2. Zayyad Aqriz

1.2K 49 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Zayyad memandang isi di dompetnya. Hanya tinggal sekeping 50 ringgit. Dia mengeluh, terpaksa dia mengeluarkan duit dari bank kalau yang cashnya hanya tinggal ni.

"Abang." Panggil Zahra.

"Apa? "

"Eurmm... Sebenarnya hari ni hari last Zahra kena bayar yuran sekolah, kalau tak bayar juga nanti dibuang sekolah. " beritahu Zahra sebersalah.

"Kenapa tak bagi tahu awal-awal!?" Zayyad memandang adiknya tajam.

Zahra menunduk. "Ara cuma taknak susahkan abang nya je. "

"Ni pasal masa depan Ara! Susah ke tidak kena hadapi juga. Kita memang susah tapi abang masih boleh tanggung Ara. Berapa yuran dia? " Zayyad mengeluarkan dompetnya.

"50 ringgit. "

Terhenti kejap tangannya. Dengan lemah dia mengeluarkan duit yang tinggal dari dalam dompetnya.

Zayyad menghulurkannya kepada Zahra. "Abang tak boleh bagi duit untuk makanan Ara, sebab tinggal ni je. Petang ni baru abang keluarkan duit. Takpe kan? "

"Takpe. Lagipun Ara ada bawa bekal." Ikhlas senyuman yang diberikan.

"Jom! Dah lambat ni. "

Zayyad menghantar adiknya kesekolah dengan menggunakan motor tinggalan ayahnya.

Zayyad mengambil helmet di tangan Zahra. Dia menghulurkan tangannya dan disambut Zahra. Zahra menyalam tangan abangnya.

"Belajar elok-elok. " pesan Zayyad.

"Abang pun kerja elok-elok! Jangan skip makan. " pesan Zahra balik.

Zayyad tergelak kecil. "Ye la adikku sayang. Dah pergi masuk sana. "

"Ok! Assalamualaikum abang, bye!!" Zahra melangkah masuk kedalam sekolah.

"Waalaikumusalam." Zayyad mematikan senyuman selepas kelibat adiknya sudak tidak kelihatan.

'Here, come again! '











"Sudah berapa kali saya cakap?! Layan customer dengan baik! Ini kali terakhir saya beri kamu peringatan. Lagi sekali kamu ulang perkara sama saya pecat kamu! "

Zayyad memandang kosong belakang bosnya yang berlalu setelah memarahinya.

Ini lah kerja pada waktu paginya. Pelayan di salah satu restoran yang boleh dikatakan popular.

Kenapalah wujud perkataan 'customer always right'? Tak semua customer betul. Dah banyak kali dia hadap perbagai kerenah manusia yang agak tak bermoral.

Termasuk kali ni sudah 5 kali dia diberi peringatan, salahnya sebab pelayanannya tidak memuaskan. Nak memuaskan macam mana kalau customer pun kerja asyik menggatal. Ingat dia nak biarkan? Dia bukan jenis orang yang menterbalikkan agama dengan hanya disebabkan kerja.

"New day, new problem. "
Zayyad menyandarkan badannya. Dia membuka telefonnya dan memakai earphone di telinganya. Surah-surah dibukanya. Hanya kalimat suci ini je dapat menenangkannya selain dari solat dan membaca al-Quran.

"Riz! " kejut salah seorang rakan sekerjanya.

Zayyad tersedar, tu lah kusyuk sangat.

"Customer meja 39 kau tolong ambilkan order boleh? Aku kena jaga cashier. " minta rakannya.

Zayyad sekadar mengangguk. Dia mengambil buku menu dan bergerak ke meja 39.

Setelah mengambil order dia kembali semula dan memberikan order yang telah dicatat kepada tukang masak.

Zayyad masuk ke bilik rehat untuk pekerja. Sekarang dah masuk waktu rehat dia tu yang sesenang dia melencong.

Zayyad menghabiskan rehatnya dengan hanya mendengarkan alunan surah. Kemudian dia terus melakukan kerja seperti biasa.























•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now