Bab 6

949 43 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Zayyad terkedu bila tuan rumah memberi amaran. Dia dah lama tak bayar sewa rumah sebab duit cukup-cukup untuk tanggung mereka makan. Ditambah lagi dia baru dipecat dari bekerja di restoran, di restoran tu lah dia dapat memperolehi gaji yang tinggi. Sekarang dia hanya melakukan dua kerja, kedai cuci kereta dan dekat 7e. Uangnya semakin sikit.

Zayyad semakin buntu. "Macam mana ni? Aku tak mampu bayar! Tapi kalau tak bayar mesti merempat tepi jalan. "

Zahra menyorok sedari mendengar percakapan abangnya. Dia tahu semuanya walaupun Zayyad tak memberitahu. Zahra mengetap bibirnya, dia kena buat sesuatu.

Zahra mendail nombor seseorang menggunakan telefon Zayyad yang ditinggalkan.

"Hello, assalamualaikum kak! Akak kena tolong kami!"










Zayyad mengeluh, dah agak mesti harini dia akan dihalau. Dia memandang kedua beg yang mengandungi pakaiannya serta Zahra.

Dekat mana kami nak berteduh ni? Zayyad terasa ingin menangis sekarang juga.

PIN PIN!

Zayyad memandang sebuah kereta yang meluncur kearahnya sebelum berhenti tepat di sebelahnya.

Pemandunya keluar.

"Fiz? " Zayyad berkerut, apa mamat ni buat dekat sini?

"Abi aku suruh ambil kau dengan Zahra. Dah masuk! " arah Syaqid.

"Tap-"

"Aku cakap masuk tu masuk lah! " terus dia masuk ke dalam kereta selepas mendengar nada marah Syaqid.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini? Dan macam mana kau tahu Aku kena.. " Zayyad mengantung ayatnya.

"Halau? Tanya adik kaulah." Selamba Syaqid.

Zayyad memandang adiknya di seat belakang dengan tajam. Zahra menunduk. Zayyad mendengus geram.

"Kau tak payah nak marahkan dia. Betulla apa yang dia buat tu, kau nak merempat tepi jalan ke? Mungkin bagi kau ok, tapi adik kau? Ada kau pikirkan pasal Zahra? Takde kan? Kau hanya pikir tentang diri kau yang tak nak terima bantuan orang lain. Kau sendiri cakap haritu. Hidup kena sentiasa menolong orang, mana lah tahu kita susah mereka pulak balas jasa kita. Sekarang ni kita orang tengah balas jasa lah ni. " datar Syaqid.

Zayyad terdiam.

"Tak payah kau nak fikirkan pasal tu. Buat sementara ni kau boleh duduk rumah kami. Kau nak keluar bila tu ikut kau. Abi nak balas jasa kau, aku dengan yang lain pun tak kisah." Syaqid memandang Zayyad sekilas.

Zayyad menunduk. Dia mengepal tangannya. Dia merasa dirinya tak berguna langsung. Adiknya yang seorang pun tak boleh jaga. Betul cakap Syaqid, dia langsung tak fikirkan Zahra. Dia abang yang teruk!










"Zahra! Adik akak! " Sophia terus menerpa kearah Zahra.

Zahra membalas pelukan Zahra. Sejak Sophia berkongsi novel dengannya hubungan mereka semakin rapat. Syafik pula rasa diadik angkatkan oleh Sophia.

"Ha sampai pun kamu Zayyad. Masuklah! Buat macam rumah sendiri, kamu gunalah bilik yang pernah kamu guna dulu. " pelawa pakcik Isaman.

"Terima kasih pakcik. " Zayyad menunduk.

"Takpyah panggil pakcik! Panggil abi je Zahra pun sama. " suruh Pakcik Isaman.

Terkedu Zayyad. "Ba-baik ab-abi.. " Zayyad tersenyum sayu.

"Aku pun sama panggil along je, kita kan satu keluarga" selamba Syahriq.

"Kalau aku, Zahra je yang boleh panggil angah kau tak boleh! Kita beza setahun je, geli aku. " Syaqid membuat gaya nak muntah.

"Eleh! Kau tetap lebih tua dari dia! Acah je lebih! " meluat Syafik.

"Kau diam budak! " Syaqid menjeling adiknya.

"Wait! Maknanya kau ni.... Kembar angkat Aku lah?! Eiwww! " Syafik berkerut tak suka.

"Tak yah layan budak pungut tu! Jom naik bilik akak. Akak ada beli novel baru. Keluaran terbaru tau! Limited edition pulak tu. "

Seperti biasa, terus berkepit dua orang tu.

"Woi abang! " panggil Syafik.

"Hah? Abang? Siapa? " blur pulak si Zayyad ni.

"Abang lah abang! " Syafik memandang Zayyad up down up down.

"Kau pehal budak! " Syaqid meluku kepala Syafik.

"Aduh sakitlah! Tak ah! Aku just curious, dia makan apa doh masa kecik? Bapak tinggi! Lebih tinggi dari lee kwang soo tu. " sehingga dia pun terpaksa mendongak sedikit, sebab dia paras bahu Zayyad je.

"Aahlah! Aku baru perasan. Kalau aku ni dah 180 kau berapa? " tanya Syaqid ingin tahu.

"197"

Ternganga semua.

"Tinggi nya! Kau makan apa sampai tinggi sangat ni!? Hampirr 200 siot!" Syaqid mengoncang bahu Zayyad tak puas hati.

"Aku makan apa yang korang makanlah. Nasi. Maybe ikut genetik kut? Zahra tu pun tinggi 165 walaupun dia remaja lagi. " Zayyad mengangkat bahu nya.

Selepas berkata dia terus berlalu naik ke atas.

Syafik memandang abangnya.

"Habislah kau bang! Ada saingan baru. " usik Syafik.

"Diamlah pndek! " cemuh Syaqid.

"Eh pendek apanya? Aku ni 176 tau! " Syafik berkerut, dia menghentak kaki bila Syaqid hanya berlalu pergi tanpa menghiraukannya.

"Dasar abang tak guna! "











•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now