Bab 4

972 39 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Zahra menunduk menahan tangis.

"Woi miskin! Sebab kau aku dapat denda tau! Kenapa kau buat salah hah?! Kau sengaja kan!? " tengking gadis sebaya dengan Zahra.

"Kenapa diam?! Jawablah bengap! " Gadis tu menolak kepala Zahra kasar.

"Say-saya tak tahu.. " balas Zahra takut-takut.

"Oh kau tak tahu ye...... Sini biar aku buat kau tahu. " gadis tu perlahan mendekati Zahra.

"Ja-jangan.. " takut-takut Zahra mengundur ke belakang.

Gadis tu tersenyum sinis. Dia menarik kepala Zahra kasar dan menumbuk muka Zahra kasar sehingga hidungnya terkeluar darah.

"Arghhh! Sakit! Berhenti! " Zahra menangis.

"Apa? Nak lagi? Oh boleh je! " Gadis tu mula menumbuk serta menendang perut Zahra berulang kali. Dia mengambil kayu keras dan memukul Zahra dengan menggila.

"Sa-akit... " Zahra merasakan kesakitan yang luar biasa di badannya. Badannya mula mengeluarkan darah kerana kayu yang digunakan gadis itu mempunyai paku berkarat.

Gadis itu berhenti selepas melihat Zahra yang sudah nyawa-nyawa ikan. Dia menyepak kepala Zahra kuat sebelum melarikan diri.

Pandangan Zahra mula kabur. Perkara terakhir yang dia lihat sebelum matanya tertutup ialah kelibat  seorang lelaki.

"Ya Allah! " hanya itu yang didengar sebelum dia tak sedarkan diri sepenuhnya.










"Ya Allah Isahizri Syafik! Anak dara siapa yang awak bawa balik ni?! Dengan keadaan berdarah lagi! " kalut Sophia mendekati adik bongsunya.

Syafik meletakkan perlahan gadis yang diselamatinya di sofa panjang.

"Angah! " panggil Sophia.

Sementara menunggu Syaqid turun, Sophia mendekati gadis yang tidak sedarkan diri tu. Terkejut juga dia tengok, teruk sangat kecederaan dia ni.

Kelihatan Syaqid menuruni tangga. Syaqid mendekati kedua adiknya. Terkejut dia melihat di sofa ada seorang gadis yang terluka parah.

"Angah, kau rawat dia cepat! " gesa Sophia, dia sesenang tu serahkan rawatan ni sebab angahnya yang seorang ni doktor, kalau tak jangan harap dia nak benarkan.

"Ye ye sabar! " Syaqid naik keatas untuk mengambil barangnya sebelum turun semula.

Dia mula merawat gadis tu.










"Ergh!" Zahra mula membuka matanya secara perlahan, dia menutup semula akibat silau, kemudian dia mencelikkan kembali.

Zahra berkerut memandang sekeliling. Aku kat mana ni?

"Awak dah sedar? " tegur suara lunak tiba-tiba.

Terkejut Zahra. "Aw-awak siapa? "

"Tenang. Akak kakak kepada orang yang selamatkan awak. Sekarang awak dekat rumah kami. Abang akak yang rawat awak. " terang dia.

"Lama ke saya tak sedar? " tanya Zahra ingin tahu.

"Tak lama sangat sehari je. " balas dia selamba.

Terbuntang mata Zahra. Sehari?!

"A-kak... Nak pinjam fon boleh? " minta Zahra malu.

"Boleh je. Nah. " dia memberikan telefon iPhone X nya kepada Zahra.

Zahra terus menaip nombor abangnya.

"Hello? Assalamualaikum. Siapa ni? " tanya orang disebelah talian.

"Abang ni Zahra. "

"Ara?! Kau pergi mana hah sehari tak balik?! Risau abang tahu tak?! " marah dia.

"Ara ada dekat rumah kawan nanti Ara share location. "

"Ermm cepat sikit! "

"Ye abang."

TUP!

Panggilan terus terputus.

"Kak boleh tolong hantarkan location rumah ni dekat abang saya.? " minta Zahra.

"Boleh kejap akak share. Ok dah! "

"Thank you akak!"

"No problem. "












•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now