Bab 9

897 43 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

"Sedapnya kek batik ni. Pia buat ke?" Tanya Syahriq.

"Tak lah. Zayyad yang buat."

"Yad pandai masak ke?" Tanya Abi.

Zayyad tersenyum nipis. Dia mengangguk. "Saya memang pandai masak tapi setakat masakan kampung jelah."

"Bagus juga kau ni. Sesuai dah jadi calon suami." Usik Syaqid.

"A'ah. Calon suami akak" Syafik tersengih.

"Calon suami celah mana kau? Mengarut je!" Merah pipi Sophia dibuatnya.

Zayyad mengusap lehernya canggung. Zahra melihat abangnya, tiba-tiba dia terperasan sesuatu.

Zahra tersengih. Dia berbisik kepada abangnya.

"Telinga abang merah sangat tu. Cover sikit." Usik Zahra.

Terkejut Zayyad. Laju dia menutup telinganya.

"Sudah-sudahlah. Membahan je kerja korang ni. Along nak pergi balai dah ni." Pamit Syahriq yang merupakan Inspektor.

"Eh a'ahlah! Aku dah lambat ni. Lupa pula shif pagi. Angah pergi dulu." Syaqid mengambil begnya.

Syaqid dan Syahriq bersalaman dengan abi dan Zayyad. Mereka berdua menghampiri Syafik dan Sophia.

Mereka berdua menyalami abang-abang mereka. Syahriq mencium dahi Sophia.

"Along pergi dulu. Oh ya, along rasa along tak balik kut hari ni. Ada kes." Beritahu Syahriq.

Sophia mengangguk.

"Fik, kau nak tumpang angah tak?" Pelawa Syaqid.

Syafik menggeleng. "Awal lagi ni."

"Pia hantar Afik sekali dengan Ara. Angah pergi jelah hospital sana. Lambat nanti."

Syaqid mengangkat bahunya. "Suka hati koranglah. Angah pergi dulu. Assalamualaikum!"

"Along pun. Assalamualaikum" Syahriq dan Syaqid melangkah keluar dari rumah.

"Waalaikumussalam!"

"Yad tak pergi kerja ke?" Tanya Abi.

Zayyad melihat abi. "Tak Abi. Saya kerja malam. Tapi Saya nak keluar cari kerja. Baru kena pecat."

Abi mengangguk. "Tak penat ke ada 2 pekerjaan?"

Zayyad tersenyum nipis. "Penat tu memanglah penat. Tapi nak buat macam mana, nak hidup senang kenalah berusaha kan? Tak semua benda boleh datang macam tu je. Kalau bukan saya, siapa nak tanggung kami dua beradik?"

Zahra menunduk. Dia mencebik sedih. Kalau la dia boleh tolong abangnya. Tapi Zayyad awal-awal dah pesan untuk tumpukan perhatian kepada pelajaran.

Abi menepuk bahu Zayyad perlahan. "Kalau ada masalah tentang hal keuwangan, beritahu je abi. Abi akan tolong apa yang mampu."

Zayyad tersenyum. "Insha'allah buat masa ni saya mampu lagi."

Sophia tersenyum dalam diam. Syafik menyenggol bahu kakaknya. Dia tersenyum mengusik. Sophia menjeling.

"Sibuk je!"








"Hoi minah! Kenapa kau datang sekali dengan Hiz?" Tanya Fatty aka Fatimah.

Zahra mengeluh. "Kami terserempak tengah jalan. Sebab tu kakak Hiz suruh tumpang." Tipunya.

"Habis tu? Tolak jelah! Tu pun nak kena ajar ke?! Kau tak layak untuk naik kereta Audi tu tahu tak?! Kau tu sampah! Sedar diri sikit!" Fatty menunjal dahi Zahra.

Zahra hanya diam. Jujur walaupun dia sudah lali dengan hinaan mereka, hati dia tetap rasa sakit. Hina sangat ke dia sampai digelar sampah?

"Sudahlah tu Fatty. Nanti cikgu Kartini serang kang." Halang Mimi aka Maimunah.

"Lantaklah dengan cikgu disiplin tu! Dah lah tahi lalat kemain besar. Geram aku nak picit!" Geram Fatty.

Zahra menggeleng kepalanya. Tak habis-habis nak mengutuk cikgu Tini tu.

"Kau ambil buku aku ni! Jangan ada jawapan yang salah! Kalau tak siap kau!" Fatty melempar buku tulisnya ke wajah Zahra.

"Hoi, Fatimah!" Jerkahan seseorang mengejutkan mereka bertiga.

Syafik menghampiri mereka dengan muka bengis. Dia mengambil buku yang dilempar Fatty.

"Kau ni takde tangan ke sampai nak suruh orang buatkan? Ke kau bodoh sangat?" Perli Syafik.

"Kau ambil buku kau ni dan blah!" Syafik melempar buku itu ke Fatty.

"Ala you-"

"Blah!!" Tengking Syafik.

Mimi menarik tangan Fatty. "Sudahlah tu. Jomlah! Ramai orang tengok ni."

Fatty merengus kasar. Dia melihat Zahra tajam.

"Kau jangan ingat-"

"Jangan ingat apa?! Aku cakap berambus kan? Tak faham bahasa ke?! Aku tampar kang berjerebu sekolah ni nanti! Blah!!" Jerkah Syafik cukup untuk buatkan mereka yang melihatnya berasa seram.

Fatty dan Mimi terus pergi dengan muka tahan malu.

Syafik mengeluh kasar. Dia melihat Zahra.

"Sampai bila kau nak duduk tercongok dekat situ? Bangun! Nanti aku report dengan abang Yad kau kena buli. Nak?" Ugut Syafik.

Zahra menggeleng laju. "Janganlah..."

"Dah tu? Cepat! Rehat sekali dengan aku." Syafik jalan mendahului Zahra.

Zahra terkedek-kedek mengikuti langkah laju Syafik.

"Afik tunggulah!"

"Cepatlah pendek!"










•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now