Bab 3

2.2K 97 3
                                    


Mula sahaja majlis bacaan doa,Dahlia buat keputusan untuk berdiam diri sahaja di dalam bilik.Dia sudah khabarkan awal lagi yang dia tak sihat,tipu sunat sekali sekala.Bukan putus cinta ke apa,tapi fikiran asyik teringat dengan kisah-kisah dia bersama Zafril di universiti dulu.

Kepala digelengkan,buat apa dia perlu fikir.Itu cuma kisah lama yang tidak perlu di ingat.Tapi jika diingat kembali.Memang bodoh juga dia dulu.

Satu uni ingat dia bakal menjadi isteri Zafril.Sampaikan tiga minggu dia tahan muka kerana orang rajin menegurnya dengan panggilan Datin.Zafril pun satu,dah tahu nak selamatkan dia dari Mawar.Otak tak boleh fikir logik dah jalan mana yang sesuai?

Cakap fasal Mawar.Balik dari Korea,dia masih belum jenguk sahabatnya itu.Dengar cerita anak dah masuk tiga orang.Apa pun dia turut bahagia, cinta tak semestinya dimiliki.Jodoh Mawar dengan Aiman.

Cinta dia dekat Aiman pun sudah hilang.Sangat mudah.Tak perlu dia nak broken bagai.Waktu dapat pesanan yang Mawar akan berkahwin dengan Aiman pun dia tak rasa sedih.Malah lebih teruja.

Baru tadi Daniya  bagitahu yang Zafril akan bermalam di rumah keluarganya sampai Maya dan Daniel pulang.Macam manalah dari petang tadi dia tak boleh perasan kehadiran lelaki itu dalam rumah.Lagi segan adalah.

Dahlia menggaru kepala yang tidak gatal.Gelisah pula hati.Rasa macam nak lari keluar cari hotel je.Nak tengok wajah Zafril pun dia tak boleh.

"Tak.. yang kau nak gelisah sangat kenapa? Kenangan dulu kenangan dulu lah,buat apa aku nak kesah sangat?"

Tok tok!

Bola mata dijeling.Lain tak lain memang Solehah yang mengetuk pintu.Kalau tak buka mahu roboh pintu bilik.Hati berdoa sebelum membukakan pintu melihat si ibu yang sedang berdiri bercekak pinggang menghadapnya.

"kamu ni kan.. kamu tu anak dara tau,tak reti nak tolong ibu dekat dapur ke?"

"Majlis dah habis ke?"Tanya Dahlia perasan,ruang tamu sudah meriah dengan suara sembang tawa.

"Dah habis dah bacaan doa,jom tolong ibu kejap.. bancuh air,air tak cukup pula"

"Bukan taknak ibu.. tapi Dahlia segan lah.."kata Dahlia sambil tangan berpaut pada tombol pintu meminta balas kasihan ibunya.

"Sejak bila pula anak ibu pandai segan-segan ni? Bukannya ada oppa korea pun dekat ruang tamu tu,yang ada pun opah oppo je"

Terus meletus ketawa Dahlia.Memanglah dekat ruang tamu ada orang-orang berumur je,tapi berumur pun ada salah satu yang terselik muda selain dari abangnya.

"Dah jom!"Tangan Dahlia ditarik ke dapur.Mereka melintasi ruang tamu.Sempat Dahlia menangkap pandangan Zafril yang sibuk berbual dengan ayahnya.Bual apa pun tak tahu dan tidak mahu tahu.Yang dia tahu,dia nak masuk bilik cepat!

"Ibu nak bancuh air apa?"Tanya Dahlia.

"Bancuh air oren lah Lia.. tambah dekat jar yang Ibu letak tu"

Dahlia mengangguk lalu memulakan kerjanya membancuh air.Ingat ke sekali je,rupanya berkali.Taktahu lah tetamu ni makan ke tercekik sebabtu asyik habiskan air sahaja.Nak dekat dua belas jar dia bancuh air yang sama.

"Ramai lagi ke kak?"Tanya Dahlia yang sibuk mengacau adunan air gula.Nak kena bancuh lagi air.

"Dah kurang dah Lia.. Lia bancuh sikit je,nanti lebih kita simpan untuk minum"Kata Maya yang masuk ke rumah mula menyimpan lauk pauk.

Terasalah nikmat dapat duduk.Dahlia menghela nafas lega.Ni baru majlis biasa-biasa sahaja,kalau majlis kahwin.Eh lantaklah tu bukan kerja dia.Dia kan pengantin.Berangan saja tahu.

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now