20

1.7K 72 4
                                    


Macam yang dikatakan,malam itu akan berlansung majlis resepsi.Tak sempat nak rehat.Tidur pun tak.Mengantuk,penat semua ada.Tapi nak buat macam mana,majlis perlu diteruskan.

Dahlia sudah bersiap bersama gaun pengantin Ball Gown yang bewarna putih.Disebabkan tema resepsi mereka warna indicolite.Jadi padankan saja dengan warna putih.Sesuai untuk semua warna.

Kalini,Dahlia berias lebih cantik.Meletop betul.Kalah model rasanya.Perkahwinan yang diidamkan oleh semua wanita.Bersiap cantik dihari bahagia itu.Dahlia bersyukur saja.Walaupun kahwin disebabkan tok Imam,cita-cita untuk jadikan perkahwinannya wedding of the year tetap berjalan.

"Jom,dah siap?" Daniya mengiringi Dahlia berjalan ke pintu dewan.Dengan gaun yang berat,memang susah nak berjalan.Hingga perlu dibantu angkat oleh beberapa orang.

Sampai sahaja dimuka pintu,Dahlia bertemu Zafril.Lelaki itu segak berpakaian kot bewarna putih sama dengannya.Bagai pinang dibelah dua.Itu pandangan semua orang.

Lepas je begelar suami isteri.Dua-dua sibuk haluan masing-masing.Sorang layan tetamu,sorang gosip.Memang seharian mereka tak bertemu,last jumpa pun waktu makan akad nikah tadi.

"Kejap lagi,sampai dekat depan stop kejap ya.. cameraman nak tangkap gambar" pesan seorang lelaki menghampiri mereka.

Tak terlalu berdebar bagi mereka berdua.Ini hanya majlis persandingan.Tak perlu nak buat perkara yang mendebarkan sangat.

Dahlia memimpin tangan Zafril.Dapat dia dengar sorakkan tetamu di dalam sebelum pintu dewan terbuka luas.Suasana dewan meriah meraikan kedatangan pengantin.

Lagu Marry me dipasang.Mengikut rentak yang perlahan.Dahlia dan Zafril berjalan beriringan masuk ke dalam dewan.Di depan mereka,Adeela dan seorang kanak-kanak lelaki melemparkan kelopak bunga ros.

Tak habis telinga menangkap pujian orang ramai.Ini memang satu memori yang indah.Pertemuan jodoh yang tak disangka.Mereka bersatu hanya kerana tok Imam yang tak bertauliah.

Majlis berjalan lancar.Banyak aktiviti yang dilakukan mereka.Kini tiba masanya untuk memotong kek.

Kek berukuran tak jauh dengan tinggi Dahlia.Rosna yang tempah kek ni.Mungkin teruja nak dapat menantu yang pertama.

Kami berenjak dari pelamin ke tempat potong kek.Confused teruk Dahlia.nak potong macam mana? Dah la sama tinggi dengannya.

Ralik melihat kek tempahan umminya.Baru dia sedar ada tangan melingkar kemas di pinggang rampingnya.Dahlia pandang Zafril,lelaki itu beriak biasa.Tangan Dahlia dan Zafril sama-sama memegang pisau dan perlahan pisau itu memotong kek itu.

Posisi mereka benar-benar rapat.Dahlia berada dihadapan Zafril.Tangan Zafril yang melikar dipinggang beralih penuh pada perutnya.

Ketar tangan Dahlia pegang pisau tapi nasiblah Zafril pegang sama.Tak ada sangatlah orang nampak.Perkahwinan yang sangat penuh dengan drama.Orang nampak macam pasangan bahagia yang sudah lama bercinta,tapi hakikatnya tidak.

Kini mereka perlu saling suap menyuap pula.Potongan kek yang sudah tersedia di pinggan bawah diambil.Giliran pertama,Dahlia suapkan untuk Zafril dulu.Kemudian dirinya pula yang disuapi.

Tepukkan gemuruh dari tetamu yang hadir.Majlis resepsi malam itu sangat indah.Cuma ada saja sesuatu yang tak cukup,cinta.. Cinta tiada bagi pasangan pengantin.

*

Ini memang betul-betul mendebarkan.Dahlia selesai solat isyak.Pintu bilik air dipandang,Zafril masih belum selesai mandi.Haritu chek in hotel untuk bilik asing-asing.Tapi kenapa malam ni kenapa satu bilik pula.

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now