31

1.4K 68 3
                                    

"Dahlia!!"

Dahlia menoleh.Zafril berlari mendekatinya.Terus dipeluk tubuhnya oleh lelaki itu.Kemudian satu tubuh Dahlia dibelek Zafril.Mencari kesan Luka tapi tiada apa-apa pun.

"Awak okay? Kenapa sampai masuk hospital? Ada Luka kat mana-mana ke?"Cemas Zafril.Lengan Dahlia diselak.Mana tahu ada Luka di situ.Kemudian dia pegang pula lutut Dahlia,hingga ke kaki dia mencari luka.

Dahlia pegang bahu Zafril.Mata mengisyaratkan supaya lelaki itu tenang dan memandangnya.

"Saya okay.. bukan saya yang cedera.."

"Habistu? kenapa pihak hospital call saya cakap awak ada dekat sini?"

Dahlia memandang anak-anak Mawar diikuti Zafril.Mereka masih nyenyak dibuai tidur.Kesian,tidur atas kerusi saja.Tanpa selimut.Dah la penghawa dingin hospital kuat.

"Ni bukan ke.."

"Haah,anak-anak Mawar.."

Zafril pandang Dahlia meminta penjelasan.Apa yang dah terjadi sampai tertidur sini anak-anak mereka?

"Saya pergi kedai dekat pekan nak belikan minyak dekat ummi.. Waktu saya nak undur kereta nak balik rumah saya terlanggar something tapi bukan langgar Mawar atau anak-anak dia.. saya langgar beg Mawar.. bila saya keluar,Mawar sempat minta tolong lepastu jatuh pengsan.. badan dia penuh dengan luka.."Dahlia menceritakan segelanya.

Penuh tekun Zafril mendengar.

"Abang cari Lia merata tau tadi.. bukan abang je kami satu family.. bila abang call phone awak ada dalam bilik.."Zafril genggam kedua belah tangan Dahlia.Jantung dia masih berdengup kencang.

Balik dari Masjid dia Tanya dekat keluarga mertua semua jawab Dahlia pergi beli minyak.Tapi bila dah lewat berjam-jam Dahlia Masih belum balik.Mulalah panik satu keluarga.

"Saya minta maaf.. saya ingat nak pergi kedai runcit dekat shell je.. tapi kedai tu tak buka.."Dahlia tundukkan kepala.Sedar dengan kesalahan sendiri.

"Nak keluar pergi mana pun saya tak kesah tapi bawa telifon sekali..I can't imagine if something happens to you. I was almost attacked with bad thoughts again"Kata Zafril.Riak wajahnya memang tak perlu digambarkan.

Memang risau dan takut.

"Saya minta maaf.. saya terlupa"

"What if something happens to you? I don't even know where you are! It's enough to happen to me once, I don't want to lose you.. It hurts, you know? I was going crazy when I looked for you and I couldn't find you.. then when I got a call from the hospital I felt like my heart was going to fail, you know.."Tegas suara Zafril.

Ya dia marah.Marah demi kebaikan.Marah seorang suami jika isterinya melakukan kesalahan.Bukan marah kerana emosi.Zafril mengeluh perlahan bila Dahlia sudah tertunduk menangis.

Badan gadis itu didakap olehnya.Sama-sama mereka tenangkan diri.Bila sudah tenang.Zafril tarik tangan Dahlia duduk di atas kerusi penunggu di sebelah anak-anak Mawar tidur.

"Okay.. Saya maafkan awak,lain kali jangan buat lagi okay?"Zafril mengesat air mata Dahlia.

"Now.. Mawar macam mana?"Kembali kepada keadaan.

"Dokter cakap Mawar okay,cuma diorang nak report polis sebab ada kesan pukul seluruh badan.. kalau awak nak pergi jenguk pergilah.. kejap lagi baru dia pindah wad biasa.."Kata Dahlia.

Zafril pandang anak-anak Mawar yang tidur diberlakangnya.

"Mana baby perempuan tu?"

"Tadi dia lapar susu,ada jururawat tolong jaga dekat atas.. diorang bagi tidur dekat wad baby juga"

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now