BAB 11 - Mimpi✨

107 23 95
                                    

Pada ketika itu, suasana sunyi seketika dan mereka terdiam dalam masa 10 saat sahaja. Masing-masing bertentangan mata antara satu sama lain.

"Ok tak payah krik krik lagi, ni bukan drama akasia, 10 saat cukup.. mummy daddy can you tell me about this??🤨 bodyguard for what?" - tanya Ayana dengan menjongketkan sebelah keningnya dan menyilangkan tangan didada

"Bodyguard untuk Yana lah.. kalau Yana kena ganggu ke atau dalam bahaya, at least ada yang tolong jaga Yana kalau mummy daddy jauh dari Yana" - terang Mateen pada anaknya itu

"Tapi Yana dah besarlah daddy, bukan budak kecil lagi.. nanti apa kawan Yana cakap kalau dia dapat tahu, Yana ada bodyguard? malulah.. nanti si Farrel tu ejek pula" - ujar Ayana dengan dahinya berkerut dan mulutnya muncung

"Nak malu apa? kalau kawan mengata ke, ejek ke, biar je tak payah peduli.. nanti tak ada siapa lah berani usik ganggu Yana atau buli lagi kan??" - ujar Mateen

"Ok fine tapi ada syaratnya.. Yana terima kalau daddy jadikan pakcik Arjuna ni bodyguard Yana, tapi pakcik tak boleh kongkong atau halang Yana apa yang Yana nak buat.. boleh kan daddy?? pakcik ok tak?😕" - soal Ayana dengan memandang ke arah Arjuna dan mereka bertentang mata

"Pasal tu..." - belum sempat Mateen berkata, lalu Arjuna memotong

"Boleh tak ada masalah😅 saya ok je, dan saya tak akan kongkong Ayana.. bang Mateen ok je kan? tapi abang jangan risau, saya jaga dia sebaiknya cuma tak ada sampai kongkong lah" - ujar Arjuna tersenyum

"Ok lah kalau macam tu.. kalau Yana ok terima dan Arjuna pun terima, so tak ada masalah lagi lah nak bincang.. Arjuna dah makan? kalau belum, boleh order" - ujar Mateen tersenyum nipis

"Eh tak apa bang.. tak payah susah-susah, kejap lagi pun saya ada kerja sikit ni sampai malam nanti.. saya hari ni rider kejap sampai pukul 10 malam macam tu" - ujar Arjuna sambil melihat jam tangannya

"Ohh baiklah.. tak nak tapau atau bungkus makanan sikit ke sebelum kerja nanti? awak order lah apa-apa, kalau tak mahu, saya hulurkan duit sikit😊" - tanpa berkata banyak, Mateen terus menghulurkan sedikit wang pada tangan Arjuna

Arjuna mampu mendiamkan diri dan terima wang itu, kerana dia tahu jika tolak, Mateen tetap juga hulur wang tersebut. Arjuna mengangguk kepalanya dan lagi sekali mengucapkan terima kasih pada Mateen. Lalu Arjuna pergi dari situ. Tidak lama selepas Arjuna pergi, mereka sekeluarga pula pulang ke rumah.

Manakala di rumah Ayana...

Larut malam itu, Ayana sedang menonton televisyen sambil makan aiskrim yang dipangku dipahanya. Berbadan kecil tetapi kuat makan. Sedang dia menikmati aiskrim sambil menonton televisyen, Jannah menegur.

"Eh budak ni makan aiskrim pula malam-malam.. tak reti kenyang ke sayang oii??" - soal Jannah menggelengkan kepala dan mencekak pinggangnya

"Hehehe😅 alaa mummy makan sikit je.. lagi pun dah lama tak makan aiskrim, nanti kat U tak boleh sangat makan aiskrim macam ni.. sebab asyik hadap assignment je" - Ayana tersengih sambil membuat riak mukanya yang comel

"Suka hati Yana lah.. mummy masuk tidur dulu ye, jangan tidur lambat sangat.. dah lewat ni.. jangan lupa tutup lampu dapur dengan TV ye" - pesan Jannah pada Ayana

"Ok mummy sayang😁 bye goodnight! mummy nak hug dulu" - ucap Ayana sambil memeluk dan mencium Jannah sebelum tidur

Tidak lama selepas itu, Ayana masuk menuju ke biliknya dan tidur. Tiba-tiba dia terdapat satu mimpi, sehinggakan dia mengigau pada malam itu.

Mimpi Ayana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mimpi Ayana...

Ayana sedang berseorangan di satu taman sambil membaca buku. Bibirnya mengukir senyuman, suasana tenang kedengaran burung berkicauan. Tiba-tiba Bang! Bang!, bunyi das tembakan dari pistol kedengaran. Ayana panik melihat keaadaan sekeliling huru-hara dengan orang ramai menjerit dan berlarian. Kemudian, ada seorang lelaki berpakaian coat hitam menghulurkan tangan dan datang ke arahnya iaitu Arjuna.

"Ayana.. ikut saya cepat! ada penjenayah cuba larikan diri dari polis kat sini, dan dia lepaskan tembakan kat tempat awam" - ujar Arjuna menghulurkan tanggannya, dan membawa Ayana sambil menutup kepala Ayana menggunakan coat lalu pergi jauh dari situ dan masuk kedalam kereta

"Saya tak faham apa dah jadi ni?? dan... awak siapa ye?? macam mana awak boleh tahu nama saya?" - soal Ayana melihat ke arah lelaki tersebut, yang mukanya masih tidak kelihatan

"Awak dalam bahaya.. awak akan tahu siapa diri 'saya'.. Ayana, saya akan jaga dan lindungi awak" - ujar Arjuna sambil memegang steering
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Ayana mengigau dan mulutnya asyik menyebut 'siapa awak'. Jannah sudah mengejutkan Ayana beberapa kali untuk solat subuh, akhirnya Ayana terjaga dari tidur.

"Allah.. haihh budak ni.. Yana ngigau apa tadi?? dari tadi asyik sebut 'siapa awak'.. mimpi boyfriend ke?😌" - tanya Jannah

"Ishh mummy ni kacau lah.. baru nak tengok muka lelaki tu siapa.. Yana mana ada boyfriend lah, tadi Yana mimpi pelik sikit.. takut sebab ada orang jahat dalam mimpi tu" - ujar Ayana dalam keaadaan mamai

"Lelaki mana pula dalam mimpi tu Yana? dah dah bangun cepat, ambil wudhuk.. subuh dah masuk ni.. pelik-pelik jelah budak ni" - ujar Jannah menggelengkan kepalanya

Pada hari itu, difikiran Ayana asyik berfikir tentang mimpi itu. Dia tertanya-tanya siapa gerangan lelaki dalam mimpinya itu dan apakah tanda mimpi itu? adakah mainan tidur semata? atau sebaliknya? buat pertama kalinya, Ayana mimpi sebegitu.

"Siapa lelaki dalam mimpi tu eh??🤔 aku tak nampak muka dia, tapi suara dia macam familiar.. jarang-jarang aku mimpi macam tu, takut aku ada orang jahat pula tu.. malas lah fikir mimpi tu lagi.. chill Yana, mimpi tu hanya mainan tidur je.. ok now aku lapar, nak makan" - ngomel Ayana, lalu dia menuju ke dapur kerana kelaparan dan makan

Bersambung~~
(Part mimpi tu ala2 filem action sikit😌 jangan lupa tekan bintang 🌟 vote tau, bagi semangat kat saya🥰 terima kasih.. sayang korang semua❤️)

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now