12

1.6K 91 6
                                    

Hari yang dinantikan tiba.Tak tahu bagaimana nak curahkan perasaan yang dia rasa.Kini dia kembali jejak ke tempat yang diharamkan.

"Dahlia.. tengok tu,ada pelamin.."Daniel mendekati Dahlia.Yang lain sibuk dengan angkat barang dalam kereta.

Mungkin Daniel sahaja yang faham apa perasaan dialaminya sekarang.Tangan Dahlia Daniel gemgam.Memberikan semangat kepada Dahlia.Walaupun tiada darah yang sama mengalir di tubuh mereka.Kasih sayang yang diberi sama seperti adik beradik kandung

"Insyaallah.. mereka dah terima Lia.. Mak mana yang tak sayangkan anaknya.. Ayah Lia pun pasti rindukan Lia.."

"Angah takut.."

"Cuba angah tengok tu,diorang siap buat pelamin lagi.. lagipun angah tak salah kan?"

Dahlia anggukkan kepalanya.Ya dia perlu yakin.Kini semua sudah menggu di depan rumah dan memanggil mereka berdua.Agak pelik disitu.Orang yang dirisik datang sekali dengan yang nak merisik.

"Assalamualaikum..."

Cukup sekali sahaja.Satu keluarganya buka pintu dan keluar.

"Waalaikumussalam.."

Jawab Ahmad.

Kini mereka satu keluarga tertumpu pada Dahlia yang sudah bersiap cantik.Wajah yang lama mereka tak lihat.

"Anak ummi.."Rosna menyebut nama Dahlia sebelum lari mendakap tubuh anaknya.Rindu sangat.Sampai dia jatuh sakit.

"Maafkan ummi nak.. ummi Salah.. ummi lalai"

Dahlia membalas dakapan siibu.Rindu sekali dia dengan pelukkan hangat ini.Lain dari yang lain.

Akhirnya jadilah drama air mata di halaman rumah.

Maya memandang Daniel sekilas.

"Are you sure it will be okay?"Tanya Maya

"Sure.. Cuba sayang tengok,macam mana kasih sayang yang awak berikan untuk anak-anak kita.. macam mana pun awak marah diorang waktu nakal.. awak Masih tetap sayangkan mereka kan?"Bahu Maya dipeluk.Terharu dengan Dahlia yang sudah kembali kepangkuan keluarga.

"Mesti mereka semua rindu nak bersatu.."Kata Maya.

"Macamtulah.."

"Saya dah pernah lalui perasaan ni bila dapat tahu tentang keluarga kandung.. Harap-harap mereka akan kekal macam awalnya"Pinggang Daniel dipeluk.

"Insyaallah kita doakan baik-baik"

*

Selesai sahaja sarung cincin.Dia sudah begelar tunang orang lepasni.Majlis berjalan dengan lancar.Seronok juga dia melihat ummi Dan abinya yang gembira dengan kedatangannya kecuali.

Kakaknya.Tak habis-habis menjeling.Sakit mata agaknya.

Cukup lah lepas apa yang dia dah buat dulu.Dahlia tak mampu lawan kakanya dulu,sebab dia lemah.Masih muda pula tu,tapi tidak dengan kali ini.

"Ummi simpan barang Lia kemas-kemas bila tahu Lia nak balik.."Tangan Dahlia ditarik duduk di atas katil.Tak ada yang berubah.Semuanya masih sama.

Tangan Rosna naik mengusap pipi Dahlia.Senyuman yang Jelas terukir.Tapi mata tak habis lagi menitiskan permata beharga.

"Berdosanya ummi dekat Dahlia.. jahatnya ummi"Kepala anaknya dibelai.

"Tak ummi.."

"Apa yang kamu makan sebelum Daniya bawa kamu balik rumah diorang sayang... kamu sakit dekat mana-mana ke"

Dahlia geleng kan kepala.

"Lepas kakak kamu akui semau perkara.Waktu tu ummi rasa ummi lah ibu yang paling tak guna.. Ibu yang gagal.."

BERIKAN AKU CINTADove le storie prendono vita. Scoprilo ora