BAB 18 - Nasihat✨

115 20 73
                                    

Pada larut malam itu, Mateen yang keaadaan sedikit lemah, menghubungi beritahu kesihatannya dan memberi pesanan pada Arjuna untuk menjaga Ayana. Mateen masih menyembunyikan tentang ugutan tersebut dari orang sekelilingnya, asbab tidak mahu keluarganya risau dan terancam.

Mateen menghubungi Arjuna...

"Assalamualaikum Juna, maaf ye ganggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum Juna, maaf ye ganggu.. saya kurang sihat sikit.. Arjuna sihat? kerja macam mana?" - Mateen menanya khabar Arjuna

"Waalaikumusalam.. Alhamdulillah bang, saya sihat.. kerja Alhamdulillah baik je.. abang ok tak ni? demam ke? suara perlahan je" - soal Arjuna

"Alhamdulillah.. begitulah Juna, demam sikit je.. InsyaAllah nanti demam baik lah ni.. jangan bagitahu Yana ye saya sakit.. saya tak mahu dia risau" - ujar Mateen dengan suaranya sedikit lemah

"InsyaAllah Aamiin.. moga bang Mateen cepat sembuh dan kembali sihat.. baik bang, saya tak bagitahu dia.. abang rehatlah dulu" - Arjuna yang mendoakan Mateen kembali sembuh

"InsyaAllah.. terima kasih atas doanya.. tapi sebelum tu, Arjuna?" - ucap Mateen

"Sama-sama.. ye bang? kenapa?" - soal Arjuna dengan dahinya berkerut

"Arjuna jagakan Ayana baik-baik ye.. saya jauh dari dia, tak ada disana.. tolong jaga dia baik-baik ye, saya risau dengan keselamatan dia" - pesan Mateen pada Arjuna

"InsyaAllah bang.. ni amanah abang untuk saya jagakan Ayana.. selagi mana saya mampu, saya akan jaga dia sebaiknya.. jangan risau bang" - ujar Arjuna mengukir senyuman

"Terima kasih sangat-sangat Juna.. uhuk uhuk~ saya rehat dulu ye, batuk datang balik dah.. tak larat pula badan ni, kalau ada apa-apa inform pada saya" - ucap Mateen dan dia mematikan panggilan tersebut

3 hari kemudian, pada hujung minggu Ayana duduk seorangan di kedai makan berdekatan dengan Universiti. Ayana kelihatan termenung seorang diri dan dengan secara kebetulan Arjuna datang menghampirinya, lalu menegurnya.

"Ehem.. haa, tengah termenung apa tu? Assalamualaikum" - Arjuna terlebih dahulu menegur dan memberi salam, sambil tersenyum

"Mak kau terbang! ishh pakcik.. Yana terkejutlah.. Waalaikumusalam.. nasib baik bagi salam" - ujar Ayana terperanjat dan melatah

"Hahaha.. minta maaf.. saya sengaja nak usik, tengok Yana asyik termenung je dari tadi.. ada masalah apa-apa ke?" - Arjuna yang ketawa kecil

"Hmm entahlah pakcik.. Yana sekarang macam-macam benda fikir.. dengan study lagi, lepas tu dengan masalah lain lagi.. fikiran Yana ni kadang serabut tau" - ujar Ayana dengan fikirannya bercelaru

"Ayana fikir apa? jangan banyak fikir sangat, nanti boleh jadi stress tau.. Ayana ada nak luah apa-apa ke? cuba bagitahu saya.. mana tahu saya boleh bantu?" - ujar Arjuna

"Hmm.. tak tahulah, tapi Yana kadang sampai pernah rasa nak berhenti belajar.. dengan pernah kena buli dekat sekolah, kat U pun ada lelaki kacau.. pakcik Juna pernah stress ke time belajar dulu??" - soal Ayana dengan riak wajah sedih

"Jangan macam tu.. saya faham apa Ayana rasa.. dulu masa saya mula-mula baru masuk tentera, saya pernah kena buli teruk tau.. yang buli bukan seorang je, tapi dengan 'geng' dia sekali.. mereka buli saya, sebab nampak macam saya ni lemah.. tapi lama-lama, saya buktikan kat mereka semua yang saya bukan lemah" - Arjuna yang menceritakan kisah silamnya

"Hmm.. macam mana pakcik boleh bertahan kena buli dengan ramai orang macam tu?? kasihan pakcik.. kalau Yana jadi pakcik, mesti dah berhenti terus.. kuatnya pakcik boleh bertahan lama" - ujar Ayana dengan perasaan sebak apabila mendengar cerita dari Arjuna

"Ayana.. kunci dia satu je, 'sabar' dan buktikan Ayana kuat.. InsyaAllah kalau kita sabar, Allah akan sentiasa ada dengan kita dan bantu kita.. bila kita sabar dan doa pada Allah, Allah akan beri ganjaran kat kita.. nanti orang yang pernah buat jahat kat kita, mesti dapat kifarah" - pesan dan nasihat Arjuna tenang sambil memandang ke arah Ayana

"Tapi Yana takut tak kuat macam pakcik.. banyak benda Yana fikir sekarang ni.. Yana tak mahu mummy daddy risau dan kecewa dengan Yana.. Yana nak berjaya dan banggakan mummy daddy, tapi..." - air mata Ayana mulai mengalir membasahi pipinya

"Ye saya tahu.. saya yakin Ayana kuat, strong girl.. sabar ye.. Allah ada dengan Ayana, parents Ayana pun ada, saya pun ada dengan Ayana.. janganlah nangis, nanti orang nampak susah" - Arjuna cuba menenangkan Ayana dan cuba menghulurkan tisu

"Hmm pakcik..." - belum sempat habis bicara, Ayana menundukkan kepalanya diatas meja dan menangis teresak-esak

"Haaa sudah.. macam mana ni?? aku salah cakap ke? ramai orang dekat sini.. apa aku nak buat??😅" - bisik hatinya sambil menggarukan kepalanya. Tanpa melengahkan masa, dia duduk menghampiri Ayana dan menepuk bahu Ayana

Arjuna duduk disebelah Ayana, lalu menepuk perlahan sambil memujuk Ayana. Tiba-tiba dengan secara mengejut, Ayana mengangkat kepalanya dan sandarkan dibahu Arjuna. Terperanjat dan tercengang Arjuna dibuatnya. Mata Arjuna membulat besar dan jantungnya berdegup kencang. Arjuna mengesat lembut air mata Ayana dengan tisu.

Ketika Arjuna mengesat air matanya, Ayana tersedu dan mengangkat perlahan kepalanya. Lalu mereka bertentangan mata, antara satu sama lain. Tiba-tiba...

"Te..rima kasih pak..cik sebab lapkan air mata Yana.. pakcik, Yana lapar.. jom makan" - ujar Ayana tersedu-sedu dengan matanya merah. Arjuna menggelengkan kepalanya dan cuba menahan rasa malunya

Kemudian, Arjuna belanja Ayana makan. Sikap comel Ayana itu membuatkan Arjuna ketawa kecil dan tersenyum.

Bersambung~~
(Ayana ni comel plus kelakar😌😂 sabarlah Arjuna.. jangan lupa tekan button star tau.. terima kasih🥰 Sayang korang semua❤️ nahhh big love untuk korang❤️✨)

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now