menghirup udara segar dan tersenyum mengingati memori bersama ibu bapanya.

(Contoh gambar pondok rumah ummi abi Arjuna)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Contoh gambar pondok rumah ummi abi Arjuna)

Kemudian, tidak lama selepas itu Arjuna masuk ke dalam rumah. Di rumah itu kini tiada sesiapa lagi, kecuali dirinya. Arjuna mengemas bajunya untuk kembali kerja. Sambil dia mengemas, tiba-tiba sahaja fikirannya teringat akan kerenah Ayana.

"Dah berapa hari aku tak tanya khabar dia dengan abang Mateen, rindu pula dengan budak kuat makan tu.. haih lah budak tu, makan kuat tapi tak gemuk pun" - Arjuna tersenyum dan ketawa sendiri

Manakala, di rumah Ayana...

Ayana pada ketika itu, kebetulan sahaja sedang makan bersama ibu bapanya tiba-tiba terbatuk dan tersedak.

"Uhuk! ada orang sebut nama Yana ke? tengok Yana dah tersedak.. entah-entah kan mummy, ada orang yang rindu Yana kot😳" - ujar Ayana dengan mulutnya penuh dengan makanan

"Kalau iya pun, habiskan lah dulu makanan dalam mulut tu Yana.. tercekik nanti.. perasan ada orang rindu dia, Yana ada boyfriend ke? tak bagitahu mummy daddy pun" - ujar Jannah ketawa kecil

"Uhuk! mummy.. tengok kali kedua Yana tersedak, nanti Yana mati macam mana? haaa ayokk.. Yana mana ada boyfriend lah mummy, gurau pun tak boleh ke?" - ujar Ayana dengan bibirnya mencebik

"Ishh mulut tu, apa cakap mati-mati? tak baik depan rezeki.. bukan tak boleh bergurau, tapi jangan lah cakap benda tu depan rezeki sayang" - pesan Jannah kepada Ayana dengan nada lembut

"Yelah.. sorry mummy.. tapi kalau Yana ada boyfriend, tunggu dah habis study nanti ok😬 Yana belajar lagi tak boleh kahwin lagi" - ujar Ayana dengan riak wajah comelnya

"Siapa kata tak boleh? umur Yana ni dah boleh kahwin dah boleh beranak tau, dulu atuk nenek Yana pun kahwin muda.. mummy daddy pun kahwin muda juga" - ujar Jannah

"Itu atuk nenek dengan mummy daddy.. kahwin kena sedia mental dengan fizikal kan mummy? perangai Yana ni pun macam budak-budak lagi, macam mana nak kahwin" - jawab Ayana sambil mengunyah makanan dalam mulutnya

"Iyaa.. betul lah tu, ikut kamu lah Yana.. eh? hubby, itu hari ibu Juna sakit kan? apa khabar dia? Juna ada bagitahu apa-apa tak?" - soal Jannah menoleh ke arah Mateen

"Tak ada pula.. tapi dia ada bagitahu, masa terdekat ni dia datang kerja balik.. nanti hubby tanya dia ye" - ujar Mateen

"Ibu pakcik Juna sakit?? sakit teruk ke mummy daddy? kenapa tak bagitahu Yana pun.. pakcik Juna sakit juga ke??" - tanya Ayana menyampuk dengan bibirnya mencebik lagi

"Yana, tak baik menyampuk cakap orang tua.. kan mummy daddy tengah bercakap berdua ni.. menyampuk je, mummy kahwinkan dengan pakcik Juna tahu lah" - ujar Jannah menahan ketawa

"Hmm yelah-yelah.. tak apa lah kalau macam tu, makan lagi penting bagi Yana daripada benda lain" - ujar Ayana dengan nada merajuk dan meneruskan makan

Pada keesokkan harinya, Arjuna bergerak pulang ke rumah sewanya. Namun sebelum itu, Arjuna singgah ke rumah Mateen dan pada hari tersebut kebetulannya Ayana akan pulang ke Universiti semula.

Sebaik sahaja Arjuna tiba di rumah Mateen, Ayana lah orang pertama paling teruja melihat ketibaan Arjuna. Baru sahaja Arjuna memberi salam, tiba-tiba...

"Mummy daddy pakcik Juna datang! Yana rindu pakcik Juna, hari tu Yana whatsapp tak balas pun.. pakcik tak rindu Yana ke??" - ujarnya dengan perasaan rindu

"Assalamualaikum.. eh Ayana, mana mak ayah Ayana?" - tanya Arjuna tersenyum dan menukar topik

"Emm.. Waalaikumusalam pakcik😅 sorry terlalu excited sampai lupa jawab salam.. mummy daddy ada dekat dalam" - ujar Ayana tersengih seperti kerang busuk

"Eh Arjuna.. kenapa tak bagitahu nak datang? masuklah dulu" - Mateen mempelawa Arjuna masuk ke rumahnya

"Minta maaf bang kalau saya ganggu waktu abang sekarang, saya datang mengejut macam ni" - ujar Arjuna yang merasa serba salah

"Tak apa.. lagi pun petang nanti nak hantar si princess tu balik U.. dah makan ke? kalau belum, kami ada lagi spaghetti tadi.. oh ya, ummi Arjuna dah baik ke?" - tanya Mateen

"Tak apa bang, saya datang sekejap je ni.. tak mahu susahkan abang.. ummi saya dah meninggal, tapi tak apa saya redha" - ujar Arjuna hanya mampu mengukir senyuman

"Allahuakhbar.. Innalillahiwainnailaihiroji'un.. salam takziah Arjuna, moga terus kuat ya" - ucap Mateen riak wajah terkejut, begitu juga Ayana dan Jannah

"Salam takziah ya.. kami tak tahu, minta maaf ya.. Arjuna makan lah dulu spaghetti tu" - ucap Jannah sambil pelawa Arjuna untuk makan

"Em pakcik, orang kata rezeki jangan ditolak.. tak baik tau.. mummy masak sedap, mana boleh tolak.. kasihan mummy penat masak" - ujar Ayana tiba-tiba sahaja menyampuk

"Yana, apa cakap macam tu.. betul, rezeki jangan tolak tapi kita tak boleh paksa orang" - pesan Mateen pada Ayana

"Tak apa, kalau macam tu saya makan ya.. terima kasih bang" - ucap Arjuna

Ketika Arjuna sedang makan, tiba-tiba Grrr~ perut Ayana berkeroncong menandakan kelaparan. Ayana cuba menahan lapar dan hilangkan rasa laparnya dengan bermain game.

"Ayana lapar ke? kalau lapar makan lah" - Arjuna tiba-tiba sahaja bertanya, seolah tahu Ayana kelaparan

"Haa?? pakcik tahu Yana lapar ke? macam mana pakcik tahu? pakcik dengar perut Yana berbunyi ke?" - tanya Ayana dengan riak wajah hairan dan terkejut

Tanpa berkata panjang, Ayana mengambil pinggan dan makan semeja bersama Arjuna. Siapa sahaja tidak kenal Ayana, dia seorang yang kuat makan walaupun berbadan kecil. Ayana dan Arjuna makan sambil berborak.

"Pakcik, petang nanti hantar Yana balik U eh? boleh tak? please" - tanya Ayana

"Tapi Ayana kena bagitahu mak ayah dulu, saya tak boleh suka-suka ambil hantar anak orang suka hati.. kecuali tujuan kerja" - ujar Arjuna

"Tapi pakcik ambil hati Yana boleh pula🥺 pakcik tak balas whatsapp, Yana rindu tau.. nasib baik Yana tak merajuk 100% lagi, baru merajuk 30%" - ujar Ayana selamba dengan wajah polos dan comelnya

"Ambil hati Ayana?? bila..." - belum habis bicara, Ayana memotong

"Yelah.. pakcik ni muka serious sangat lah, maksud Yana pakcik ambil hati sampai Yana rasa rindu.. pakcik rindu Yana juga ekk?? kantoiii" - ujar Ayana ketawa

Arjuna menggelengkan kepalanya dan ketawa kecil. Sikap comel dan riang Ayana, membuatkan Arjuna tersenyum. Beberapa jam kemudian, Arjuna menghantar Ayana pulang ke Universiti setelah mendapat keiizinan dari Mateen.

Bersambung~
(Ayana tak sah tak buat perangai🤣 masuk air betul, Arjuna melayan je Ayana😂 ok tak korang chapter kalini??🥺 jangan lupa komen dan vote tanda korang support saya⭐❤️ terima kasih❤️ Sayang korang semua❤️❤️❤️)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 14, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now