40

1.9K 101 14
                                    

Dahlia berjalan keluar dari bilik ke ruang tamu.Melihat Afiq dan Arif bermain mainan.Dia baru selesai tidurkan Humaira.Itulah kerjanya di rumah.

Setakat jaga budak-budak apalah sangat.Lega juga sebab Afiq dan Arif sangat memahami.Suka buat perkara sendiri.Taknak menyusahkan orang.Kadang-kadang terbalik,diorang yang jaga dia.

Memang tak susah jaga mereka.Buat masa sekarang harapkan Mawar je yang bekerja.Kalau dia kerja,memang kelaut lah tambah dengan alahan pula.Tiap hari keluar masuk tandas.Macam mana nak kerja.

"Afiq.. Arif nak makan tak? Aunty nak masakkan.."Tanya Dahlia pada mereka berdua.

"Tadi mama dah masak,mama cakap kalau nak makan ambil je yang ada atas meja.. dia ada pesan juga,mama ada buatkan sup untuk Aunty Dahlia.."Kata Afiq.

Dahlia pergi ke dapur.Melihat bawah tudung  yang sudah disajikan dengan Nasi goreng Dan juga sup Ayam.Baru semalam dia teringin nak makan,harini dah dapat.

Senyum lebar Dahlia.Tapi tak best pula kalau makan dengan nasi goreng.Nak rasa dia punya sup masam-masam tu.Pekena pula dengan nasi panas-panas.

Nak letak nasi lambat pula.Perut pun dah berkonsert  sebab tak sarapan pagi.Makan muntah makan muntah,memang tu lah kerjanya untuk buat perut berkonsert.Tapi tengok sup yang Mawar masuk terus naik selera.

Aplikasi oder food dibuka.Nak oder sajalah nasi putih.Kalau masak lambat.Lagipun berapa ringgit je sekali dengan cod.

Selesai oder dia kembali ke ruang tamu.Ini yang Dahlia suka.Lepas budak-budak tu main,mereka kemas semula mainan yang bersepah di atas lantai.Pandai Mawar didik anak-anaknya.

Kenapalah Aiman tinggalkan Mawar.Nak Kata ada masalah dengan Mawar.Mawar baik,cara layanan Mawar terhadapnya pun dia dah dapat bayangkan macamtulah Mawar layan suami dia.Anak-anak pun tak buat masalah sangat.Kalau buat pun biasalah,budak-budak.Kadang-kadang mereka pun nak beremosi kalau ada sesuatu yang tak kena.

"Korang dua dah makan?"

"Dah.. Aunty je belum lagi kan.."

."Jap lagi Aunty makanlah,Aunty tak suka nasi goreng.."

"Tapi Aunty kena makan,kalau tak macam mana nak cepat sihat"Celoteh Arif.

Sihat tak sihat macamtu la dia di dada pertama.Makan tak makan,memang takkan sihat selagi tak sampai masa dia.

Pintu flat diketuk dari luar.Cepat betul makanannya sampai.Mesti baru start ambil oder dan dia orang pertama.Hihi..

Dahlia bangkit membuka pintu.Lelaki bertopi keledar memberi dia bungkusan yang ada tapau nasi putih.

"Terima kasih ya.."

Dahlia mahu tutup pintu kembali.Tapi lelaki itu masih berdiri tegak dihadapan pintu seperti menunggu sesuatu.

"Cik? Saya dah bayar online tadi.. kenapa cik tunggu ya?"

Tiba-tiba pintu flat dirempuh kasar.Lelaki itu masuk lalu mengunci pintu.Dahlia terkejut.Nasi yang dibelinya jatuh ke lantai.

"Cik buat apa ni?! Keluar sekarang sebelum saya call polis!!"Marah Dahlia.Cuba menolak lelaki itu supaya keluar dari rumahnya.

Makin dia tolak,tubuhnya didakap erat oleh lelaki itu Pelik,dia dah tak dapat melawan bila dia rasa selesa didakap macamtu.Tapi itu lelaki asking,dia suba sedaya upaya melepaskan tubuhnya Dari dipeluk.Tapi gagal lagi bila ada satu haruman yang menusuk masuk ke dalam hidungnya.

Pintu flat diketuk lagi dari luar.Menghentikan kelakuan lelaki itu dan dia melepaskan Dahlia.Termegah-megah Dahlia sebab lelaki itu peluk terlalu kuat.Tubuh lelaki itu ditolak kasar.

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now