23

1.7K 85 6
                                    

Tak henti Dahlia tersenyum melihat ruangan pejabat yang kini sudah 100% miliknya.Walaupun dia masih kurang selesa dengan pelantikkan pemilik baru,tapi ini adalah satu rezeki yang besar.

Dia dah ada syarikat dalam sekelip mata.Ruangan itu katanya tak ubah langsung selepas kehilangan Sofea.

Gambar Sofea pun masih ada.Tak itu juga,gambar Zafril pun ada.Rasanya tak salah kut kalau dia ubah suai bilik ni ikut citarasa.

Dan gambar ni?

Takkanlah dia nak biarkan saja atas meja sedangkan ini akan menjadi pejabatnya.Tiba-tiba pintu dimasuki oleh Zafril.Ya lelaki itu menghantarnya dan menguruskan beberapa meeting untuk sesi pengenalan staff pekerja.

"Everything okay?"Soal Zafril sambil mengemas tali lehernya.Seingat Dahlia tadi dia tak pakai pun.Ni kenapa pula tiba-tiba pakai?

"Okay.. cuma saya ingat nak ubah sikit"

Terus lain riak wajah Zafril bila Dahlia berkata begitu.Dahlia pun perasan dengan pandangan Zafril.Seperti tak percaya yang dia nak ubah suai bilik pejabat itu.

"Nak ubah? Ubah apa? Saya tengok okay je semua.."

"Ni.. nak tukar chat,lepastu kain sofa.. susun and tambah sikit barang-barang.. Boleh kan? Gambar-gambar ni nanti saya letak dalam kotak dan bagi dekat awak"Kata Dahlia.

Pandangan Zafril turun pada gambar yang diframe berada di atas meja.Gambar Sofea dengannya.

Zafril angguk saja kepala.Nampak macam tak ikhlas.Tapi apa yang dia nak cakap? Dahlia tak boleh ubah sebab bilik ni milik Sofea.Zafril izinkan sahaja apa yang Dahlia nak buat,lagipun semuanya sekarang hak Dahlia.

"Gambar ni letak dalam kotak.. nanti masukkan dekat stor berlakang"

"Kenapa? Awak taknak bawa balik ke?"

Zafril Diam.

"Dan lagi satu.. jangan siksa perasaan awak sendiri.. bilik saya tu masih banyak gambar saya dan arwah Sofea.. Saya tidur dengan awak dalam bilik tu.. Fahamkan maksud saya"Kata Zafril dan keluar dari bilik meninggalkan dia sendiri.

Bukan dia taknak buang,tapi Bila ingat balik dia siapa? Apa hak dia nak buang je gambar Sofea dalam rumah tu.Tu bukan rumah dia.

Dahlia mengeluh.Tapi hati rasa lega.Mungkin dah tak akan ada rasa kurang selesa bila lihat gambar arwah isteri Zafril.

Sekali lagi pintu diketuk bila tangan sibuk mengemas.

"Masuk.."

Seorang perempuan masuk bersama beberapa fail ditangan.Tersenyum wanita itu.Itu adalah pembantu peribadinya lepas ni.Raisha.Manis orangnya.

"Dato surub bagi fail ni dekat Datin.."Beberapa Fail diletakkan di atas meja.

."Fail apa ni?"Dahlia membelek fail tu.Terdapat banyak jenis corak yang diprint.

"Ni adalah corak-corak tudung hasil tangan Datin Sofea dulu.. Saya pun taktahu lah kenapa Dato suruh bagi dekat Datin,mungkin sebab dia nak Datin kenal-kenal dulu dengan design yang lama.."Jelas Raisha.

Nampak dari corak kesemuanya menggunakan kain satin.Bawal atau pun,dua-duanya kain satin.Cantik-cantik juga corak tudung tu.Dan semua yang ada di dalam buku corak ni, sudah ada tergantung di almari tudung yang kini menjadi miliknya.

"Berapa tahun dah design tak upgrade?"

"Almost 5 year.. sebelum Datin hilang,Datin dengan Dato ada masalah keluarga time tu.. dalam masa tu Datin memang tak datang office lansung.."

Dahlia pandang Raisha.Sofea Dan Zafril ada masalah? Kenapa Zafril tak pernah cerita dekat dia.Tapi buat apa dia nak masuk campur.Hal keluarga mereka.Tak ada kena mengena dengan.Terkejut sikit bila dapat tahu Zafril dan Sofea bergaduh sebelum Sofea hilang.

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now