14

1.5K 96 28
                                    


Dahlia terjaga.Perasan yang dia terbaring di atas tikar.Kaki pula rasa berat nak angkat,sakit lutut.Baru dia ingat apa yang terjadi,terus dia bangkit duduk.Agak susah untuk dia bergerak.

"Aku dekat mana ni?"Tanya Dahlia memerhati rumah kayu kekosongan itu.Kaki dia yang berdenyut dipandang pula.

Ada bekas luka melecur yang sangat besar ditempat yang sama lututnya ditendang Laila.Sepertinya kaki dia sempat disambar api.Dahlia cuba untuk bangun,gagal.

Kaki dia memang betul-betul sakit.Memang dah tak mampu untuk berdiri.Gerak sikit pun dah macam nak tercabut tulang.Tak termasuk lagi Luka melecur di betisnya.

"Adik okay?"

Pintu rumah kayu itu dibuka.Nampak suasana di luar seperti ruang tamu.Dahlia pandang wanita mengandung yang mendekatinya bersama dulang.

"S-saya dekat mana ni?"

"Adik jangan risau.. kami jumpa adik pengsan dekat hutan yang terbakar tu"

Jadi dia berjaya melarikan diri ke sekarang.Seingatnya,dia terperangkap di dalam pondok itu.Jadi ada orang datang selamatkan dia

"Makanlah.. biar bertenaga sikit"

Dulang yang berisi nasi putih bersama sup ikan.Sungguh menyelerakan.Seharian dia tak makan.Cuma dia masih was-was dengan wanita hamil dihadapannya.

"Jangan takut.. Awak ada dekat perkampungan orang asli,tapi jangan risau.. sini orang baik-baik,banyak orang beragama Islam.. saya pun orang Bandar yang tersesat dalam hutan ni.."Wanita itu cuba menenangkan Dahlia.

"Akak tersesat dekat sini juga?"

Wanita itu anggukkan kepala.

"Lepastu? akak kahwin dengan orang sini ke?"

Wanita itu tersenyum.

"Akak kemalangan.. Dan akak pun diselamatkan oleh orang kampung sini.. Akak dah kahwin,cuma.. ye lah,nak keluar dari hutan ni susah.. dengan keadaan akak pula macamni.."

"Susah? Maksud akak?"

"Perkampungan ni ada dekat bawah bukit.. jalan yang orang selalu guna dekat atas.. ada jalan raya besar dekat situ... agak jauh juga la sebab nak kena panjat bukit"Jelas wanita itu.

Dahlia angguk kan kepala.Memang patutlah wanita itu tak keluar dari perkampungan ini.Dengan berbadan dua lagi, takkanlah nak panjat bukit sorang-sorang.

"Makanlah.."

Dahlia menerimanya.Makan dengan lahap.Dah memang kebulur sangat sampai wanita dihadapannya pun pelik.

"Adik tak makan ke sebelum ni? Macam mana boleh ada dalam hutan?"Tanya wanita itu.

Teringat kembali apa yang terjadi.Dan macam mana dia boleh berada di sini.

"Saya dikurung dengan keluarga kandung saya.. saya nak larikan diri dengan bakar tempat tu,tapi tak sangka.. saya yang jadi mangsa.."Dahlia menceritakan segalanya.

"Masih ada lagi ya keluarga macamtu.."

"Adik rehatlah,kalau nak apa-apa panggil je akak.."Wanita itu bangkit berdiri.Termegah-megah juga tengok dia yang susah bangun.

"akak.."

"ye?"

"Terima kasih.."

Wanita itu tersenyum.

*

Pintu ward Zafril ditutup rapat selepas memastikan lelaki itu tidur dengan lena.Maya keluar mendekati suaminya yang sedang duduk di kerusi menunggu tepat dihadapan ward Zafril.

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now