Bab 14

947 37 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

3 Tahun Kemudian

"Weh weh Bel! Kau dah dengar?" Tanya seorang karyawan di syarikat yang sama Sophia.

Sophia menyuap roti perisa oreo kedalam mulutnya. Tangannya bergerak mengetik sesuatu di komputer. Buat kerjalah apa lagi.

"Bell! Kau dengar tak ni?" Nini menggoyangkan tubuh Sophia geram.

Sophia mengeluh. Dia mencabut roti dari mulutnya. Dia melihat Nini geram.

"Dengar apa ye cik Nini? Tak nampak ke saya tengah sibuk ni?"

"Ish kau ni! Sekarang lunch time yang kau pergi buat kerja pahal? Tinggal la kejap kerja tu." Geram Nini.

"Ye ye. Ha apa dia?"

Nini kembali teruja. "Aku dengar kan cucu kepada madam Q akan gantikan dia. Kau tahu la madam Q tu dah berumur tapi waris pun tiada. Tapi tiba-tiba keluar pula berita cucu sulung dia akan gantikan tempat dia. Heboh syarikat ni. Yang lagi penting, cucu dia lelaki! Muda lagi pula tu! Tak sabarnya Aku nak bekerja bawah dia nanti!" Nini menggeletis.

Sophia memutarkan matanya. "Entah-entah dah berpunya."

Nini kembali murung. "Kau cakap pasal tu kenapa?"

"Hah? Salah ke?" Pelik Sophia.

"Memang salah! Kau tahu tak yang buat aku frust menonggeng, dia dah berpunya! Jari dia ada cincin! Cincin!!" Nini menunjuk jari manisnya dengan muka triggered.

Seram Sophia dibuatnya. Dia tergelak janggal.

"Ah ye? So?"

Bahu Nini terjatuh. "So? So kau cakap? Kau tahu tak harapan aku untuk mempunyai kisah seperti dalam novel sudah hancur!! Hancur! Penyek! Cair! Terhapus! Semua lah! Kau tak tahu berapa lama aku bermimpi untuk mempunyai kisah hidup yang indah dan berwarna warni..." Nini mengesat air mata palsunya.

Sophia menggaru hidungnya. Dia menyambung makan roti orea kegemarannya. Kepala terangguk-angguk mendengar rintihan Nini.

"Aku sedih! Aku hancur! Aku tersaki-woi!" Nini menjeling Sophia tajam.

Tersentak Sophia. Pipinya mengembung dengan roti yang belum dikunyah. Sophia mengunyah dengan perlahan.

"Kau ada masa nak makan?? Kau tahu tak perasaan aku ni macam mana? Kau boleh relax!" Nini merampas roti Sophia dan memakannya sehingga habis.

Sophia mencebik sedih. "Roti saya..." Roti kegeramaran dia!!

"Erm sedap juga roti ni. Kau beli dekat mana? Kedai mamak belakang kedai Haji Saad ke?" Tanya Nini selamba.

"Mamak mana ada jual roti ni. Roti canai adalah..." Pelan Sophia.

"Kenapa dengan kau ni? Murung semacam je aku tengok?" Pelik Nini.

Puk!

"Aduh! Siapa yang pukul... Aku? Eh Puan Zana." Nini tersengih.

"Ada apa datang ke mari?"

Zana menjeling Nini tajam. "Kau datang buat kerja ke datang buat gila? Yang kau ambil roti oreo Bel tu dah kenapa?"

Nini melihat plastic roti oreo di tangannya. Matanya membulat. Dia melihat Sophia yang menunduk sedih dengan rasa serba salah.

"E-eh... Bel aku so-sorry. Aku tak sedar." Kalut Nini.

Sophia menggeleng. "Takpe. Roti je. Saya boleh beli semula."

Nini mengeluh lega.

Zana mengeluh penat. "Sambung kerja. Masa rehat dah habis. Also kemaskan meja kamu. Encik Riz tak suka bersepah macam ni."

"Haip! Menurut perintah!"

Usai Zana berlalu Sophia menyoal Nini.

"Siapa Encik Riz?"

"Eh kau tak kenal?" Pelik Nini.

Sophia menggeleng.

"Encik Riz tu cucu madam Q yang baru balik dari Jepun. Yang ambil alih tempat dia lah. Kau pun tahu kan Madam Q sibuk uruskan syarikat dekat Jepun, mana dia cukup masa nak urus sekaligus. Tu Encik Riz balik." Terang Nini panjang lebar. Orang tanya sikit je.

Sophia terangguk-angguk. Dia kembali menyambung pekerjaannya.

Agak-agak macam manalah rupa Encik Riz tu? Bengis dan garang macam madam Q ke?











"Semua berkumpul!"

Mereka semua berkumpul selepas mendengar arahan dari manager syarikat, Zana.

"Encik Riz akan masuk sekejap lagi. Pastikan kamu semua jaga kelakuan! Faham?!" Tegas Zana.

"Faham!"

Nini menilik wajahnya di cermin. Gincu yang terselit di gigi dia hilangkan.

Sophia menyenggol Nini. "Berhentilah Nini."

"Benda kau? Aku nak kelihatan cantik depan Encik Riz nanti."

"Nini! Kau nak jadi penyondol ke?" Tanya Zana yang sudah berdiri dihadapan Nini.

"Erk!" Nini terkedu. Dia tersengih.

"Tak Puan Zana..."

Zana mendengus. Tapi dia kemudian berdiri di posisinya semula selepas ternampak kelibat seseorang yang berbadan tegap.

Pintu automatik itu terbuka. Seorang jejaka berbadan tegap dan rambut yang sedikit panjang diikat kemas melangkah masuk. Walaupun helaian rambut depan menutup kedua matanya, tatapan tajam bak helang itu tetap dirasa.

Mereka semua tergamam melihat karisma bos baru mereka.

"Assalamualaikum. Salam perkenalan semua"
















•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now