Bab 7

923 41 0
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Sudah masuk sebulan sejak Zayyad bertinggal di sini. Hubungan mereka pun semakin rapat dan Zayyad pun langsung tak kekok memanggil gelaran yang disuruh.

"Zayyad. Jom solat berjemaah. Yang lain dah ada tunggu kamu je. " tegur abi.

Zayyad menurut, dia pergi ke ruang surau kecil yang tersedia di rumah abi.

"Kamu yang jadi imam ye harini? Abi nak kamu imamkan pulak. " pinta Abi.

"Boleh abi. "

Masuk saja kedalam surau matanya bertembung dengan Sophia. Terus keduanya mengalihkan pandangan.

Zayyad berbuat biasa.










"Tak sangka abi, suara kamu merdu. Sedap didengar, mesti sedap dengar kamu mengaji. " puji abi.

"Hehe takde lah abi. " Zayyad mengusap lehernya.

"Ye abi! Suara abang memang best! Setiap kali dia ajar ara ngaji mesti ara akan terpegun dengan keindahan suaranya. Kalau abang ni bukan abang Zahra dah lama Zahra ngorat. " Zahra meletakkan kedua tangannya di pipi...

"Melebihlah kau ni! Gedik! " Syafik menjeling Zahra

"Suka hati Aku lah! Kau jeles kan? "

"Sudah! Asyik gaduh je kamu berdua ni. " abi menenangkan keadaan.

Zahra dan Syafik menjeling sesama sendiri.










Sophia mendekati Zahra yang sedang menonton we bear bear di ruang tamu.

"Mana yang lain Ara? " tanya Sophia.

"Ouh, diorang semua pergi masjid solat jumaat. " beritahunya tanpa mengalihkan tatapannya, we bear bear lagi menarik lagi lagi icebear.

"Yes! Jadi akak tak payah pakai tudung buat masa sekarang, rimas tau tak pakai tudung 24 jam. Abang awak punya pasal lah! " Sophia segera mencabut tudung sarungnya.

"Alah, akak kahwinlah dengan abang senang! " kata Zahra selamba.

"Gila ke? Tak ingin akak! Dahlah diam semacam je, tengok akak pun tak ingin ini nak bertegur lambat lagi. " Sophia melabuhkan duduk di sebelah Zahra.

"Abang memang macam tu, dia takkan pandang perempuan yang bukan mahramnya. Jaga pandangan lah katakan. " Zahra menyambung makan popcornnya.

"Untunglah siapa yang dapat bersuamikan dia. " Sophia tersenyum nipis.

"Akaklah yang akan jadi bini dia nanti. Setahu Zahra abang tak pernah kenal dengan mana mana perempuan kecuali, arwah mama, Zahra dan akak. Jadi akak kut jodoh abang! " Zahra tersenyum mengusik.

"Papejelah Ara ni, mengarut je. Tak mungkin abang awak tu nak dengan akak. Akak bukan cantik pun. " Sophia merendahkan diri.

"Eh?! Siapa cakap akak tak cantik? Biasye dia! Nak kena ni! Akak cantiklah! Macam bidadari tau! Lagi lagi lesung pipit akak! Dalam dan comel! Dahlah putih comel pulak tu! Kalau Ara ni perempuan dah lama Ara masuk minang akak tau?! " gurau Zahra.

Sophia tergelak kecil. "Apalah Zahra ni, melebih pulak dia! "

"Mana ada melebih, orang cakap fakta tau! " Zahra menjuihkan bibirnya.

Zahra dan Sophia tergelak. Mereka berdua terus sambung menonton sambil makan popcorn. Sampai tertidur keduanya.












"Assalamualaikum!" laung seseorang sebelum masuk kedalam rumah.

Sophia tersedar diikuti dengan Zahra.

"Ouh dah balik dah? Waalaikumusalam. " balas Sophia mamai.

Krik krik...

Semua terdiam selepas Sophia bangun dari baringannya. Zahra yang tersedar terus menjerit.

"Tudung akak?! " jerit Zahra

Terus kalut Sophia menyarungkan tudung sarungnya. Dia kemudian memandang Zayyad, kelihatan dia terdiam dengan menundukkan kepalanya ke bawah.

"Aish!" Kesal Sophia, dia terus berlari naik keatas.

Sophia menutup pintu biliknya dengan kuat. Dia menyembamkan mukanya di bantal.

"ARGHHHH!!! " dia menjerit sekuat hatinya.











•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now