24

1.4K 67 5
                                    

Awal pagi Dahlia sudah bersiap untuk pergi ke pejabat.Zafril,Masih dibuai mimpi.Penat sebab semalam agaknya.

Malas nak ganggu,Dahlia siap pun pelan-pelan je agar tak keluarkan suara yang menganggu tidurnya.Senyuman tak habis lekang.Mungkin sekarang dia rasa puas bila dapat luahkan segalanya.

Memang dia tak pernah cemburukan Sofea.Sofea pun tak pernah muncul dihadapan mereka.Buat apa dia nak cemburu.Yang menjadi masalah,bila Zafril masih belum terima kenyataan.

Setiap hari,pasti akan ada nama Sofea dalam hidup.Hanya bibir yang mengungkap gadis bertahun hilang.Hati pula menahan sakit.Fikiran,asyik sibuk berfikir isterinya masih hidup.

Semua itu memang menganggu diri Zafril.Dan akan ditempis kepada Dahlia.Cuma itu bukan satu masalah besar baginya.Asal kita faham,apa yang terjadi pada dia.Kita akan tahu cara penyelesaiannya.

Zafril terjaga.Tangan meraba-raba katil sebelah.Si isteri tiada di sampingnya.Terus dia buka mata luas.Melihat Dahlia yang sibuk bersiap melilitkan tudung.

"Lia nak pergi office ke?"Tanya Zafril.

Dahlia menoleh kebelakang,Zafril sudah bangun Dari tidurnya.

"Ya.. abang tak pergi pejabat ke?"Dahlia Tanya Zafril semula.

Zafril hanya balas dengan angguk kepalanya.Tapi mata dipejamkan.Masih mengantuk.

"Bangun cepat,nanti awak lewat masuk pejabat.."Kata Dahlia mendekati Zafril.Selimut lelaki itu diselak.

"Suka hati saya lah.. saya bos"Ucap Zafril.Mata Masih terpejam.

"Mana boleh macamtu,mana tahu awak ada meeting ke pagi ni"

Zafril buka mata.Mengekiat sepenuhnya sebelum bangkit berdiri di hadapan Dahlia.Pinggang gadis itu ditarik mendekat.

"Harini kita tak payah kerja.. kita dating nak?"Zafril sengih nakal.

"Eh mana boleh macamtu,saya dah janji dah nak bincang tentang keluaran tudung baru dengan staff harini"Tangan Zafril disingkirkan dari pinggangnya.

"Mayonis!"

Zafril panjat atas katil.Kembali selimut satu badannya.Tak nampak langsung sehelai rambut.Satu badan dia tutup.

"Mayonis?"

"Mayonis la! Bahasa Korea maksud 'apa'"Sempat lagi dia menjawab walaupun dalam nada merajuk.

"Pfft HAHAHAHHAHAHAHAH bukan Mayonis tapi Mwoya! Aigoo... Hahahahha Mayonis"Memang tak dapat tahan.Terus terguling Dahlia ketawakan Zafril.

Selimut dibuka sikit melihatakn mukanya yang memandang Dahlia tak puas hati.Malu lah juga bila salah sebut.Umur dah 30 lebih manalah nak layan korea-korea ni.

"Nak ikut awak pergi office lah.."

*

Tak lekang senyum Zafril melihat isterinya yang sibuk bekerja.Paling power,dia mengendap sambil meniarap.Bilik meeting memang tak jauh dari bilik peribadi Dahlia.Hanya berlindung dengan dinding kacau saja.

"Amboi.. Angau sangat Dato tu Datin.."Rasiah Dan staff yang lain ketawa.

Dahlia hanya geleng kepala.Minta penampar betul orang tua ni,ada ke patut dia pergi meniarap betul-betul depan dinding kacau bertentangan mereka.Lepastu boleh pula tingkat dagu dengan kedua tangannya.

"Biasalah.. pengantin baru lagi ha.. "Tegur seorang staff lelaki yang mungkin anggap sudah ada anak ramai.Faham-faham dengan perkahwinan.

"Okay lah.. nanti kita sambung ya,tapi apa yang penting kita keluarkan dulu tiga corak ni.. awak semua mesti tak sabar kan?"Dahlia ubah topik.Kembali fokus pada tajuk asal.

"Of course dah Lima tahun tak ada upgrade tudung baru.. and why not kita tukar Sf HIJABSTAR kepada DN Dahlia Natasya.."Saran Raisha dibalas dengan anggukkan semua staff Tanda mereka semua setuju.

"Jenama tudung semua SF.. saya rasa tak perlu lagi nak ubah,sebab tu boleh dikira sebagai satu jenama.. kalau kita ubah,orang akan ingat tu adalah jenama lain bukan jenama SF yang sangat terkenal tu"Kata Dahlia.

"Okay baik kami faham.. Harap-harap lah dapat top sale.. corak-corak ni memang cantik"Staff wanita itu berkata pula.

"Okay kita tamatkan dulu ya meeting,semua boleh buat kerja masing-masing.."

Keluar sahaja staff-staffnya dalam pejabat.Dahlia terus melangkah mendapatkan Zafril.

"Apa abang buat ni??"Tubuh lelaki itu ditarik bangun Dari meniarap.Tajam Dahlia pandang mata Zafril.Dah macam mak tengah marahkan anak.

"Apa? Orang cakap,kalau nak eratkan ikatan rumahtangga kena selalu tengok isteri"Kata Zafril dengan muka tidak bersalahnya itu.

"Siapa cakap? Kalau ya pun bukan tengok macamtu.. awak dah tua tahu tak?? Malu saya kena bahan dengan staff"Dahlia peluk tubuh.

"Alaaa biarla.. biar diorang tahu bos diorang ada penjaga.."Senyum bangga Zafril.

"Penjaga la sangat.. ni saya dah habis kerja,awak nak bawa saya pergi mana?"

"Ouhh before that,I want to ask you.. are you busy for 2 weeks?"

Dahlia geleng.Memang tak busy pun.Perancangan keluaran tudung pun tahun depan.

"Let's go.."

"Pergi mana?"

"Honeymoon.."

"Honeymoon? Tapi kita nak bersiap kan bulan ni? Bulan depan kenduri belah awak pula.."

Zafril Diam berfikir sebentar.Betul juga bulan depan ada kenduri perasandingan belah keluarganya pula.

"Kita pergi seminggu dah la.."Dahlia taknak mengecewakan lelaki itu.Mereka baru sahaja nak eratkan hubungan.

"Sure.. balik pack baju.. malam ni kita bertolak,you have a passport?"

"ya,dah ada.."

*

Dahlia sibuk mengemas kain baju.Zafril Dan Daniel berbual diluar.Nasib Daniel lah terpaksa hantar mereka berdua ke airport.Bukan tak ada driver peribadi,tapi Daniel pun ada penerbangan nak pergi outstation juga.Jadi mereka bertolak sekali.

Biar Daniel je yang bayar duit parking kereta.

"Aku nampak kau makin baik dengan adik aku.."Daniel memandang Zafril.

"Allhamdulillah.. macam yang aku cakap,aku akan sayang dia macam seorang ibu ayangkan anaknya.."Kata Zafril.

Daniel silangkan tangan.Syukur jawapan yang sejuk hati seorang abang dengar.

"Aku dapat tahu Dahlia dah ambil 100% hak syarikat Sofea.."

Zafril terus Diam.Dia masih belum khabarkan kepada keluarganya yang Dahlia sudah ambil ahli syarikat Sofea Dan tak jadi buka Kafe.

"Aku harap keputusan kau tu betul lah.. Kalau kau tak boleh nak cintakan dia.. sekurang-kurangnya kau sayangkan dia macam sayang anak kau sendiri.."

"Insyaallah.. aku akan cuba cintakan dia.. Dia dah jadi isteri aku dah sekarang ni"


Bersambung...

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now