Bab 10

966 37 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Sophia membuka sliding door. Berkerut dahinya melihat air kolam yang berkocak-kocak seolah ada penghuni yang bermain di dalamnya.

"Angah? Kau ke tu?" Tanya Sophia kerana yang selalu mandi di kolam ni Syaqid je.

Splash!

Satu tubuh tegap muncul dari dalam air. Terkedu Sophia.

"Zayyad?"

Zayyad tersentak. Dia melihat Sophia.

Mata Sophia bergerak menilik tubuh Zayyad. Laju dia menelan air liur.

"Eh Ya Allah Sophia!" Sophia laju membalikkan badannya membelakangi Zayyad.

Berkerut dahi Zayyad. "Awak kenapa Sophia?"

"Kenapa mandi pakai shirt warna putih??" Gugup Sophia.

Mata Zayyad laju melihat tubuhnya. Terbuntang matanya. Tembus pandang!

"Ya Allah sorry! Saya tak perasan." Zayyad menutupi bahagian dadanya.

"Ish pergi tukar baju sana!" Usai berkata, Sophia berjalan masuk ke dalam rumah dengan laju. Pipinya dah merah macam tomato.

Zayyad memejam matanya. Dia masuk semula ke dalam air. Telinganya habis merah.

"Malu woi!"

...

Sophia menampar-nampar pipinya lembut.

"Astaghfirullah! Astaghfirullah! Astaghfirullah al'azim Isabella Sophia! Setan keluarlah kau!"

Terkejut Zahra. Tak jadi dia nak kencing. Dia mendekati Sophia yang berjalan mundar-mandir.

"Akak dah kenapa? Buang tabiat ke?" Soalnya pelik.

Tingkah Sophia terhenti. Dia melihat Zahra dan mencebik.

"Ara~" Sophia memeluk Zahra.

Zahra terpinga-pinga. "Ke-kenapa?"

"Kenapa Ara tak cakap tubuh abang awak tu hot? Nak meleleh air liur akak tadi tau? Mayu mayu!" Rengek Sophia.

Tercengang Zahra. "H-hah?"

"Huarghhh! Akak mayu la!"









Mereka semua tercengang melihat makanan yang dihidangkan Sophia. Bermacam-macam hidangan dia buat.

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now