4

1.9K 112 11
                                    

"Astarfirullah.. apa kamu berdua buat ni?"

Terus terungkai rangkulan kemas di pinggang Dahlia.Keduanya menstabilkan diri.Itu tidak menarik perhatian,yang menarik sekarang adalah..

Tok Imam kampung,Ibu,Ayah ,Daniel dan juga Maya yang sedang memandang mereka berdua dengan tatapan terkejut.

"Apa kau buat ni angah?"Soal Daniel terkejut dengan apa yang dia lihat.

"T-tak.. korang salah faham"

Jadi susah hati pula Dahlia bila keadaan menjadi tegang.Lagi-lagi tatapan ibu dan ayahnya.Dahlia menatap Zafril,meminta agar dia jelaskan supaya tidak ada salah faham yang berlaku.

"Tak.. Daniel,apa yang kau tengok tu tak betul.. aku cuma sambut adik kau dari terjatuh..."Kata Zafril.

Tok Imam kampung menggelengkan kepalanya.Apa yang dia nampak macam tak wajar dengan alasan Zafril.

"Kalau ye pun kamu nak sambut Dahlia dari terjatuh,kenapa tak pegang tangan dia je? Dah tak tahu larangan agama? Muka tadi bukan main tunggu timing untuk bercium.."Kata Tok Imam.

"Kitorang tak bercium pun tok.. saya terjatuh kebelakang,bukan macam dalam drama lambat tempoh nak jatuh jadi sempat Dato Zafril tangkap lengan saya.. saya pun taktahu posisi nak jatuh tu macam mana.."Dahlia mula resah.

"Aku nampak dengan mata aku sendiri Adnan apa yang anak kau buat dengan Dato ni,diorang memang nak bercium.. sikit lagi je nasib kita sempat tegur.."

Kurang asam punya tok Imam.Dahlia tahan sabar.Bibir diketap.Susah bila kena fitnah apa yang dilihat tak sama dengan apa yang mereka lalui.

"Tok yakin ke kami nak bercium"

Kali ini Zafril bersuara lain macam.Sudah keluar aura Dato-Dato dia.Tegas dan bertauliah.Macam tu lah ciri-ciri suara dia.Mungkin dia tengah menahan sabar juga.

"Macam lah aku ni tak ada bini.. aku tahu lah"Jawab tok Imam tanpa rasa bersalah.

"sudah-sudah.. kita boleh bincang elok-elok"Adnan menghentikan pertengahan mereka.

"Ayah Dahlia tak buat apa-apa pun.. ini semua salah faham"

"iya takpa.. kita bincang dekat dalam dulu okay?"Maya cuba menenangkan Dahlia.

*

"Betul Zafril nak selamatkan Dahlia dari terjatuh?"Kini semua pandangan menatap kearah Zafril yang duduk dengan tenang disebelah Daniel.Orang tengah susah hati boleh pula dia tunjuk muka blur dia.

"Ya.."Satu patah sahaja jawapan yang diberi.

"Habistu kenapa tok Imam cakap Zaf peluk Dahlia?"

"Itu adalah refleks.. macam mana saya nak sambut tangan dia kalau gaya dia jatuh menghadap kebelakang? Kalau saya sambut tangan dia,dia tetap akan jatuh sebab saya berdiri di berlakang dia"Jawab Zafril

Sudah seperti menyelesaikan kes di makhamah pula.

"Kenapa Dahlia boleh jatuh?"Tanya Adnan untuk Dahlia pula.

"Lia terpijak batu ayah.."Sopan saja Dahlia jawap.Mungkin dah tak ada harapan untuk menang dalam kes ni bila si tok Imam seakan menghasut ayah dan ibunya.

"Macam tak logik aja bunyi? Budak muda Adnan.. muda-muda diorang pun kita ni bijak lagi.. kau nikahkan je lah diorang dua ni.. kalau Dato tu taknak bagi je Dahlia dekat aku"

Semua di ruang tamu terkejut dengan apa yang tok Imam cakap.Macam tak ada hati perut.Bini dah tiga orang,itupun dah serupa Ayam terlepas dari reban ada hati nak tambah lagi.

"Kenapa pula? Masalah sekarang anak saya dengan Dato Zafril bukan dengan tok Imam"Kali ini Solehah

menentang.Ada ke patut tok Imam tua bangka nak dijadikan menantu?

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now