30

1.6K 81 8
                                    

"Abang.. sudah la sembur perfume tu,nak wangi-wangi bagi siapa hidu? Pergi Masjid je pun.."Dahlia geleng kepala.

Siap bergaya Zafril mahu solat maghrib dekat masjid.Dah dapat kawan.Abang Naim suami kepada kakak sepupunya Fatin.Memang nampak rapat mereka berdua.Diantara keluarga pun mereka ja menantu yang masih muda dan baru-baru lagi.

Tahun depan dapat timang cahaya mata yang pertama.Mereka kahwin awal dari Dahlia dan Zafril.

"Kena wangi-wangi lah.. Abang kan orang baru"

Dahlia jeling malas.Nak pergi solat ke nak pergi mengorat?

"Everyone should know, Dahlia Natasya takes care of her husband very well. That's why I have to look smart"

Tak ada air wudhuk lagi.Nakal Zafril memeluk pinggang Dahlia.Bermanja-manja sekejap.

"Really?"

"If that's the case, you don't need to show it,let just our happiness only know it"Dahlia angkat tangannya Dan melingkar pada leher Zafril.

"I don't show our happiness to people, I just want to show that I am very well taken care of by my wife.. and I don't need another guardian.. Just like you spoiled me when I was pretending to be sick.. it looks like someone is in the middle hurt broken?"

Sengih Zafril.Ingat pula saat dia dimanjakan Dahlia.Mereka masih setia dengan lakonan Zafril tak sihat.

Pelik-pelik Laila tu.Dah nak jadi isteri orang kenapa kena buat macamtu pula dekat adik ipar?

*

"Ummi.. Nanti nak goreng daging ni ada lagi ke minyak? Tadi dah guna untuk tumis kuah Kari tadi tiga bungkus" Sibuk Dahlia dengan tangan memotong daging-daging yang akan dimasak.

Boleh tahan banyak juga daging.Seekor lembu.Besar juga lembut tu.Nasiblah ada adik-beradik,dan jiran-jiran datang tolong.Kalau dia buat sendiri memang tak siap lah sampai esok.

"Ya Allah.. Ummi lupa nak pesan dekat ayah kamu tadi.. ni mesti terus balik diorang tu"Ummi tampar dahi.Boleh pula lupa.Ni nak masak guna apa.

"Tak apa.. biar Dahlia pergi beli, Zafril ada tinggal kereta tu"Saran Dahlia.Nak lari dari kena siang daging.Dari petang tadi lagi dia pun.Dah macam nak patah pinggang sebab duduk lama sangat.

"Takkan nak pergi sorang-sorang.."

"Nak kak Fatin teman?"Kak Fatin yang duduk siang daging di sebelah ya menawarkan.Mungkin nak larikan diri juga.

"Ish kamu tak baik keluar malam-malam Fatin.."

"Haah,betul tu kang tak pasal-pasal aku kena ceramah dengan abang Naim.. Tak pa ummi biar Dahlia pergi sorang,dekat je kedai runcit dekat shell je"

"Iyalah.. hati-hati"Izin Rosna.

"Ummi nak beli berapa bungkus?"Tanya Dahlia.Tangan dicuci.

"Belilah dalam 5 pack.. "

Dahlia angguk kepala.Naik kebilik mahu mengambil duit dan kunci kereta.Seingat dia Zafril selalu simpan kunci kereta dalam bag tangan Dahlia.Tapi tak ada pula
Dahlia selongkar pula seluar yang Zafril pakai tadi.

"Ni pun.."

Dompet diambil.Dia berlalu keluar.Suasana dekat luar pun dah meriah.Dua tiga biji kawah sudah dinyalakan api dan masak beberapa jenis lauk.

Laila.. sedap je duduk melepek dengan bakal cik Suami dekat dangau.Bukan reti nak tolong.Tak apa,esok turn dia basuh segala barang yang guna.

Kereta Lamborghini Urus Zafril dihidupkan enjin.Makcik-makcik yang tengah sibuk haul kawah pun terkejut dengan bunyi kereta.Ada yang melatah.Ada yang jatuh kerusi.

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now