END

3.7K 120 13
                                    

Sudah dua jam Sofea dibebaskan dalam wad itu.Lepas dia dihantar ke hospital,dia sudah diberi pil penenang.Dan badannya juga dibedung kerana dirinya yang memberontak.

Sekarang dia tenang.Tenang kerana kesan ubat? Mungkin.Tapi dia tenang.Jauh lebih tenang.Mungkin sebab dia berjaya buat keputusan yang betul.

Walaupun masih tersisa di hati.Apa yang dia rasa.Dia dah tak boleh buat apa-apa.Melainkan dia buat keputusan yang tidak akan menyakitkan dirinya sendiri.

Biar ada kesan luka.Asalkan dia dah tak sakit.

Pintu bilik wad dibuka.Dia fikir orang yang sama masuk.Tapi bukan.Zafril.Lelaki itu menapak perlahan mendekati katil pesakit yang sedang dia rebahkan badan.

"Sayang.."Panggil Zafril lembut.Sebak melihat keadaan Sofea begitu.

Sofea tidak menjawab.Dan tika itu, air mata kembali jatuh membasahi pipi.Menangis.Tapi tidak kuat.Kerana dia mahu bertenang.

Sofea mendudukkan diri.Zafril membantu.Pipi Sofea diusap.Air mata gadis itu disekat olehnya.Bila Sofea menangis,lagilah dia sedih.

"Abang minta maaf.. Maafkan abang Nur Sofea"Tubuh Sofea dipeluk. Lama mereka dalam keadaan macamtu.

Sebelum Sofea memilih untuk melepaskan pelukkan.Dia tarik nafas dan menghembus.Mengumpul kekuatan.Dari mata,hidung,bibir dan seluruh wajah.Sofea menyentuh.

Tangan kembali teralih.Dia menyuruh Zafril untuk duduk di birai katil.Kemudian dia menggenggam tangan lelaki itu.

"Sofea dah terima semuanya.."Katanya buatkan Zafril tergamam.

Dia pandang Sofea tak percaya.Hati mula gembira tapi..

"Dahlia lebih baik dari saya.."Kata Sofea.Terus Zafril terdiam.Tak jadi nak tersenyum.

"Dia baik... sampai sanggup undur diri, tak macam saya.. ego.Selalu nak kan kemenangan.. Sedangkan saya yang hilang dulu.. Saya tahu awak sayangkan saya,sebabtu tak pernah ada sinar dalam hidup awak.."Katanya.

"Bukan sebab saya tak percaya,tapi perempuan mana yang sanggup hidup bermadu.. "

"Tapi saya tak salahkan abang.. apa yang abang buat memang betul, abang jumpa orang yang lebih baik dari fea.."

"Jangan cakap macamtu Sofea.."Potong Zafril

"Apa yang Sofea cakap tu betul, memang abang mampu.. tapi,saya taknak hati saya terluka.. Dan saya pun taknak hati Dahlia terluka"

"Dahlia tu memang layak untuk abang.. Bukan saya bencikan dia,tapi saya kesian kan dia.. Saya tak pernah marahkan dia depan-depan sebab saya kesian dekat dia.. Tak pernah lansung kami bercakap sekali,sebab saya takut saya hilang kawalan.."

Sekali lagi Sofea menarik hembus nafas.Dia tenang.Hati dia memang tenang.Tapi air mata tak dapat dihentikan.

"Abang perlukan seorang isteri macam Dahlia.. Dia baik, jauh baik dari saya.. Kami sangat berbeza.. Dan saya sendiri,boleh nampak siapa yang berhak.."

"Dulu Sofea khianati abang.. Buat perkara yang abang tak suka.. tipu abang.Abang nak tahu tak.. Sebelum saya koma.. saya lupa pagi tu saya ada chek testpack.. Dan keputusannya positif.. tapi disebabkan ego dan jahat saya.. Saya lupa nak bagitahu abang..,saya lebih pilih untuk fokus jual perabut abang secara haram.."Jelasnya.Zafril memang dah merah muka.Marah menguasai.Tapi bila Sofea Jujur.Hatinya lembut.Dia pasti yang Sofea sudah sangat-sangat menyesal sekarang.

"Dua kali saya tak dapat jaga anak-anak kita abang.. Saya memang gagal.. gagal menjadi seorang isteri dan juga ibu"Sofea kembali menangis esak.

"A good person like you doesn't deserve a bad girl like me.."

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now