38

1.6K 83 6
                                    

Zafril masuk ke dalam bilik.Masih cerah bilik mereka.Sofea,gadis itu belum tidur.Sibuk dia melayan telifon barunya.Telifon lama dah hilang,jadi dia beli telifon baru.

"Abang dah balik.."Soal Sofea lembut.Cuba lupakan yang mereka Masih dalam mood bergaduh.Tapi Salah,Zafril tak menghiraukanya dan terus berbaring disebelahnya.

"Abang.. Sofea tanya ni.."

"Saya tengah tidur dekat sebelah awak ni Sofea,takkan awak tak balik lagi?"

Tangan Zafril digenggam.Badan Zafril yang mengiringi belakang dipusingkan biar tidur telentang.Dan di situ dia dapat lihat wajah lelaki itu.

"I'm sorry.."

"Kita mula buka buku baru abang.. Sofea cintakan abang.. Sofea taknak kehilangan abang.."

*

"Abang! Ni roti,mentega dengan gula dah siap terhidang di atas meja untuk My husband"Teruja Sofea.

Zafril datang ke meja makan Lalu melabuhkan duduk.Roti mentega diletak oleh Sofea kedalam pinggangnya.Kemudian air coklat dituang.Pekat air coklat yang dibuat Sofea.

"Cuba abang cicah dengan air coklat ni roti tu.. baru sedap"

Zafril pandang air coklat yang berada dalam cawan dihadapannya.Teringat moment indah dia waktu berbulan madu dengan Dahlia.Kegemaran Dahlia.Dahlia memang sangat suka dengan air coklat pekat macamni.Lepastu cicah pula dengan roti-roti yang baru keluar dari pembakar.

"Abang.. makanlah.."Sofea menghentikan lamunannya.

Sekeping roti diambil.Lalu dicelupkan ke dalam air coklat pekat itu.Memang menyelerakan.Tapi sayang,selera makan dia je dah hilang.Semalam pun tak menjamah nasi langsung.Rasa diri sentiasa kenyang.

"Sedap?"

Zafril mengangguk.Apa yang nak sedap,roti tu biasalah.Tapi air coklat tu memang sedap walaupun agak manis.

"Abang,Sofea nak pergi office Sofea harini.. dah lama Sofea tinggalkan office tu.. entah apa dah jadi"

Zafril tegang sebentar.Syarikat Sofea dah menjadi milik Dahlia.Sofea dah tak ada hak apa-apa atas Syarikat itu.Kalau dia pergi,pasti akan ada masalah yang berlaku nanti.

"Abang tak izinkan Sofea bekerja selagi Sofea tak boleh berjalan.."Nasiblah fikiran dia sempat berjalan mencari alasan.

"Kenapa? Abang malu sebab ada isteri cat?"

Zafril berhenti mengunyah.Dia renung Sofea yang memandangnya tidak puas hati.

"Awak tak cacat.. kaki awak tak boleh berjalan sebab awak koma dan dah lama tak gerakkan kaki awak.. Demi kemudahan awak juga,takkan nak tolak kerusi roda masuk office.. dah la sempit"

Sofea simpan senyum.Dalam marah perihatin juga Zafril padannya.Dia perlu cepat-cepat boleh berjalan.Mahu bekerja.Dah lama dia tinggalkan syarikat itu.Kekuaran tudung baru pun pasti dah tak ada.Entah bagaimana pendapatan pekerjanya sekarang bila Masih menjual tudung yang sama.

"Macam mana ya pendapatan tudung sekarang"Kata Sofea tiba-tiba.Lagilah buat Zafril duduk tidak keruan.

"Abang dah uruskan.. ada banyak keluaran tudung baru.Semuanya pekerja awak yang usahakan.."Kata Zafril.

Sofea tersenyum bangga.Syukur pekerjanya ada.Kalau tak,tak terkenal dah la tudung yang dijual berjenama SF HIJABSTAR.

"Thank you abang.."

Ralik melihat suaminya sedang makan.Timbul satu soalan yang dari dulu lepas betahun dia tak jejak ke rumah banglo ini.

"Abang.. Sofea nak tanya something boleh?"

Zafril menganggukkan kepala.

"Dulu kan.. waktu saya tak ada dekat rumah ni.. tak ada dekat dengan abang, abang ada tak rapat dengan mana-mana perempuan? Takpun ada bawa perempuan masuk rumah ni ke.."Sofea bertanya dengan penuh harapan agar Zafril menjawab dengan Jujur.Dari dulu dia nak tanya tapi mood mereka masih berantakkan.

Bibir dilap menggunakan tisu.Kemudian dia habiskan air coklat.Biarkan Sofea seakan menunggu dia menjawa soalan itu.Wajah tenang.Zafril tayangkan wajah tenang.

Dia bangkit,mencapai kot yang digantung dikerui makannya.Kemduain mendekati Sofea lalu dicium dahi wanita itu.

"I love you.. Saya nak bawa perempuan mana lagi masuk rumah ni?"

Sofea tersenyum.

"Tak.. Saya cuma pelik,kenapa barang-barang rumah ni tak sama macam dulu kedukkan dia.Gambar perkahwinan kita yang besar tu pun tak ada.. abang ada simpan ke?"

"Abang simpan.. nanti kita pasang balik"Zafril anggukkan kepala.Memang dia simpan.Demi menjaga hati isteri keduanya itu.

"kenapa abang tanggalkan?"

"Sebab takut rindu"Mudah sahaja jawapan Zafril.

*

Zafril memanjat tangga.Tapi mata dan tangan sibuk dengan telifon.Text Dari seseorang.Yang penting.

'Saya jumpa Datin Dahlia.. Dan saya
pasti itu dia,sebab saya nampak
di dengan kawan dia yang dah
ada anak tu'-Uwais

'Saya yakin Dato,Datin tak lari dekat luar negara.. diorang macam ada masalah keuwangan.. diorang pun duduk dekat rumah flat je'-Uwais.

Sedar tak sedar dia sudah melangkah masuk ke dalam bilik.Pintu dibuka oleh Sofea.Sofea menyambut kepulangannua dengan tersenyum.

"Awalnya abang balik harini.. Sofea baru nak turun masak dekat abang"Zafril menolak sedikit kerusi roda isterinya supaya tidak menghalang jalan untuk dia masuk bilik.

"Masak?"

"Haah.. Abang kan tak suka makan lunch.. jadi Sofea nak masak untuk makan malam,sebabtu lah Sofea masak lewat.."

Makan tengah hari.Dia sudah belajar makan tengah hari dekat rumah lepas berkahwin dengan Dahlia.Patutlah Sofea cakap dia balik awal.Dah terbiasa balik jam sebegini.Sebab nak makan masakkan isteri dekat rumah.

"Abang nak makan apa harini?"Tanya Sofea.

"Awak masak la,saya nak makan cepat.. lapar.."Balas Zafril.Butang kemeja dibuka.Nak mandi dan segarkan diri.

"Abang tak makan lagi ke tadi?"

"Dah balik awal kan.. sekarang pun waktu makan tengah hari.."

"Tak la,selalunya abang makan dekat office kalau lunch.."

Zafril kemam bibir.Kenapalah Sofea sangat nampak perbezaan dirinya sekarang?

"Masaklah.. I waiting"

*

"Datin.. buat apa tu?"Tanya Salah seorang pembantu.Mak kiah pastinya.Kadang-kadang bekerja dekat rumah Tansri Kamal.Kadang-kadang lari juga dia datang sini.

"Nak masak lunch dekat Dato.. tiba-tiba balik lunch pula harini.."Jawab Sofea.Tangan memotong sayur-sayuran.Nak buat sayur campur dengan masak lemak ayam.Cukuplah Dua tu.Dia nak masak pun susah,dengan berkerusi roda lagi.

"Ouhh Dato,dia memang suka balik makan tengah ha---- Hachuu!!"Cepat-cepat Mak kiah cover bila perasan dia hampir terlpeas cakap sesuatu.Kalau Dato dengar habislah dia.Tak kena marah dengan Dato, comferm kena marah dengan Puan Sri.

"Mak kiah nak cakap yang dia memang selalu balik lunch ke? Memang waktu saya tak ada dia balik lunch?"Sofea pandang Mak kiah yang ragu-ragu Dan mahu mencari jalan melarikan diri dari kena jawab soalannya.

"Err.. Mak kiah selalu masak,maklumlah selera Zafril tak ada waktu tu,takut dia tak makan dekat pejabat"Tipu Mak kiah.Tak apa tipu sunat.

"Bagi tahu awal-awal tak apa.. saya pelik tadi,dia tak pernah balik lunch kat rumah tiba-tiba balik awal pula.. Mak kiah dah bagitahu ni tak apalah.. baru saya tau"Kata Sofea.Sambung potong sayur.




Bersambung...
Guys jangan lupa vote and follow okay

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now