11

1.6K 77 1
                                    

Sejuk betul cuaca di Cameron.Sempat jugalah Dahlia keluar bersiar.Bukan selalu nak datang ke sini.Resort Zafril pun tak jauh dengan tempat perlancongan.

Tempat yang dijual beberapa barang.Atau lebih lagi pasar pagi.Tak sangka,ingat ke ada syarikat je,rupanya ada Resort sendiri.

Jalan kaki saja Dahlia untuk menjenguk pasar pagi tu.Niat nak beli sikit barang-barang buah tangan walaupun tiba-tiba.Duit? Jujur kalau kena tangkap memang dia akan dicop warga asing.Tapi tu lah,ada ke warga asking cantik2 macamni?

Dompet memang tertinggal.Dia tak bawa pun waktu datang makan rumah Tansri Kamal.Jadi,dengan muka tebal.Dahlia minta saja pada Zafril.

Awalnya lelaki itu bagi kad.Tapi takkanlah pasar macamni pakai kad.Jadi digantikan dengan Cash RM500.

Segar betul mata melihat bunga-bunga fresh yang tersusun.Teringin nak beli tapi takut balik nanti layu pula.Cukup dapat tengok sudahla.

"Strawberry ni berapa ya kak?"

" 2 pack ni RM30 dik.."Jawab perniaga itu.

Mahal pula.Walaupun tadi dah makan,tapi ingat nak beli bawa balik.

Dahlia anggukkan kepala saja.Dia berjalan masuk lagi ke dalam.Mana tahu ada yang murah.Ramai juga orang pagi-pagi ni.Mungkin semua sibuk mencari sarapan pagi.

Lama juga Dahlia pusing satu pasar tu.Banyak barang yang dia beli untuk bawa balik.Penuh tangan dengan beg plastik.Sorang-sorang dia jalan masuk ke resort Zafril.

"Banyak beli.."Tegur Zafril yang baru keluar dari pejabat resort.

"Tak pernah datang.."Ya,memang dia tak pernah datang pun.Dulu sibuk belajar.Kalini datang tanpa dijangka.Tak rancang pun.Paling best.Free.

"Serius lah?"Suara Zafril lain dari awal mereka menjamah sarapan pagi.Nampak cerita sikit.

"Haah,dulu sibuk belajar.. erm nanti saya bayar balik eh duit Dato.."

"It's okay.. my money is your money to my wife to be"Zafril tersenyum lalu berjalan menuju ke kereta diikuti Dahlia.Nak bertolak balik.Lewat bertolak takut sampai lewat malam pula.

"Barang letak dalam Bonet"Pintu Bonet dibantu buka oleh Zafril memandangkan tangan Dahlia penuh.

"Tak beli strawberry?"Tanya Zafril membelek plastik yang banyak itu.

"Macam mahal je.."

"Kat pasar ni memang mahal.. jom masuk"

Mereka berdua mulut turun dari Resort Zafril.Pengawal keselamatan yang menjaga kawasan tiba-tiba hentikan kereta Zafril.

"Assalamualaikum Dato.. "

"Waalaikumussalam.."Balas Zafril.Tingkap kereta dibiar buka.Nak ambil udara fresh diawal pagi.

"Bawa kereta baik-baik ya.. Nanti datang lah lagi,Kalau tahu Dato nak datang, Pak mat bagitahu Mak nab kamu yang kamu nak datang..,"Ujar pengawal itu.

Zafril senyum.

"Insyaallah.. nanti saya datang lagi, Pak mat jaga diri ya,kirim Salam saya kat Mak nab"Keduanya berkhair dengan salaman sebelum kereta Zafril keluar dari resortnya.

"Siapa tu?"

"Itu pekerja saya.."

"Macam rapat je.."

"Hubungan boss dengan pekerja memanglah perlu akrab.. kalau tak macam mana nak jadi kerja.Kalau kita main-mainkan diorang macamtu juga diorang main-mainkan pekerjaan yang kita bagi.. you need take the note"

Dahlia anggukkan kepala.Tak jauh pun,kereta Zafril belok masuk ke satu farm.Strawberry farm.

"Eh kenapa datang sini?"Tanya Dahlia melihat sekeliling.

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now