Bab 21

1.1K 42 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

"Hai"

Sophia melihat lelaki yang baru sahaja menegurnya. Ternaik keningnya.

"Yes? Need help?"

Lelaki tersenyum. Dia mengangguk. "Saya masih baru lagi. Baru minggu lepas masuk. Jadi masih belum khatam lagi tempat-tempat di syarikat ni."

"Oh. Jadi awak cari apa?" Tanya Sophia.

"Saya cari stor. Kak Zana suruh ambil barang dalam bilik tu tadi. Tapi takde pula dia bagi tahu tempat dia dekat mana. Baru Saya nak Tanya dia dah lesap." Terang lelaki itu.

"Ouh stor ke? Boleh je. Jom saya hantar awak dekat sana." Pelawa Sophia.

Lelaki tu tersenyum. Dia mengikuti langkah Sophia.

"Btw nama saya Firas. Awak?" Tanya Firas untuk mengisi kekosongan.

"Bella." Singkat Sophia. Dia memang kurang gemar untuk beramah mesra dengan lelaki. Apatah lagi dia langsung tak kenal.

"Cantik nama. Macam tuan punya badan." Puji Firas.

Sophia tersenyum kekok. Tak selesa pula dia. Something je mamat ni.

Mereka berdua berhenti dihadapan stor.

"Ni stor. Depan office Encik Riz je."

"Ouh. Terima kasih dah tolong saya. Nanti kalau awak tak kisah Saya belanja awak makan." Tawar Firas.

Sophia menggeleng. "Takpe. Saya tolong tunjuk arah je. Tak perlu sampai terutang budi."

"Ala sekali je. Nanti Saya asyik terfikir pasal ni je." Pujuk Firas.

Serba salah yang dirasa Sophia. Macam mana ni? Nak tolak kesian pula. Tapi tak tolak apa pula kata pekerja-pekerja lain. Sudahlah dia bini bos mereka.

"Bolehlah Bella~"

"Err...bo-"

"Ehem!"

Deheman keras daripada seseorang menarik perhatian mereka. Kelihatan Zayyad sedang melihat mereka tajam sambil tangan dimasukkan kedalam kocek.

"Curi tulang? Nak makan gaji buta ke? Bukan main bersweet korang depan stor ya?" Keras suara Zayyad.

Tak tertelan liur Sophia melihat pandangan tajam Zayyad. Belum pernah dia melihat Zayyad sebengis ini.

"Err... Maaf Encik Riz. Saya cuma nak ajak Bella lunch sekali je."

Molotot mata Sophia. Yang kau pergi beritahu dah kenapa?

"And Bella why didn't you just accept his invitation?" Zayyad tersenyum manis.

Sophia terkelu. Hatinya berdebar-debar. Zayyad marahkah? Ke dia cemburu?

"Sorry Firas. I can't. Saya dah ada janji dengan orang lain." Tolak Sophia.

Wajah Firas berubah murung. "Takpe la kalau macam tu. Lain kali mungkin. Saya masuk dalam dulu la. Dah lama kak Zana tunggu ni."

Sophia mengangguk. Dia hanya melihat Firas yang masuk ke dalam stor. Dia langsung tak berani untuk melihat Zayyad yang pasti sedang merenungnya tajam.

"Look like I already have a rival huh? Right Miss Bella or Mrs Zayyad?" Zayyad tersenyum sinis singkat sebelum dia masuk ke dalam pejabat semula.

Sophia mengeluh. Dia turut masuk ke dalam pejabat Zayyad.

"Abang, saya takde maksud lain pun. Saya cuma tolong dia je." Jelas Sophia.

Zayyad diam. Dia hanya menunduk mengsign kertas-kertas.

"Abang..." Sophia menggoyangkan tangan Zayyad.

Zayyad menepis tangan Sophia tanpa berkata sepatah kata. Matanya langsung tidak melihat Sophia.

"Abang! Kenapa abang nak marah sangat ni? Saya takde niat buruk pun tadi. Salah ke saya tolong orang?" Kesal Sophia.

Diam.

"Zayyad Aqriz jangan nak cemburu buta sangatlah!"

Zayyad melihat Sophia datar. Cemburu buta dia kata? Huh!

"Get out"

Sophia terkaku. Dia halau aku?

"Abang~"

"I said, Get. Out Isabella Sophia." Keras arahan Zayyad.

Sophia merengus. Dia menampar bahu Zayyad sebelum dia keluar dari office Zayyad.

"Ish nak jeles sangat kenapa? Aku bukan buat benda tak senonoh pun! Tolong je pun! Tu pun nak cemburu!" Bebel Sophia.













•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now