41

1.9K 95 7
                                    

Zafril mengeliat puas.Rasa kebah sikit demam dia.Dah dapat ubat rindu,memang hilanglah.Mata Masih terpejam.Meraba-raba dia cari Dahlia disebelahnya.Kosong.

Zafril buka mata.Disebabkan rumah ni terlalu kecil,memang dia dengar sesuatu dari bilik air.Terus dia bangkit dan menuju ke bilik air yang terletak di dapur.

Pintu diketuk.Memang sah ada Dahlia di dalam.Mawar dan anak-anaknya dah balik kampung.

"Sayang.. okay tak tu?"Tanya Zafril mengetuk pintu berkali-kali.Tapi tak dibalas langsung pertanyaannya.Hanya dengar suara muntah sahaja.

Zafril kerut dahi.Risau.Rasa bersalah pula takut Dahlia berjangkit dengan demam dia semalam sebabtu pagi ni muntah-muntah.

Tak lama itu,Dahlia keluar dengan muka merah.Baru Zafril mahu dapatkan dia,dia pandang Zafril tajam dan memberi isyarat jangan dekat.

"Sayang okay tak ni? Ke demam? Berjangkit dengan saya semalam?"

Dahlia geleng.Pegang pinggang berjalan ke ruang tamu.Lenguh habis satu badan harini.

"Are you okay? Kenapa muntah-muntah? Jom pergi klinik"Zafril pegang tangan Dahlia.

"Saya okay.. Tak payah nak risau lah semalam saya tak makan.. Awak pergi lah balik,nanti Kak Sofea cakap apa pula seharian awak tak balik"Kata Dahlia.

"She know yang saya pergi outstation.. Jangan risau,harini abang nak jaga Dahlia.. Abang tahu Dahlia tak sihat,muka Dahlia pun dah merah ni.. kita pergi klinik ya?"Pujuk Zafril.

Dahlia beri jelingan.

"Pergi outstation? Pergi outstation dekat rumah bini nomber dua.. Baliklah abang, Kak Sofea tu tak sihat sepenuhnya lagi,dengan tak boleh berjalan.. Lagi susah,saya ni masih mampu berjalan lagi.. Abang tak payah risau,sekarang pergi balik.."

Zafril geleng kepala.Kenapalah degil sangat Dahlia ni.Bahu gadis itu dipegang.Hanya dia yang pandang Dahlia,tapi Dahlia memandang sudut lain.

"Sofea sihat,cuma tak boleh berjalan.. tapi dia ada nurse yang akan bantu.Bukan sebab abang tak jalankan tanggungjawab..Dia sendiri tak suka kalau abang tolong dia,sebab dia takut badan dia akan lagi malas dan susah nak berjalan kalau dia tak berlatih sendiri.. lagipun Sofea dah boleh berjalan sikit-sikit.."

"Saya tak kesah lah semua tu,abang pergi lah balik.."Kedua tangan Zafril yang memegang bahunya ditepis.

"Abang nak jaga Dahlia.. Dahlia sayang,tolong faham..Kalau jadi apa-apa macam mana.Dah la Mawar balik kampung.Takkan nak suruh dia balik?"

"Saya boleh jaga diri saya sendiri.. abang balik lah Kak Sofea perlukan abang.. saya masuk angin je,tak perlu nak dirisaukan"Kata Dahlia.

"Sebab awak tak sihat la abang nak jaga! Abang takkan biarkan isteri abang sakit macamtu.."

"Masalahnya Kak Sofea pun perlukan abang!"Dahlia tinggi suara.Kini mereka berdua saling bertatapan.

"Dahlia.."

"Kalau ada bini dua pun dah serabut macamni.. itu ke abang yakin boleh selesaikan masalah kita? Bagi saya dan Kak Sofea bermadu? Memang abang mampu,tapi keadilan itu penting!"

"Kalau abang tak dapat adil dengan saya mahupun Kak Sofea..  akan ada hati yang sakit,dan abang sendiri akan berdosa.."Sambungnya.

"Abang dah janji abang nak selesaikan masalah ni cuma bagi masa dekat abang.."

"Saya taknak buat abang berdosa.. sebab tu saya undur diri,sebab saya sayangkan abang.. Tolonglah,dah tak ada apa pun nak dibincangkan.. lepaskan saya,Dan kembali pada Kak Sofea"Dahlia terus masuk bilik dan mengunci pintu.

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now