Bab 5

990 42 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Ting Tong!

"Assalamualaikum! " laung seseorang.

"Tu mesti abang Zahra. Kejap akak pergi buka. " Sophia terus berlalu ke pintu.

"Waalaikumusalam, awak ab-" terhenti percakapannya setelah melihat manusia di hadapannya begitu juga dia.

"Awak? " serentak keduanya.

"Pia? Kenapa lama sangat kamu dekat pintu ni? Abang Zahra dah sampai ke? " tegur pakcik Isaman, dia melihat lelaki di pintu.

"Zayyad? Kamu ke abang si Zahra ni? Ya Allah kecilnya dunia ni. Meh masuk rumah pakcik dulu. " Pakcik Isaman terus menarik Zayyad tanpa mendengar persetujuan tuannya.

Sophia masih terdiam di tempatnya.

"Pia! Kamu buat apa tercongok depan pintu tu? Masuk cepat! " laung Pakcik Isaman.

Sophia tergopoh-gopoh menutup pintu setelah tersedar.









"Kami balik dulu pakcik, dah malam ni. " pamit Zayyad.

"Eh tidur jelah kat sini. Banyak bilik kosong. Tak elok kamu balik berdua malam-malam ni, dengan motor pulak tu. " pelawa Pakcik Isaman.

"Err.. Takpe lah pakcik susahkan pakcik je." Tolak Zayyad sopan.

"Takde susahkan pun! Kalau kamu tak tidur sini, pakcik merajuk. " acah Pakcik Isaman.

Zayyad menggaru kepalanya, nak merajuk pula.

Sophia menahan ketawanya manakala adik serta kedua abangnya sudah terbahak-bahak ketawa.

"Apa abi kata tadi ngah?" Sengaja Syahriq.

"Nak merajuk katanya hahaha! " ejek Syaqid.

"Tak sedar dirilah abi ni! Buruk kalau abi merajuk. " Syafik sudah terbaring di lantai dengan menekan perutnya.

Pakcik Isaman menjeling anak lelakinya dengan geram.

"Diamlah tiga ekor beruk! " kutuknya selamba.

Terkedu ketiga lelaki tu dibuatnya.

"Auch! Sampai hati abi kata kita orang beruk. Kalau kita orang buruk maknanya abi tu ayah kepada beruk. " usik Syaqid.

Semakin senak perut Syahriq dan Syafik dengan usikan Syaqid. Sophia teesengih.

"Bertuah punya budak! Aku pulak yang kena balik! " pasrah jelah dia dapat anak perangai beruk ni.

Zayyad dengan Zahra hanya memerhati dengan pandangan sayu, sesungguhnya mereka rindu suasana macam ni.

Sophia yang perasan perubahan wajah mereka terus memeluk bahu Zahra.

"Zahra tidur la sini. Sebilik dengan akak. Akak akan jadi kakak awak, Zahra pun ada abang je kan? Akak teringin nak adik perempuan tapi yang keluar lelaki murung setahun akak tengok muka dia. Dah la hodoh!" Gurau Sophia untuk menceriakan suasana.

"Amboi kau kak! Kemain eh? Ha kau jangan nak rampas kakak aku pulak! Harini aku bagi tapi lain kali jangan harap! Dia kakak kesayangan aku tau!" Syafik menjeling dua gadis didepannya dengan geram.

"Ceh! Tak yah dengar budak baru keluar hospital gila tu. Jom masuk bilik akak! Akak ada banyak novel tau! Mafia lagi! Hot hot tau! " umpan Sophia.

"Ye ke kak!? Wah!! " mata Zahra mula bersinar, dia memang suka baca novel tapi tu la tak berkemampuan.

Para lelaki hanya melihat kedua gadis tu berlalu keatas tanpa menghiraukan sekeliling.

Pakcik Isaman memandang Zayyad yang tercenggang. Dia tersengih.

"Nampaknya kamu takde pilihan lain."

Zayyad tersenyum nipis. Nak tak nak dia kena bermalam di sini. Dia tak nak adiknya sedih tak dapat baca novel, dia tahu novel yang diigini Zahra tapi dia tak boleh belikan kerana dia perlukan uang untuk membayar sewa rumah serta uang pembelanjaan Zahra. Zahra hanya dapat novel ketika hari lahirnya saja tu pun novel terpakai.



















•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now