Bab 23

1.4K 47 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

7 Bulan Kemudian

"Sayang buat apa?" Zayyad datang memeluk tubuh Sophia dari belakang.

Sophia tersenyum. "Sayang tengah kemas barang-barang baby ni ha. Baby tak keluar lagi tapi barang dia kemain banyak."

Zayyad tersengih. Memang banyak pun. Barang yang dibelinya memang tak usah dicakap. Anak first kan? Belum ditambah lagi dengan hadiah abang-adik dan kawan-kawan mereka. Nenek dan abi juga turut memberi. Memang penuhlah bilik baby ni dengan barang-barang dia.

"Nak buat macam mana, rezeki baby." Tangan Zayyad menyentuh perut memboyot Sophia.

"Sayang dah fikir nama anak?" Tanya Zayyad.

Sophia menggeleng. "Belum fikir lagi. Tapi sayang nak huruf depan dia Z dan S."

Zayyad kelihatan berfikir. Jarinya mengetuk-getuk perut Sophia.

"How about... Zaydan Syaukan and Zayrin Syaurah?"

Kepala Sophia terangguk-angguk. "Cantik. Baru nampak macam twin. Sayang setuju."

Zayyad tersenyum. Ye, anak mereka kembar sepasang. Selepas mereka dapat tahu anak mereka kembar, terkejut bukan kepalang. Nak kata ada keturunan kembar, memang takde. Kuat juga dia ni...

"Sayang pergi berehat la, biar abang kemas. Sayang tu dah sarat. Seriau pula abang tengok perut besar sayang tu." Risau Zayyad.

Sophia tersenyum. Dia mengangguk. "Baiklah abang. Now, help me."

Zayyad membantu Sophia bangun. Disebabkan dah sarat, susah untuk Sophia pergi ke mana-mana tanpa bantuannya. Kalau dia berjalan pun tak sampai 5 minit dah termengah-mengah. Jalan pun dah serupa penguin.

Zayyad membantu Sophia duduk di katil. Dia menaikkan kaki Sophia di atas katil. Satu bantal diletak di belakang tubuh Sophia.

"Kalau nak apa-apa panggil je abang."

Sophia mengangguk. Zayyad tersenyum, dia mengucup dahi Sophia sebelum keluar dari bilik mereka dan masuk semula ke dalam bilik yang bakal menjadi bilik anak-anak mereka.











Dahi Sophia berkerut. Wajahnya sudah berpeluh-peluh.

"A-abang..." Sophia mencengkam tangan Zayyad yang sedang tidur.

"Kenapa sayang?" Zayyad bangun.

"Sayang rasa...dah nak be-beranak..." Semakin kuat dia mencengkam tangan Zayyad.

Membulat mata Zayyad. "Ya Allah, sayang tunggu kejap."

Zayyad melompat turun dari katil dan menukar pakaiannya. Selepas siap, dia kembali semula dan menyarungkan tudung di kepala Sophia.

"Barang baby ada dalam kereta kan?" Zayyad mengangkat tubuh Sophia dengan senang.

Sophia mengangguk. "Hurry up abang. Sakit!"

"Sabar sayang. Tahan jangan push kang terberanak dalam kereta ni."

"Sayang tahulah! Abang tu fokus memandulah! Sempat lagi dia berbual! Orang tengah tahan sakit ni! Semua ni salah abanglah! Tiba-tiba dapat kembar!"

"Ok abang sorry. Silap abang."

"Cepatlah!!"

"Ye ye sabar sayang! Jangan tarik rambut abanglah. Abang nak pandu kereta ni."

"Arghh sakit bang!"

"Aduh duh duh abang pun sakit yang! Botak abang kejap lagi."

...

Zayyad tersenyum melihat wajah suci kedua anaknya.

Nak tunggu dua orang budak kecil ni keluar sempat lagi beberapa helai rambut dia tercabut dek digenggam Sophia. Bukan dalam kereta je masa tengah push pun dia kena, bukan setakat rambut, baju dan tangan dia pun jadi mangsa.

Zayyad tergelak bila terfikir semula. Tergeleng kepalanya.

Berkerut dahi Sophia. "Kenapa abang tiba-tiba gelak ni?"

"Takde apalah sayang. Saja."

Zayyad menghampiri Sophia. Dia mengusap rambut Sophia.

"Terima kasih sayang sebab dah hadirkan dua permata kepada abang. I love you." Zayyad mengucup dahi Sophia.

Sophia tersenyum. Walaupun sakit sekalipun, asalkan untuk Zayyad 10 anak pun dia sanggup.

"I love you too"

Brukk!

"Mana anak fruit aku?" Rempuh Syaqid. Terkejut mereka berdua.

"Weh siut! Patut beranak awal! Kembar doh!"

"Weh Fik, kau nak yang mana? Ah takde takde, aku nak girl."

"Mana aci! Asal kau pilih dulu?"

"Korang ingat anak Pia ni barang ke nak pilih-pilih? Takde takde! Dua-dua milik Pia! Kalau nak buat sendiri."

"Alorh..."













•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now