Bab 15

1K 42 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

"Assalamualaikum. Salam perkenalan semua." Dia tersenyum.

Sophia terkedu. Dia... Ah! Tak mungkinlah! Sophia menunduk.

"Waalaikumussalam Encik Riz!"

Nini sudah meleleh air liur. Dia menggoyang-goyangkan tangan Sophia teruja.

"Saya Zayyad Aqriz akan mula berkhidmat sebagai bos baru kamu semua. Mohon kerja sama." Zayyad menunduk sedikit.

"Mohon kerja sama!" Yang lain turut menunduk.

Sophia tersentak. Matanya mengintai jari manis Zayyad. Cincin! Memang dia!

Zayyad meliarkan matanya melihat pekerja-pekerja. Matanya terpaku kearah seorang gadis yang menunduk. Dia tersenyum dalam diam.

"Now Saya nak kamu semua perkenalkan diri. Cukup nama panggilan. Walaupun Saya tahu Saya tak akan ingat semuanya." Suruh Zayyad.

Zana mengangguk. Dia menunduk sedikit. "Saya Zana, manajer syarikat."

Zayyad mengangguk. Seterusnya terus berlanjut. Nini tersengih bila sampai gilirannya.

"Saya Nini! Panggil sayang pun takpe" Nini tersengih gatal.

Zayyad menunjuk jari manisnya dengan datar. "Sorry. Dah berpunya."

'Ark! Kena reject terus!'

Yang lain menertawakan Nini dalam diam.

"Awak? What is your name?" Tuju Zayyad kepada Sophia.

Sophia tersentak. Ha sudah! Macam mana ni? Sudahlah aku ajak dia tunang! Wait! Maknanya dia tunang aku la sekarang? Wahh-eip! Ni bukan masanya untuk bergembira. Dia bos kau sekarang!

"Little lady? What's your name?" Ulang Zayyad.

Nini menyenggol Sophia. Boleh pula dia mengelamun depan bos.

Sophia tersedar. Tangannya digenggam satu sama lain.

"Sa-saya Bel..." Perlahan Sophia.

"Bel... Saja? Boleh panjang sikit?" Usik Zayyad.

Sophia mengetap bibirnya. Dia membongkok pantas. "Maafkan saya! Saya nak pergi ke tandas!"

Dia terus berlari pantas masuk ke dalam toilet.

Mereka semua hairan dengan tingkah pelik Sophia.

Zayyad tergelak kecil. Tergeleng kepalanya. Shy huh?

"Baiklah semua boleh balik ke tempat masing-masing. Lakukan tugas seperti biasa!" Tegas Zayyad.












Sophia melihat wajah merahnya di cermin. Dia menekup kedua pipi.

"Kenapa? Kenapa dia balik selepas 3 tahun? Kenapa dia boleh jadi bos di tempat kerja aku? Dia cucu orang kaya? Kenapa dia muncul sekarang??"

Sophia membilas wajah bersihnya dengan air. Kepalanya mendongak melihat pantulan dirinya di cermin.

"Dan..."

"Apa yang dah jadi dengan gaya rambut dia tu? Kumis dan janggut halus lagi! Dia tak jaga pernampilan ke dekat sana?" Jengkel Sophia.

Sophia mengeluh. Dia mengelap wajahnya.

"Haih... Nampaknya memang aku akan jalani hari-hari yang susah di tempat kerja. Nak ke taknak kerja tetap kerja." Sophia menampar pipinya perlahan.

"You can do it Isabella Sophia! You can do it!" Tiba-tiba dia berasa bersemangat pula.

...

Sophia kembali semula ke meja kerjanya.

"Kenapa dengan kau? Tiba-tiba nak pergi tandas?" Soal Nini.

Sophia tersenyum palsu. "Sakit perut"

Nini mengangguk percaya. "Oh btw, Encik Riz suruh kau masuk office dia. Kata ada kerja yang dia nak serah."

Sophia terlopong. Mati dia. Mati! Kenapa mamat tu? Buat-buat tak kenal tak boleh ke?

"A-ah ok. Thanks for telling me."

"No problem"

Usai itu Sophia dengan lemah berjalan untuk ke pejabat Zayyad.

Kenapa? Kenapa? Kenapa dan kenapa?!

Sophia melihat nama yang tentera di pintu pejabat Zayyad.

Mr. Zayyad Aqriz...

Dia mengeluh. Tangannya mengetuk pintu pejabat tiga kali.

"Come in" terdengar suara garau Zayyad menyuruhnya masuk.

Sophia menarik nafas panjang sebelum memusing tombol pintu.

Krekk...

Dia masuk ke dalam dan melangkah menghampiri. Kakinya berhenti tepat di depan meja kerja Zayyad.

"Yes Encik Riz. Nak apa dari saya?" Sophia cuba untuk tenang.

Zayyad membalikkan kerusinya menghadap Sophia. Tangannya dipangku di atas meja.

"Assalamualaikum tunangku. Long time no see. How are you?" Zayyad tersenyum manis.

"Wa-waalaikumussalam..." Tergagap-gagap Sophia.

Zayyad menyegetkan kepalanya. "Kenapa hm? Awak tak rindu saya ke sayang?"

Darah menyerbu ke muka Sophia. Sa-sayang?! E-eh!

Zayyad tersengih. Dia menunjukkan jari yang tersarung cincin.

"Saya terima awak. Rasanya dah 3 tahun saya tunggu awak. Boleh kita kahwin sekarang?" Selamba Zayyad.

"Hah?! Ka-kahwin?!" Kaki Sophia tiba-tiba melemah. Pandangannya kabur-kabur.

"Apa yang dah jadi...ni?..."

Buk!

"Ya Allah Pia!"
















•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now