Bab 17

1K 43 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

"Aku terima nikahnya Isabella Sophia binti Isaman dengan mas kahwinnya seperti yang disebut tunai..." Lafaz Zayyad dengan tenang.

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdullillah..." Tok kadi membaca doa. Semua menadah tangan.

Sophia berdebar-debar. Dia dah jadi bini orang? Bini Zayyad?!

"Sayang?"

Sophia tersedar. Dia mendongak. Eh bila masa dia ada dekat depan Aku ni?

"Termenung apa? Ralit sangat sampai tak sedar suami ada dekat depan." Usik Zayyad.

Sophia menggeleng. Zayyad tersenyum. Dia mengambil cincin.

"Meh tangan. Nak sarung cincin."

Sophia teragak-agak ingin menghulurkan tangan. "Boleh ke ni?"

Berkerut dahi Zayyad. "Boleh apa?"

"Sentuh tangan..." Perlahan Sophia.

Zayyad tergelak kecil. "Ya Allah. Bolehlah sayang oi! Kita dah halal"

"Oi pengantin! Kenapa lambat sangat nak sarung cincin tu? Aku lapar ni!" Sampuk Syaqid.

"Pia takut nak sentuh tangan. Dia tanya boleh ke tak." Jelas Zayyad.

"Lah!" Semua tergeleng kepala.

"Boleh la Pia. Zayyad dah sah suami Pia. Tak haram pun." Abi tersenyum.

Sophia menunduk malu. Dia menghulurkan tangan.

Zayyad menyarungkan cincin di jari manis Sophia. Kemudian Sophia pula. Dengan terketar-ketar dia ingin menyentuh tangan Zayyad.

"Tenang sayang. Awak kena biasakan diri untuk sentuh saya." Zayyad mengusap-usap sisi pinggang Sophia tanpa disedari yang lain.

Secara reflect badan Sophia mengeras. Dia menyarungkan cincin dengan cepat.

Zayyad tersenyum. Dia menarik pundak kepala Sophia dan mencium dahinya lama.

Darah menyerbu ke muka Sophia. Ya Allah malunya!

Zayyad tersengih melihat raut malu Sophia. "Masa ajak tunang tak malu pula."

Sophia menampar peha Zayyad. Kenapa perlu ungkit?

Zayyad tergelak.

"Berbulu hati aku tengok pasangan baru ni." Kata Syaqid.

Syafik tersengih. "Hati boleh berbulu ke?"

Syaqid menjeling Syafik. Dia kemudian mencari kelibat seseorang.

"Along mana?"

"Ada dekat luar. Tak tahan katany."

"Kenapa?" Pelik Syaqid.

"Abi jemput keluarga bekas tunangnya. Semestinya bekas tunang dia ada sekali." Syafik menunjuk bekas tunang along mereka.

Syaqid mengangguk. "Dah kenapa abi jemput dia?"

"Entah" Syafik mengangkat bahunya.

"Btw, aku pelik la dengan along ni. Walaupun bukti dah ada kenapa dia masih belum berbaik dengan Kak Yana? Kesian Kak Yana, seminggu sebelum kahwin kena fitnah curang." Syaqid menggeleng kepalanya.

"Ego la tu. Kau pun tahu ego along macam mana."

"Mana Ara? Aku tak nampak dia pun" tanya Syafik sambil matanya meliar.

"Rindu ke?" Usik Syaqid.

"Otak kau! Rindu apanya?" Syafik menjeling abangnya.

Syaqid tergelak. "Dia tak balik. Nenek dia tak bagi sebelum habis belajar. Mungkin masa majlis Pia dia balik kut. Masa tu kau lepaslah rindu kau"

"Aku dah cakap bukan rindu! Eh kau ni, aku lempang kang!" Bengang Syafik.

"Sabar sabar. Aku gurau je"











Zayyad keluar dari bilik air dengan tuala menutup bahagian bawah perutnya. Dia baru sahaja selesai mandi. Belengas habis tubuh badannya.

Matanya melirik Sophia yang berbaring meringkuk. Dia menghampiri. Punggungnya dilabuh di atas katil.

Tangannya menyelak rambut Sophia. Wajah Sophia berkerut serta berpeluh-peluh.

"Sayang, are you okay?" Tanya Zayyad risau.

Sophia menggeleng. Mulutnya mengeluarkan bunyi seperti sedang tahan sakit.

"Sayang senggugut ke?" Zayyad menyentuh dahi Sophia, suam-suam kuku je panas dia.

Sophia mengangguk. Masa akad nikah tadi takdelah sakit sangat. Kadang-kadang rasa, kadang-kadang tak. Sekarang je sakit dia menyengat.

"Sayang tunggu kejap." Zayyad mencium dahi Sophia sekilas sebelum dia turun ke tingkat bawah.













•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now