Bab 13

918 46 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Abi menepuk-nepuk bahu Zayyad. Dia tersenyum.

"Kalau dah berjaya nanti jangan lupakan kami semua pula" usik Abi.

Zayyad tersenyum. "Insha'Allah..."

Syaqid dan Syahriq bersalaman dengan Zayyad. Syafik memeluk Zayyad.

"Gonna miss you brother" sedih Syafik.

Zahra memutarkan matanya. "Jijik!"

Syafik menjeling Zahra. "Jijik?"

"Ye jijik! Kenapa? Tak puas hati??" Provok Zahra.

"Kau...!" Syafik menunjuk penumbuknya.

Syaqid menepuk-nepuk bahu Syafik. "Enough enough. Dengan perempuan pun nak bergaduh?"

Syafik merengus. "Ck!"

Mata Zayyad meliar mencari kelibat Sophia.

"Err Sophia mana?"

"Eh a'ah la. Mana dia ek? Tadi cakap nak beli sesuatu."

"Good afternoon passengers. This is the pre-boarding announcement for flight 89B to Japan. We are now inviting those passengers with small children, and any passengers requiring special assistance, to begin boarding at this time. Please have your boarding pass and identification ready. Regular boarding will begin in approximately ten minutes time. Thank you."

"Tu dia dah panggil. Pergi je lah masuk cepat. Biarlah Pia tu." Suruh Abi.

Zayyad mengeluh. Dia sedikit terkilan."baiklah abi. Jom Ara."

Zayyad dan Zahra menarik luggage. Baru sahaja mereka ingin melangkah jeritan seseorang menghentikan mereka.

"Wait!" Sophia berhenti di sebelah abinya dengan termengah-mengah.

"Ha sampai pun kamu. Nasib sempat." Abi menggeleng kepalanya.

Zayyad tersenyum lega. Lega kerana dapat melihat wajah pujaan hatinya buat kali terakhir.

"Kenapa kak?" Tanya Zahra kepelikan.

Sophia memeluk Zahra erat. "Jangan putuskan hubungan dengan akak ye? Akak nak Ara selalu contact akak boleh?"

Zahra tersenyum. "Insha'Allah kalau tiada dugaan yang menghalang."

"Also, take this." Bisik Sophia. Dia menyerahkan satu kotak kecil secara sembunyi kepada Zahra.

"Apa ni?" Zahra turut berbisik.

"Bagi dengan abang awak bila dalam flight nanti. Akak minta tolong."

Zahra tersengih. "Ooo... Faham faham..."

Sophia tersenyum. Dia meleraikan pelukan. Matanya melihat Zayyad.

Sophia menghampiri Zayyad. Dia tersenyum kepada Zayyad.

"Nanti bawa balik isteri sekali ya?"

Zayyad terkedu. Isteri? Maaf saya tak dapat tunaikan permintaan awak.

"Insha'Allah akan saya 'usahakan" Zayyad tersenyum manis.

"Awak pun bila saya dah balik nanti saya nak tengok awak ber'suami'."

Ternaik kening Sophia. Dia mengangguk. "Well, we'll see..."

Mereka berbalas senyuman.

Syafik menggaru keningnya. Dia menyenggol bahu angahnya.

"Angah tak rasa pelik ke? Macam something je diorang ni."

Syaqid mengangguk setuju. "Biarkan je lah."

"This is the final boarding call for passengers booked on flight 89B to Japan. Please proceed to gate 3 immediately. The final checks are being completed and the captain will order for the doors of the aircraft to close in approximately five minutes time. I repeat. This is the final boarding call for passengers. Thank you." Ulang monitor.

"Dah dah. Pergi masuk. Terlepas flight nanti." Gesa abi.

Zayyad dan Zahra mengangguk. "Kami pergi dulu. Semoga kita diberi peluang untuk bertemu lagi. Insha'Allah. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Mereka semua melihat kelibat Zahra dan Zayyad memasuki balai berlepas.

Sophia tersenyum dalam diam. Saya akan tunggu awak, Zayyad Aqriz.












"Abang, nah kak Pia suruh bagi dekat abang." Zahra menyerahkan kotak hitam itu kepada Zayyad.

Zayyad mengambilnya dengan bingung. Hadiah?

"Bukalah! Buka buka!" Teruja Zahra.

Zayyad menolak kepala Zahra. "Penyibuk!"

Zahra mencebik. Matanya sedikit mengintai perbuatan abangnya.

Zayyad membuka kotak itu dengan berdebar. Terdapat cincin dan sepucuk surat didalamnya.

Zahra terlopong. Dia menutup mulutnya dengan tangan.

Akak proposed abang? Biar betul! Rare siot!

Zayyad terkedu. Dia mengambil surat itu dengan terketar-ketar.

Zayyad membuka lipatan surat itu dan membacanya.

Assalamualaikum Zayyad. Awak suruh saya lupakan tapi maaf kata-kata awak asyik berlegar-legar dalam fikiran saya.
Jawapan saya ialah,
Saya tak marah awak cintakan saya kerana saya pun rasa perasaan yang sama? Mungkin hehe...
Apa apa pun, awak perasan ada cincin sekali dalam kotak tu kan?
Kalau betul awak cintakan saya dan sanggup tunggu saya selama bertahun-tahun...
Sarung cincin tu dekat cari awak dan...
Isabella Sophia sah menjadi tunang kepada Zayyad Aqriz.
I know it sound kinda crazy hehe. But saya tengah tahan malu tau ni!! Pakai jelah cincin tu!
Bye! Saya harap jawapan awak tak menghampakan saya. Kalau tak memang saya terjun jambatan!

Zayyad tergelak kecil. Bukan main panjang surat dia. Tunang?

Zayyad mengambil cincin itu. Tanpa teragak-agak dia meyarungkan cincin silver itu ke jari manisnya.

Zayyad melihat cincin yang fit di jarinya. Dia tersenyum senget.

"You're mine" desisnya.

Zahra melihat Zayyad dengan keliru.

"Ada apa dengan cincin tu sampai abang tenung sambil sengih-sengih macam orang gila?"

Zayyad melihat Zahra. Dia tersenyum lebar.

"Ara."

"Ha?"

"Abang sayang kau! Thank you adikku!" Zayyad mencium sekilas pipi Zahra.

Terkejut Zahra. Dia mengesat pipinya laju.

"Disgusting!"

"Abang kau dah tunang dik" Zayyad tersengih.

Ternganga Zahra. "What?!"
















•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now