37

1.7K 82 12
                                    

"A-abang nak pergi kerja dah? Breakfast lah dulu Sofea ada masakkan abang Nasi goreng cili padi.. Favorite abang kan?"

Senyuman manis ditayangkan.Namun tidak bagi riaksi apa-apa bagi Zafril.Dia sibuk membutangkan kemeja dan mengemas tali leher.

"Abang.. Sayang cakap dengan abang ni.."Tangan Zafril dipegang.

Itu yang buatkan dirinya sebagai seorang lelaki lemah.Bukan hanya sekadar sentuhan,tapi pandangan mata Sofea.Lembut dan sangat buatkan dia cair.

"Abang tak makan nasi goreng.."Kata Zafril.

"Eh.. dulu abang makan je.."

Beg dan keperluan pejabat diambil.Memang tak ada selera untuk makan buat masa ni.Tanpa berkata apa,kerusi roda Sofea ditolak ke ruang makan.Takkanlah dia nak biarkan Sofea yang masih lagi isterinya susah-susah gerakkan kerusi roda tu sendiri.

"Sofea cedokkan ya?"

Zafril mengangkat tangan menghalang Sofea dari mencedokkan Nasi goreng untuknya.Dia bangkit mengambil roti.Malas nak suruh pembantu,nak bercakap pun macam hilang mood dia.

Dia kembali duduk bersama roti dan juga mentega.Disertakan gula.Lepas Dahlia mengajar dia makan macamtu,jadi ketagih pula.Setiap pagi dia nak sarapan yang tu je.Lagi best bila ada telur separuh masak.

"Abang taknak makan Nasi Goreng? Sofea masak dekat abang ni.."

"Abang dah cakap abang tak makan Nasi goreng pagi-pagi macamni Sofea"Katanya.

"Tapi dulu ni favorite abang.."

"Itu dulu,sekarang tak lagi"Roti mentega disumbat masuk ke dalam mulut.Selera tak selera itu lain punya cerita.Untuk buat alas perut je.

"Abang masih marah kan Sofea ke bang? Abang dah tak rindu dengan Sofea? Atau abang dah tak cintakan Sofea"Mula dah bertanya.Sakit hati bila kehadirannya kembali buat Zafril acuh tak acuh.Seperti tak boleh terima dia.

"Kalau saya tak sayang awak.. saya takkan bayar orang mahal-mahal untuk cari awak.. saya takkan kena kencam dengan orang ramai sebab paksa anggota polis cari awak yang dikatakan hilang dalam kawasan kemalangan"Kata Zafril.

"Tapi kenapa waktu saya koma.. abang tak ada dekat tepi? Waktu saya sedar.. saya tanya Dokter,mana suami saya.. diorang sendiri taktahu dan cakap tak ada sesiapa pun yang mengaku keluarga saya!"

Zafril pandang Sofea.Sisa roti yang dia makan diletakkan di dalam pinggan.Biar dia bertenang dulu.Perkara ini perlu dibincangkan dengan baik.

Cawan diletak selepas dia basahkan tekak dengan kopi panas.

"I don't even know what happened to you, everyone remembers that you lost track in the accident area.. But suddenly you were in a coma.. and came to see me after three years.. "

"I paid dearly for the people who were assigned to find you, but it's strange why they didn't get the impression that you were sleeping in a hospital bed and in a coma"

"Jadi sekarang ni abang nak cakap yang Sofea tipu abang lah? Yang Sofea ni tak koma? Sofea sengaja hilangkan diri tanpa jejak?"Air mata dah bertakung.Zafril seperti mahu menuduh yang dia sedang berbohong.

"Saya tak cakap macamtu.. Awak ada kad pesakit,ada bill rawatan saya tengok semua bukti-bukti awak koma.. Tapi pelik.. pelik lah sebab ye lah kan,Orang yang saya bayar tak dapat kesan awak"Wajah Zafril memang penuh lakonan.Rasanya dah boleh ambil watak hero mafia.

"Cuba jujur dengan saya apa yang terjadi.."Soal Zafril lembut.Kejujuran.Ya dia mahu wanita yang duduk di atas kerusi roda itu jujur.

"Tak perlu apa nak dijujurkan.. Saya memang kemalangan dan koma.."

BERIKAN AKU CINTAحيث تعيش القصص. اكتشف الآن