Bab 2

2.3K 105 4
                                    

"Anyeonghaseyo eomma.."Dahlia menegur Puan solehah yang sibuk menyediakan makanan di dapur.

"Kamu ni kan,sejak balik dari korea tak habis-habis sayur soya-sayur soya.. nak bagitahu dekat ibu kamu kerja petani jual sayur waktu duduk dekat korea ke macam mana?"

Dahlia ketawa.Bertahun habiskan usia pelajaranya di korea,kini bila dah balik Malaysia.Lidah jadi pekat belah sana pula.Sampai haritu balik rumah,silap pergi cakap dengan ibu dan ayah bahasa Korea.

"ibu masak apa?"tanya Dahlia menjenguk periuk yang masih dipenuhi bahan mentah yang belum masak sepenuhnya.

"Kari ayam je.. abang dengan kakak kamu nak balik petang ni"

Dahlia mengangguk faham.Pastinya mereka balik kerana kepulangan dirinya yang baru menamatkan pelajaran di korea.Esok pun Puan Solehah mahu mengadakan majlis kesyukuran.

"Ibu ayah mana?"tanya Dahlia mencari kelibat Tuan Adnan.

"Pergi rumah pak abu rasanya.. kenapa?"

"Takdelah saja tanya.."Langkah diatur kemeja makan lalu dilabuhkan duduk.Kerepek pisang yang terhidang di meja makan diambil untuk jadikan kunyahan.

"Lia.. ibu dengar kamu nak kerja dengan kak Maya betul ke?"Soal Puan Solehah tanpa menoleh kearah Dahlia.Fokus memasak.Kalau hangit tak fasal-fasal dia kena bergaduh pula nak beli ayam.Maklumlah ayam sekarang harga naik walaupun dah mampu nak beli.

"Tak pasti lagi ibu.. tapi buat masa sekarang ingat nak buka cafe je.."

"lah kenapa pula? Bukan main jauh kamu belajar nak buka cafe je?"

"cafe pun satu perniagaan ibu,bukan Lia nak buk acafe kecil je.. tapi besar,biar ada bahagian dessert,western ha macamtu lah gaya-gaya dia ibu"Ujar Dahlia agar ibunya faham.

"Ikutlah,asalkan rezeki halal.Ibu sokong anak-anak ibu.."Puan Solehah tersenyum.Menunjukkan dia sokong dengan idea anaknya yang mahu mulakan hidup dewasa mencari rezeki.

"Khamsahamida.."

"hamidah mana pula kamu ni Lia.." Naik serabut Puan Solehah bila anaknya tidak habis-habis bertutur bahasa Korea.Rasa menyesal bagi belajar dekat sana pun ada.Tinggal tunggu sabar habis,memang siap mulut Dahlia kena sumbat belacan.

"Hahaha takdelah"

"Kamu ada boyfriend orang korea ke?"Puan Solehah sudah mula meneka.

"Takdelah,apa ibu ni.. Samapi kesitu pula,orang pergi sana belajar bukan bercinta"Takut pula Dahlia bila ibu sudah mula fikir bukan-bukan.Di Korea memang lah banyak oppa-oppa kacak.Tapi kalau nak dapatkan tu susah walaupun dia pernah cuba berkali-kali.Sayang betul kena reject.

Belum sempat puan Solehah buka mulut mahu membalas percakapan Dahlia.Terdengar Bunyi kenderaan yang masuk ke perkarangan rumah dan juga hon.Laju sahaja wanita tua itu melangkah ke halaman rumah diikuti Dahlia dari belakang.

"Cucu nenek!!"Menjerit Puan Solehah apabila cucu-cucunya berlari keluar dari kereta mendapatkan dirinya lalu dipeluk erat.Rindu sungguh.Dahlia turut tersenyum memandang anak-anak buahnya yang kini sudah besar walaupun lama tidak nampak,hanya sekadar panggilan video sahaja yang selalu dilakukan.

"Besar dah Ayden dan Aydan..."Puji Dahlia kagum dengan tumbesaran si kembar yang lain dari si kakak.Kalau buat peluk memang best.Tembam-tembam!

Dahlia bersalaman dengan Daniel dan juga Maya.Tak lupa pelukkan hangat.Lama tak berjumpa sudah pastilah rindu.

"Makin cantik pula awek korea ni.."Puji Maya kepada adik iparnya.

"Kau ada bawa balik kawan korea ke yang ibu tiba-tiba nak buat kenduri ni?"Daniel mengusik si adik.Laju sahaja tangan Dahlia mencubit perut abangnya.

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now