Bab 12

935 38 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Skip ke Hari last trip

Hari terakhir di negeri Kelantan mereka hanya bersantai di homestay dengan sedikit bbq party.

Splash!

Syafik dan Syaqid melompat masuk ke dalam kolam. Habis air memercik keluar.

"Afik! Angah! Basah lah!" Marah Sophia. Habis basah seluar palazonya. Sudahlah dia duduk betul-betul tepi kolam.

"Siapa suruh duduk tepi kolam? Nak healing konon! Tuih!" Ejek Syaqid.

"Healing kepala otak angah!" Geram Sophia.

"Sudah! Pia sini tolong along." Panggil Syahriq.

Sophia menghampiri tempat dimana Syahriq, Zayyad dan Zahra berada. Abi pula hanya tenang membaca surat khabar di kerusi kayu.

"Nah, Pia tolong kipas. Tangan along dah lenguh." Syahriq menyerahkan kipas plastik itu kepada Sophia.

Sophia memuncung. Dia pun tak suka la kipas-kipas ni. Bosan!

"Jangan nak muncung itik sangat! Tak elok! Along gunting muncung tu kan!" Ugut Syahriq.

Sophia mencebik. Sibuk je along dia ni!

Zayyad dan Zahra tersengih. Lucu pula dia tengok Sophia dibebel Syahriq.

"Apa sengih-sengih? Ingat cantik ke gigi tersusun kemas tu?" Dengki Sophia.

"Err... Akak period eh?" Tanya Zahra selamba.

"Hey! Apa ni main sebut je? Salotep mulut tu kang!" Garang Sophia.

"Hm betulla period." Terangguk-angguk kepala Zahra.

"Ara!"

Zayyad menyenggol bahu Zahra. Mulut adik dia ni celupar sangat.

Zahra tersengih. "Just kidding. Wak lek wak peace sistur!"

"Sejak bila urat Ara terputus ni? Biyol semacam je akak tengok." Selamba Sophia.

"Sampai hati akak kata Ara gila!" Rajuk Zahra.

"Kau memang gila pun! Kau je yang tak sedar!" Sampuk Syafik.

"Kau la gila, gila!" Balas Zahra.

"Mulut tu jaga! Abang cubit kang!" Tegas Zayyad.

Zahra mencebik. Dia pula yang kena.

"Awak janganlah marah dia." Serba salah pula Sophia melihat Zahra.

"Bukan marah tapi tegur. Kalau tak tegur kang melekat sampai ke besar. Budak-budak zaman sekarang bukan boleh biar. Mudah terpengaruh. Biar sikit mula la naik daun." Bebel Zayyad.

Terdiam terus Sophia. Macam mak-mak dah dia tengok gaya si Zayyad ni.










Sophia keluar dari biliknya dan turun ke tingkah bawah. Dia baru sahaja habis mengemas barang. Kerana mereka akan bertolak pagi esok jadi dia kemaslah awal.

Terkejut dia melihat lembaga berbaju putih sedang duduk di sofa. Sudahlah gelap.

Tap!

Ruangan mula terang dengan cahaya dari lampu.

Tersentak Zayyad.

"Zayyad? Awak buat apa malam-malam dekat sini?" Sophia menghampiri Zayyad.

Dia duduk di sofa yang bersebelahan dengan sofa yang diduduki Zayyad.

Zayyad tersenyum nipis. Dia menggeleng. "Saja"

"Kalau ya pun, bukalah lampu. Nak luruh jantung saya. Sudahlah pakai baju warna putih."

"Sorry" perlahan Zayyad, hampir tidak terdengar suaranya.

"Awak kenapa ni? Mesti awak ada masalah. Cuba cerita dekat saya." Lembut Sophia.

Zayyad melihat Sophia. Dia menggenggam tangannya kuat.

"Kalau saya cakap saya cintakan awak, awak marah tak?"

Tergamam Sophia. Apa dia cakap? Dia cintakan aku? Crush aku suka aku? Wow!

Melihat tiada balasan dari Sophia, Zayyad mengeluh.

"Lupakan apa yang saya cakap."

Murung semula Sophia dibuatnya. Dia main-main je ke?

"Actually peguam arwah nenek saya mesej saya ajak berjumpa. Dia kata ada wasiat yang ditinggalkan nenek untuk saya." Beritahu Zayyad.

"Peguam? Nenek? Wasiat?" Sebut Sophia perlahan. Macam tipikal kisah dalam novel je. Eh apa aku mengarut ni?

"Habis tu? Yang awak tak keruan sangat ni kenapa?" Pelik Sophia.

Zayyad menunduk. "Dia kata, saya dan Ara mungkin akan tinggalkan negara Malaysia selama 2 tahun."

Tergamam Sophia. Kena tinggalkan Malaysia? Maksudnya...

"Awak akan tinggalkan kami la?"

"Mungkin ya... Dia kata dia akan bantu Ara untuk sambung belajar. Saya inginkan yang terbaik buat Ara." Pelan Zayyad.

Sophia tersenyum nipis. Walaupun dia sedih tapi ni untuk kebaikan mereka berdua. Mungkin kehidupan mereka akan jadi lebih baik.

"Itu keputusan awak. Saya hormat. Awak bincanglah dengan abi bila balik kl nanti." Sophia berdiri.

"Saya nak masuk bilik dah ni. Awak pun tidurlah awal sikit."

Zayyad mengangguk. Dia menunduk. Sophia sudah berlalu ke tingkat atas.

"Haih..."











•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now