10

1.6K 75 2
                                    

"Apa semua ni Dato? Dato nak gunakan saya ke apa sekarang ni?"Dahlia pandang tepat Zafril yang memeluk tubuh sambil menatap pandangan kolam renang.

"Nothing to say.. Macam yang awak dengar,betul semuanya.. tapi tak terlibat pun saya nak gunakan awak atau apa pun,semuanya kerana jodoh.. Kita bukan dalam drama"Jawab Zafril.

"Bukan dalam drama.. tapi kenapa Dato tak bagitahu saya yang Dato ni sebenarnya dah kahwin?"

"Kenapa? Awak tak boleh terima kalau saya tak teruna?"

Ini yang cari fasal.Lain yang dibualkan lain pula Zafril ubah.Loyar buruk betul.

"Serius boleh tak Dato?"Tajam mata Dahlia menikat anak mata Zafril.

"Sure.."

"Teruna tak teruna itu bukan masalahnya.. tapi saya pelik kenapa Dato tak bagitahu saya yang Dato pernah berkahwin.. Dato Duda pun sekarang ni memang tak ada masalah tapi why Dato.. kenapa tak cerita dekat saya status Dato dari awal.."Sekali dengan tangan bergerak.Dah macam Hakim cuba selesaikan masalah diantara dua kes.

Dapat dengar Zafril yang mengeluh.Seperti berat untuk dia ceritakan.

"Ibu dengan ayah tahu tak pasal ni?"Perlahan Dahlia bersuara.Tak seperti awalnya.Jujur,dia terkejut dengan apa yang jadi sampai pilih untuk tinggalkan meja makan.

"Diorang datang waktu pernikahan saya"

Jadi Solehah dan Adnan sudah tahu.Maya dan Daniel memang lebih tahu fasal ni.Kenapa lah tak buka mulut langsung pasal ni..

wajarlah Zafril dah kahwin pun.Umur dia dah nak dekat 40.Dia je lalai.Tapi awal haritu lagi dia dah soalkan semua ini.Jawapan yang diberi oleh Zafril macam tak ada kaitan langsung dengan masalah sekarang.

Jadi betul lah.. dia memang ada perempuan sebelum ni.

"Saya tak boleh lah Dato.."Tak larat nak berdiri Dahlia berjalan duduk di atas kerusi meja rehat berdekatan dengan kolam renang.

Diikuti Zafril.

"Tiga sebab?"

Dahlia tatap Zafril.Dari tadi tak senang duduk tambahkan tengok muka Zafril yang tenang semacam.Memang minta kecam betul lah.

"Benda ni libatkan masa depan saya Dato Tau tak.."

"Tadi sendiri awak cakap,awak tak kisah kalau saya tak ada teruna.."

Ibu nak balik!

Dahlia rasa nak menangis.Kenapa teruk sangat Zafril kalini.

"Tolong serius Dato.. Jangan sampai saya batalkan pertunangan kita minggu depan!"

Dengar sahaja Dahlia cakap begitu.Baru berubah serius sikit Zafril.Lelaki itu memilih duduk berhadapan Dahlia.

"Okay lah tu.. kalau kita batalkan pertunangan.. kita kahwin je terus.. jimat duit"Zafril tersenyum.Tapi tak jadi bila lawak guraunya tak diketawa oleh Dahlia.

"Cuba Dato story dekat saya dari A sampai Z.. fahamkan saya dan tenangkan saya.."Kata Dahlia.

Zafril mengumpul energi.Macam mana pun,dia tetap perlu beritahu Dahlia apa yang terjadi.Tangan Dahlia disambar Dan dibawa ke kereta.

"Dato nak bawa saya pergi mana ni?!"

"Masuk.. kita bincang dekat luar"

Kereta Zafril keluar dari perkarangan rumah.Orang dalam pasti turut gelisah.Biarkan sahaja mereka selesaikan hal masing-masing.

"Saya tak ada mood lah.."Tak tahu kenapa dia nak cakap macamtu.Memang hilang mood dia.

*

Badan dipusing ke kiri dan kanan.Selesa betul dapat tidur di atas katil yang empuk.Haba yang dia rasa pun tak macam sejuk penghawa dingin.Macam cuaca sejuk yang asli diawal pagi.Selimut dinaikkan menutup badanya.

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now