Bab 16

1K 41 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Sophia mencelikkan mata. Dia melihat siling biliknya.

"Mimpi ke?" Tangannya direbah ke dahi.

"Kenapa macam real sangat?" Sophia mengeluh. Tanpa sedar dia sedikit berharap mimpi itu nyata.

"Pia dah bangun?" Abi masuk kedalam bilik Sophia.

Sophia lantas berdiri. "Hm. Btw, apa yang dah jadi?"

Berkerut dahi abi. "Pia tak ingat? Pia pengsan dekat tempat kerja. Yad yang tolong hantarkan Pia."

Terbuntang mata Sophia. Yad? Zayyad?! Maknanya tu bukan mimpi?

"Ma-mana dia?" Tanya Sophia gugup.

"Zayyad ke? Dia dah balik rumah dia lepas hantar Pia. Abi tak sangka dia dah berjaya untuk ubah hidup dia." Abi tersenyum kagum.

Sophia tersenyum nipis. Kagum tu kagum tapi kenapa di tempat kerjanya?!

"Pia pun kenapa tak cerita dekat abi?"

Dahi Sophia berkerut. "Cerita apa?"

"Pasal Pia bertunang dengan Yad 3 tahun lepas. Senyap-senyap ye Pia ni. Tak bagitahu abi pun." Usik Abi.

Pipi Sophia memerah. "Ma-mana abi tahu?"

"Yad yang cerita. Bukan main happy dia ceritakan cara Pia ajak dia bertunang. Abi tak tahu pula anak perempuan abi ni tak penyabar." Abi tersengih.

"Ma-mana ada!"

"Yad dah ajak kahwin ke belum? Ke Pia juga nak lamar dia? Kalau nak boleh je abi pergi merisik dia." Usik Abi.

"Abi~sudahlah! Pia malu lah..." Rengek Sophia. Dia menutup mukanya dengan bantal.

Abi tergelak. Dia mengusap kepala Sophia lembut.

"Umur Pia dah masuk 27 tahun. Dah sampai masanya abi serahkan Pia kepada lelaki yang bertanggungjawab." Tutur Abi lembut.

"Apa maksud abi?"Sophia melihat abinya dengan bingung.

Abi tersenyum. "Zayyad dah minta kebenaran abi untuk memperisterikan Pia. Abi setuju. Sekarang kena minta persetujuan Pia. Perkara baik elok dipercepatkan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini."

Sophia menunduk. Dia rasa ragu-ragu untuk terima.

"Sayang, Zayyad tu lelaki yang paling sesuai untuk Pia. Abi yakin dia mampu bimbing Pia. Kalau umi masih hidup mesti dia sukakan Yad juga. Kenapa nak ragu-ragu lagi? Pia cintakan dia kan?" Lembut Abi bertanya.

Sophia mengangguk perlahan. Abi tersenyum.

"Abi yakin Pia akan bahagia bersama Yad. Dia kelihatan betul-betul sayangkan Pia. Buktinya dia mampu tunggu Pia selama 3 tahun di negara orang luar. Terima ya sayang? Abi teringin nak tengok Sophia berada di pelamin." Pujuk abi.

Sophia tersenyum nipis. Dia mengangguk lambat-lambat.

"Pia terima."

Abi tersenyum lega. "Alhamdullillah... Nanti abi bincang tarikh nikah dengan Zayyad."

Sophia mengangguk. Dia termenung. Kahwin? Dengan Zayyad? Betul ke keputusan dia ni?











Sophia menghidangkan air kepada mereka di ruang tamu. Matanya melihat Zayyad sekilas.

Dia kembali ke dapur untuk membuat makan malam dan membiarkan para lelaki membincang.

"Dari tadi abi tak nampak Ara. Mana dia?" Tanya Abi hairan.

"Ara tak balik. Bila dah habis belajar baru dia boleh balik sini. Itu pesanan nenek."

Abi mengangguk.

"Afik pula?"

"Sama la dengan Afik. Dia ada dekat Johor. Sambung belajar sana."

"Ouh"

"Kita tunggu Aqid dan Syah ye? Kejap lagi sampai la tu."

Zayyad mengangguk.

Vroom! Vroom!

"Ha tu sampai pun."

Syaqid dan Syahriq masuk secara serentak ke dalam rumah. Zayyad berdiri.

"Yow Yad! Lama tak jumpa!" Syaqid memeluk Zayyad cara lelaki. Zayyad menepuk bahu Syaqid.

Syahriq menghulurkan tangan. Zayyad menyambutnya.

"Sihat?"

"Alhamdullillah masih diberi kesempatan untuk berdiri." Zayyad tersenyum.

"Syukurlah. Marilah duduk."

Mereka bertiga mula duduk di sofa.

"Along dengar Yad nak kahwin dengan Pia?"

Zayyad mengangguk. "Saya taknak perkara buruk berlaku sebelum dia jadi hak milik saya."

Syahriq tersenyum. Dia memang seratus peratus setuju kalau orangnya Zayyad.

"Weh aku dengar Pia yang ajak kau tunang. Betul ke?" Usik Syaqid.

"Angah!" Jeritan Sophia mengeluarkan tawa dari mulut mereka.

Zayyad tersenyum nipis. Dia mengangguk. "Dia yang ajak tunang jadi yang ajak kahwin mestilah saya kan? Fair fair situation."

Syaqid mengangguk-angguk.

"Sekarang Pia pun dah setuju. Boleh kita proceed?" Sampuk Abi.

Mereka bertiga mengangguk.

"Angah dan along bila dapat cuti?" Tanya Abi.

"Kalau angah, bulan depan."

"Along pun sama. Cuma 2 hari jelah dapat cuti."

"Hm Afik cuti dia pun bulan depan tapi... Tak rasa cepat sangat?" Abi melihat Zayyad.

"Nak buat macam mana abi, masa tu je dapat cuti. Selepas tu jadual penuh"

Syaqid mengangguk setuju.

"Zayyad takpe ke? Sempat?"

Zayyad mengangguk. "Lagi cepat lagi bagus."

"Baguslah kalau Yad pun dah setuju. Nak buat buat majlis sekali ke?"

Zayyad mengangguk. "Saya nak semua orang tahu yang Pia sudah menjadi hak milik saya."

"Uuuu~"

Abi tersenyum. "Baiklah. Abi akan tolong yang termampu."

Sophia di dapur tersentak. Semua orang? Maknanya sekali dengan kawan sekerjanya?! Mampus!















•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now