17

1.4K 77 7
                                    

Harini adalah hari yang sangat Dahlia tak suka.Di mana hari kelas khas untuk kursus perniagaan dia.

Awal dia datang sebab nak berebut tempat yang paling berlakang.Pelik kan? Datang lewatlah selalunya dapat tempat berlakang.Yang pengajar pun bukan main kacak lagi.Pasti ramai berebut nak duduk depan.Tapi tak dengan Dahlia.Biar duduk belakang,senang sikit nak memerhati cik tunang dekat depan.Apa yang dia buat,boleh lah nampak.

Kalau duduk depan,kawan ke belakang.Memang tak nampak.Bukan tak percaya dekat Zafril.Tapi kelas ni dihadiri banyak makcik-makcik.Orang muda pun dalam 30% je yang datang.

Kang ada yang nak dijodohkan si Zafril dengan anak perempuan mereka.Tapi okay lagi tu,cuba kalau jodoh untuk diri sendiri?

Kelas sudah dipenuhi oleh pelajar khas yang menyertai.Tak ambil masa yang lama.Dato Zafril Ilyan masuk.Cara jalan dia,memang persis orang yang bekerjaya.Itu memang menjadi contoh untuk mereka yang baru belajar.

Keyakinan.Ya.Mereka perlu ada keyakinan.

"Sorry, I'm late?"

Bukan main semangat betul makcik-makcik kursus dekat depan jawab.Dah kalah kelas sukan.Takpun sokong permain bola.

"Okay thank you.. First, Assalamualaikum and good morning to all, My name is Dato Zafril.. and I'm your teacher for this class.."

Entahlah orang lain boleh fokus ke tidak.Kalau dia memang tak.Terpana betul dengan pemakaian Zafril harini.Kemeja putih bersama satu coat brown.Dipadankan pula dengan jeans.

Kemas betul.

Yang paling penting.Jambang dia dah hilang.Lincin betul muka Zafril harini.Memang nampak muda.Tak mustahil lah kalau makcik-makcik didepan tak dapat fokus.Asyik sibuk memuji je.

Ada juga yang tangkap gambar siap buat mini love dengan tangan sendiri.

"So tak banyak ya orang muda yang datang,but I'm so proud of you guys yang datang,mahu berjaya diusia muda.Itu adalah satu semangat yang perlu ada"Kata Zafril.

Kalini dah keluar aura-aura lecture kacak.Sama seperti pertemuan mereka dulu di kolej.Tangan menconteng board putih.Mulut pula bercakap dengan suara hot dia.

'Cik tunang.. nak mengajar ke nak menggoda sekarang ni?'

"Jadi apa yang perlu ada adalah kerajinan.. orang muda kalau Bab kerajinan ni you need fokus okay.. Jangan asyik suruh boyfriend shave jambang dia sedangkan dia sendiri malas nak mandi.. Don't do that okay"

Dahlia kecilkan mata.Macam perli dia je sebab suruh cukur jambang.Tapi dia rajin mandi okay! Tapi,Bila pula dia suruh.

Hampir dua jam setengah juga kelas berjalan.Apa yang Dahlia dapat tangkap,dapatlah.Yang tak dapat tu nanti-nanti je lah.Sebab mata asyik sibuk memandang gerak geri Zafril.

Penat juga.Dah lah pagi tadi tak sempat sarapan.Rasanya ada kedai berdekatan dewan ni.Breakfast dulu dekat situ kemudian terus balik kondo.

Tak adalah jauh sangat kedai makan tu.Jalan kaki je dah sampai.Kereta dia parking pun tak jauh dari kedai tu.Ramai jugalah.Mungkin yang habis kursus datang isi perut.

Milo ais dengan Nasi lemak Ayam yang dia pesan.Makan awal,nanti balik kena beli barang dapur pula.

"Dah oder?"

Terkejut Dahlia.Tengah ralik main telifon.Muncul Zafril yang duduk dihadapannya.

"D-dah.. Dato buat apa dekat sini?" Kekok Dahlia.Orang ramai pun dah perhati mereka.Mungkin orang yang menyertai kursus.Pelik bila Dato yang mengajar mereka tiba-tiba makan satu meja dengan perempuan.

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now