35

1.6K 79 12
                                    

Siap menyapu losyen di badan.Dahlia lirik sekilas suaminya yang sudah berbaring di katil.Tapi masih belum tidur.Tengah layan telifon.Dahlia bangkit mendekati Zafril.Terus dipeluk tubuh lelaki itu.

"Ermm pelik-pelik pula.."Zafril membalas pelukkan Dahlia.Tegang juga badan dia.Terkejut bila Dahlia tiba-tiba datang memeluknya.

"Kenapa tak boleh?"Dahlia angkat wajah.

"Tak.. lagi suka adalah"

Dahlia tersenyum.Kembali merehatkan kepalanya di atas dada bidang Zafril.Dapat dirasa elusan lembut dikepalanya.

"Abang.."

"hmm?"

"I love you so much.."

"I love you too sayang.."

"Dahlia nak abang tahu,kebahagian ada dalam diri abang,cuma abang kena keluarkan dan cari kebahagian itu"Kata Dahlia.

"Kebahagian saya dengan awak.. Awaklah kebahagiaan saya.. Dahlia yang buat abang bahagia.."

Dahlia senyum.Dia kembali angkat wajah.Jarak muka mereka memang tidak jauh.Mata mereka saling membalas tatapan.

"Abang yakin ke kebahagiaan abang adalah saya?"

"Kenapa awak cakap macamtu? Awak yang menjadi sinar dalam hidup saya.. sudah pastilah awak kebahagiaan saya"Zafril mengeratkan lagi pelukkan mereka.

Dahlia mengusap wajah Zafril.Minggu ni minggu menyimpan jambang.Jadi malas nak disoalkan.Kalau hari yang taknak ada jambang,taknaklah dia pun.

"Abang.. Dahlia terima kasih tau sebab abang dah  Berikan Dahlia Cinta.."

"Anything for you"Dahi Dahlia dikucupnya.

Dahlia betulkan posisi tapi masih setia memeluk suaminya.Selimut ditarik.Zafril turut padamkan lampu.Tinggal lampu tidur sahaja yang bercahaya.

Mata Zafril sudah pejam.Mengantuk sangat lah tu.Tadi pun bukan main riuh dekat rumah mama.

'Sakitnya.. Tapi aku tak boleh macamni aku kena kuat.. Aku taknak digelar perampas,kalau aku kekal disini semua akan jadi lebih teruk.. Kenapa kau cintakan dia Dahlia? Kau tak sepatutnya cintakan dia'

Air mata satu persatu jatuh menitis.Hingga Dahlia tidur bersama air matanya.

*

Kereta grab berhenti tepat dihadapan hospital.Seorang gadis berpakaian serba hitam.Tak lupa juga topi,cermin mata hitam dan juga penutup mulut dan hidung.Tak ada siapa yang akan tahu itu adalah Dahlia sekarang ni.

Dahlia menuju ke wad.Dimana Sofea ditempatkan.Beberapa orang polis sempat menunduk hormat padanya.Dahlia mengumpul keberanian,sebelum dia masuk ke dalam wad Sofea.

Gadis itu berbaring elok sambil melayan permandangan dicermin.Perasan dengan kehadiran Dahlia,Sofea menoleh kearahnya.

Dari atas hingga bawah,Dahlia melihat Sofea yang tidak seperti awalnya.Muka Sofea dibalut setengah dibahagia pipi.Dah tiga tahun,tapi Luka itu memberi kesan parut yang sangat dalam pada bahagian pipinya.

"Awak siapa?"Tanya Sofea.

Dahlia mendekati Sofea.Menyua tangan lalu mereka bersalaman.

"Saya Sara.."

"Sara? Siapa Sara? Kita kenal ke?"Sofea ragu-ragu.Tak kenal dia dengan gadis dihadapannya.

"Kita memang tak kenal tapi saya datang nak bantu awak.."Kata Dahlia.

"Nak bantu untuk apa? Kita tak kenal pun.."

"Saya dengar Dokter cakap awak dah boleh balik,saya nak bawa awak pulang ke pangkuan keluarga awak"

Tiba-tiba wajah Sofea lain.Dia beralih muka.Menjauhi Dahlia.

"Saya taknak balik rumah!"

Dahlia kerut dahi.Dah kenapa pula dia taknak balik rumah.Takkanlah perkara pergaduahn yang mama cerita tu benar-benar gaduh besar?

"Kenapa awak taknak balik? Awak tak rindu keluarga awak"Dahlia Masih menjaga dirinya sebagai 'Sara'.Tidak boleh menunjukkan yang dia sebenarnya kenal dengan keluarga wanita.

"Saya tak boleh berjalan.. muka saya pun macamni.. Saya takut suami saya tak boleh terima dan tak sayangkan saya dah"Jelasnya.

Jadi masalahnya hanya kesan Luka Dan dirinya yang masih belum boleh berjalan.Kaki Sofea tak ada masalah,cuma dulu kaki dia sempat patah.Bila dah koma tiga tahun,mana nak sempat buat rawatan.

"Jadi awak dah ada suami?"Dahlia berpura tanya.

Sofea mengangguk.Dalam fikirannya memang sangat dfikirkan tentang Zafril.Dokter Dan pihak polis tidak dapat mengesan keluarganya kerana dia dibawah jagaan pihak polis.

"Saya akan bayarkan semuanya,kita buat rawatan kulit.. Kaki awak pun, saya yakin semua tengah tunggu dan cari awak.. Tentang hal polis saya dah bayar saman agar awak dibebaskan dari penjara"

Sofea kembali menatap Dahlia.Terkejut.Siapa wanita dihadapannya ini.Dia sendiri tak mampu bayar saman itu.Sedangkan dia berpangkat Datin juga.

"Awak ni siapa sebenarnya? Kenapa awak buat semua--"

"Tak salah kalau kita nak bantu.. anggap je saya kongsi rezeki saya dengan awak.."Dahlia senyum disebalik penutup mulut.

"Saya minta diri dulu.. semoga berbahagia.. dengan suami dan keluarga awak"Kata Dahlia sebelum keluar dari wad Sofea.Sofea Masih terkedu.Dia betul-betul terkejut dengan wanita yang sudah membantunya.

Pintu wad ditutup rapat.Diluar wad Sofea sudah ditunggu oleh beberapa orang anggota polis Dan juga peguam.Mawar,dia turut ada di situ.

"Datin.. ni surat makhamah.. Saman dah dibayar"Peguam bernama Faiz memberi sampul suart bewarna Koko kepada Dahlia.

Dahlia mengambilnya.Penutup mulut dibuka lalu tersenyum manis Dahlia pada peguam yang dibayarnya.

Kemudian Dahlia pandang Mawar.Meminta dia untuk mengikuti dirinya.Mereka berdua bergerak,menuju keluar dari hospital.

"Awak betul-betul nak pergi ke?"Tanya Mawar.

"Saya dah tak ada pilihan.. Saya taknak sakitkan diri"Sekeping surat dikeluarkan dari beg tangan lalu dihulurkan pada Mawar.

"Ni.. surat cerai, tolong beri dekat Zafril.."

Mawar menggelengkan kepalanya.Tergamam.Sampai macamtu sekali dia perlu korbankan diri sendiri Tangan Dahlia ditarik.

"Awak tak boleh buat macamni! Tak adik Dahlia!"Mawar tak boleh, kuat suara dia memarahi Dahlia orang sekeliling sudah berbisik-bisik.

"Untuk apa lagi? Saya tahu macam mana perasaan Zafril pada Sofea.. Sofea tu cinta pertama dia.. Lebih baik,saya undur diri daripada saya sendiri yang sakit"Pergelangan tangan yang dicengkam Mawar dilepaskan.

Tubuh sahabatnya dipeluk.Dia masih ada Mawar Dan keluarganya.

"Awak dah jual kondo awak dan kereta awak untuk bayar saman dan rawatan Sofea.Itupun tak cukup awak guna lagi duit tabungan awak.. sekarang ni awak ada duit ke nak pergi sana?"

"Saya boleh buat.."Pelukkan dilepaskan.

Nama Dahlia tiba-tiba dilaung oleh seseorang.Aysar Salah seorang anggota polis yang ditugaskan untuk kes Sofea.

"Ye saya?"

"Datin,maafkan saya sebab lambat.. saya datang ni pun nak cerita pasal kes Datin Sofea.."Katanya.Pandangan Dahlia Dan Mawar fokus pada Aysar.

"Kenapa ya?"

"Saya dah periksa semua, Puan Sofea memang disaman dan dipenjarakan sebab dia ada buat pembelian rasuah dengan seseorang.. dia juga dah bayar orang untuk pukul orang yang menjual barang tu.. saya tak pasti barang apa.. jadi itulah kes yang saya dapat faham"Ujar Aysar.

Dahlia memandang Mawar.Begitu juga Mawar.Tak mungkinlah Sofea buat perkara buruk macamtu.

"Memang betul ke apa yang awak chek tu?"

"Ya,kami pasti Datin.."




Bersambung..

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now