Bab 18

1K 45 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

"Sayang bangun kejap. Makan ubat tahan sakit ni." Zayyad membantu Sophia bangun. Tubuh Sophia bersandar di dada bidang Zayyad.

"Buka mulut" Zayyad memasukkan dua biji ubat ke dalam mulut Sophia. Air pula dibawa ke bibir Sophia. Sophia meneguk air sehingga habis.

Zayyad memasukkan tangannya kedalam baju Sophia. Dia mengurut perut Sophia lembut. Pertama kali sentuh kulit Sophia agak kekok untuknya tapi keadaan dah terdesak. Sophia pula tiada tanda-tanda ingin menolak tangannya.

Sophia memejam mata dalam keadaan dia yang masih menyandar di tubuh Zayyad. Dibiarkan tangan Zayyad bergerak di perutnya. Sakitnya secara perlahan berkurang.

"Dah kurang sikit?" Tanya Zayyad.

Sophia mengangguk. Zayyad tersenyum. Dia bahagia dapat mengurangkan rasa sakit isterinya walaupun sikit. Dia mengucup dahi Sophia. Tangannya masih mengurut perut Sophia.

Secara tak sedar Sophia sudah terlelap di dalam pelukan Zayyad.

"Comel betul isteri aku ni. Sleep well sayang, please jangan sakit-sakit lagi. You break my heart, cantik."











Sophia tersedar dari tidurnya. Pipinya berona apabila perasan tangan Zayyad masih di perutnya. Patut hangat semacam.

Matanya melihat jam. Pukul 4 pagi. Terlalu awal la pula. Tapi alang-alang dah bangun.

Sophia mengeluarkan tangan Zayyad dari bajunya dengan perlahan.

"Erm" rengekan kecil keluar dari mulut Zayyad. Matanya tercelik.

Terkelu lidah Sophia. Tubuhnya sudah kaku.

Zayyad tersenyum manis dengan matanya yang sedikit menyepet. Muncul dimple yang menjadi kegemaran Sophia.

"Sayang dah okay? Sakit lagi tak?" Tanya Zayyad.

"Erk, I'm okay. Thank you abang." Sophia tersenyum kecil.

"My pleasure, pretty." Zayyad sedikit menggeliat sebelum dia duduk bersila. Matanya masih tertutup.

Sophia menahan senyumannya. Entah kenapa dia nampak suaminya ni comel je. Dengan rambut serabainya. Ni bukan man tapi boboy.

"Sayang. What time is now?" Tanya Zayyad dengan mamai.

"It's 4 am, abang."

Zayyad menenyeh-tenyeh matanya. Dia merebahkan kepalanya di peha Sophia.

"Awal lagi"

"Abang tidurlah" Sophia bermain-main dengan rambut Zayyad yang sudah dipotong pendek. Ni barulah Zayyad yang dia kenal. Kemas.

"Tak ngantuk hm" keluh Zayyad.

"Nak dengar saya bercerita?"

Zayyad mengangguk. "What story?"

"Rama-rama dan lalat"

Berkerut dahi Zayyad. Cerita apa tu?

"Nak dengar tak?"

Zayyad tetap mengangguk. "Nak" dia berbaring secara melentang supaya dapat melihat wajah Sophia dari bawah. Kepalanya masih di riba Sophia.

"Di satu kampung, ada sepasang sahabat yang sangat rapat. Mereka selalu meluangkan masa bersama. Si gadis bernama rama-rama dan si jejaka bernama lalat. Mereka sangat rapat sampai tak boleh dipisahkan." Cerita Sophia.

Zayyad mendengar dengan tekun.

"Tapi rama-rama dan lalat terlalu banyak perbezaan. Rama-rama seorang gadis yang sangat dikenali semua penduduk kerana kecantikan dan kebaikannya. Lalat pula seorang penduduk yang tidak diketahui kehadirannya."

"Walaupun begitu, hubungan mereka sangat erat. Tapi sampailah pada suatu hari, lalat dihina teruk oleh penduduk kampung. Mereka menggelarnya sampah. Lalat sangat malu dan mula rendah diri. Dia mula menyembunyikan diri dari dunia luar."

"Si rama-rama yang yang tidak mengetahui apa yang berlaku mula mendakwa bahawa si lalat tidak lagi ingin berteman dengan dia. Jadi si rama-rama mula mencari rakan baru. Rakan barunya bernama bunga."

"Apa yang terjadi dekat lalat tu?" Tanya Zayyad.

Sophia tersenyum nipis. "Lalat mati tanpa disedari sesiapa kecuali rama-rama. Rama-rama mula sedar, dia dapat tahu apa yang dihadapi lalat. Rama-rama mula berpikir bahawa manusia terlalu toxic. Mereka hanya memandang keindahan luar daripada apa yang tersimpan di dalam hati kita."

Zayyad terdiam.

"Abang faham apa yang saya cuba sampaikan?" Sophia menunduk melihat Zayyad.

Zayyad tersenyum. Dia mengangguk.

"Kalau abang jadi lalat, apa yang abang akan lakukan?" Tanya Sophia.

"Kalau abang di tempat lalat, abang akan teruskan melakukan kebaikan walaupun abang dipandang hina. Kerana cukup kita cantik dan sempurna di mata Allah SWT. Kerana abang hidup bukan untuk mereka tapi untuk diri abang sendiri. Walaupun seteruk apa pun ujian yang mendatang, abang akan tetap bertahan. Kerana abang ada Allah." Tutur Zayyad panjang.

Sophia tersenyum. Dia mengusap rambut Zayyad lembut. Inilah yang dia suka akan diri Zayyad. Selalu bertahan walaupun keadaan seteruk macam mana pun.

"I'm proud of you, abang."















•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now